Masak Tau Fu Fah Guna Agar-agar, Bab Sukatan Air Tu Nak Kena Betul. Ni Formulanya!

Share

Tau Fu Fah jika dapat dinikmati ketika berbuka memang enak rasanya. Bahkan menu seperti agar-agar mahu pun jeli kelapa juga tidak kurang istimewanya untuk dijadikan menu pemanis mulut.

Pun begitu dek kerana tiada bazar Ramadan tahun ini, nampak gaya kenalah kita buat sendiri.

Sebelum hendak menyediakan menu-menu tersebut, apa kata khatam dahulu formula sukatan air yang digunakan sebagaimana yang dikongsikan oleh Nik Aina ini. Semoga bermanfaat.


Korang pernah tak buat agar2 terkeras, kejong sungguh? Bila masak semula tambah air, terlembik sangat pulak? Pening nak ejas. Agar² dalam gambar ni contoh je.

Tak mesti kena guna jenama ni. Boleh guna jenama lain jugak. Yang penting sukatannya.

Ni saya nak share tips sukatan agar². Ni cara saya la. Untuk orang yang baru berjinak². Yang dah power² tu mungkin ada formula sendiri.

Agar² tali 20 gram = 7 cawan cecair = keras sikit
Agar² tali 20 gram = 8 cawan cecair = sedang elok
Agar² tali 20 gram = 9 cawan cecair = lembik sikit

Size cawan ni size cawan standart. Cawan kopi tu, yang bertangkai tu.

Jangan guna mug, tin susu, cawan materik, gelas, kole atau cawan sukat beras. Cawan standard sahaja ye

Cecair tu pulak adalah sama ada terdiri dari air/santan/susu cair/susu segar.

Gula tak masuk dalam kuantiti cecair ye

Kejadian agar² tu Ikut suka korang, nak keras ke lembik ke sedang.Yang penting tak lari dari formula ni.

7 cawan (keras sikit), 8 cawan (sedang elok), 9 cawan (lembik sikit)

Pastu kalau rakyat korang tak ramai macam saya ni, 2 dewasa + 3 kanak² je, yang tak gemar makan berulang, cukup masak agar² untuk sukatan 1 acuan puding tu je, yang bunga² tu.. size yg kecil. Ngam untuk sekali makan

Sukatan agar² Untuk 1 acuan puding size kecil tu cuma guna 1/4 dari agar2 tali tu. Camne nak dapat 1/4 tu?

Caranya :- Bayangkan 1 pack agar2 tali 20 gram tu,di bahagi kepada 4 bahagian. Amik 1 bahagian je untuk sekali masak. Pastu campur dengan 2 cawan air/cecair/santan/susu cair.

Tapi Jika suka nak keras sikit kurangkan secawan dan kalau suka lembik sikit, lebihkan secawan.

Kalau dadih dan jelly kelapa biasanya lembut sikit dari agar2kan. Jadi korang boleh guna 20 gram agar² tali bersama 9 cawan cecair. Kalau nak gedik lagi sikit, buat 9 1/2 cawan cecair. Jangan lebih.

Dah alang2 sebut pasal agar2 ni, saya nak share sekali sukatan agar2 untuk buat taufufah

Nak buat taufufa guna agar2 tali lain pulak sukatannya ye.

4 gram agar² tali = 1 liter air soya kotak/air soya perah sendiri (boleh refer kat wall sy cara buat air soya sendiri. Kat dalam group ni pun sy ada share. Boleh try search nama saya + susu soya)

Camne nak dapat 4 gram dari 20 gram?
Sama je kaedah tadi tu, bayangkan 1 pack agar² tali 20gram tu ada 4 bahagian. Guna 1 bahagian je

Tapi 1 bahagian tu tinggalkan sikit. Jangan habis gunakan semua. Nanti tak dapat taufufa selembut taufufa yang jual kt pasar malam tu

Contoh lain ~ 20 gram agar² tali = 5 liter air soya.

Biasanya sekotak soya size besar tu kuantiti nya 2 liter. Jadi guna 2 bahagian je la.

Tu je la tips.Sharekan la jika bermanfaat. Saya halalkan

sumber : Nik Aina via MAHN