Siapa sahaja yang tidak suka kalau dapat sediakan menu yang ringkas dan enak bahkan dengan sekali masak kita dapat sediakan menu lauk dan sayur sekali gus. Jadi mudah kerja, sekali masak lengkap hidangan.
Ini sebagaimana jika anda menyediakan menu Thai ini iaitu Sotong Phat Phet. Nak tahu resipi dan cara penyediaannya, ikuti sahaja langkah-langkah yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah. Sesuai sangat kalau kita sediakan sebagai menu juadah berbuka untuk hari ini.
“Kegemaran anak no 2. Suka sangat dia kalau mama masak lauk ni. Dia tak suka makan timun, tapi masak macam ni 2 pinggan nasi pun habis.”
Begitulah perkongsian daripada seorang ibu ini mengenai menu kegemaran anaknya dan difahamkan menu ini istimewa daripada negara Kemboja.
Jadi bolehlah dicuba, terutamanya buat ibu-ibu yang bimbang anak-anak tidak suka makan sayur. Mana tahu dengan menu istimewa ini, anak-anak kita akan suka makan timun seperti mana halnya dengan anak puan Aiza Irmiyati Ghazali ini.
Setiap kali perayaan, tentu anda akan berhadapan dengan situasi ini;
Ketupat Habis
Kuah Kacang Dan Rendang Banyak Tapi Nasi Impit habis
Untuk merebus nasi impit ini memakan masa yang lamanya sehingga tidak sempat dihidangkan kepada para tetamu yang hadir.
Bagi yang ingin mengelakkan pembaziran dan merebus nasi impit dengan kuantiti yang sedikit, adalah tidak berbaloi untuk anda memang api gas lama semata untuk merebusnya.
Kini anda tidak perlu risau kerana perkongsian dari Yuhafiqah Mohd Yunus ini boleh menjadi solusinya. Tak sangka sudah bertahun- tahun merebus nasi impit sampai berjam-jam kini masalah ini ada penyelesaiannya.
Petuanya bukan sahaja boleh menjimatkan gas dan elektrik dalam kuantiti kecil malah anda boleh aplikasikan ketika merebus ketupat nasi dengan stok yang banyak!
Ayuh kita lihat apa petua yang dikongsikan beliau, sangat simple tetapi berguna.
Petua Rebus Ketupat Nasi Jimat Gas Dan eEektrik
1-Rebus air hingga mendidih kemudian masukkan ketupat nasi.
2-Rebus selama 10 minit kemudian tutup api.
3-Biarkan ketupat nasi dalam periuk dan tutup dengan penutup periuk.
4-Biarkan ia terendam selama 30 minit.
5-Selepas 30 minit, nyalakan semula api dapur dan rebus selama lima hingga 10 minit mengikut keadaan ketupat nasi itu.
6-Bagaimanapun petua ni tak sesuai untuk anda yang menggunakan periuk tekanan atau pressure cooker.
Kehilangan anak bongsu pelakon Ayu Raudhah dan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha, mengejutkan ramai pihak.
Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees menghembuskan nafas terakhir...