Masak Satu Kek Dengan Dua Rasa. Kek Pisang Dua Benua Ni Memang Senang Buat & Jimat Masa Nak Buat!

Share

Menyediakan sebiji kek untuk dimakan bersama seisi keluarga tentunya memerlukan langkah-langkah tertentu seperti penyediaan bahan, mengadun ramuan dan hinggalah dimasak dengan teknik dibakar atau pun dikukus sebelum dapat dinikmati. Umumnya akan mengambil masa anggaran 40 hingga 60 minit lamanya. Itu baru satu biji kek, dan cuba bayangkan jika anda teringin makan dua jenis kek dalam satu masa. Pasti seharian anda akan berada di dapur untuk menyediakan kek!

Namun perkongsian daripada dapur_kakzura ini cukup menarik untuk dipraktikkan. Dia menggabungkan kek pisang dan kek coklat dalam satu biji kek. Bukan sahaja seisi keluarga dapat merasai 2 jenis kek  dalam satu masa, malah penyediaan cara ini lebih menjimatkan masa dan jimat bahan-bahan kek yang digunakan. Malah dan yang paling penting rasa gabungan kek pisang dan kek coklat, begitu menyelerakan.

Nak tahu detail cara penyediaannya, begini resipi yang dikongsikan. Selamat mencuba!

Kek pisang moist dua benua

 

Kek Pisang 2 Benua

Bahan-bahan:

3 biji pisang berangan

180ml minyak masak

3 biji telur

150gm gula perang

1 sk esen vanilla/esen pisang

Sedikit garam

(kisar)

1 1/2 atau 2 sb serbuk koko

150gm tepung gandum

1 sk baking powder

1 sk soda bikarbonat

(ayak bersama)

Cara-caranya :

– tuang bahan kisar dalam bahan ayak.. kacau sampai sebati

– bahagi dua adunan.. satu letak serbuk koko.. kacau-kacau rata

– sediakan loyang 8×8.. masukkan dua-dua adunan nak jadi 2 benua tu atau sengetkan loyang.. tuang yang plain kemudian yang coklat

– hias dengan hirisan pisang.. badam.. coklat.. kacang dan lain-lain.

– bakar pada suhu 160’C 40 minit

Sumber : dapur_kakzura

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club