Menyediakan stok sambal untuk dijadikan bahan dalam masakan menjadi kebiasaan yang dilakukan oleh ibu untuk memudahkan urusan memasak.
Namun tidak dinafikan, untuk menyediakan stok sambal tersebut bukanlah perkara mudah. Perlu direbus cili kering terlebih dahulu kemudian dikisar halus sebelum ditumis. Apatah semasa menumis, habis comot dinding dapur dibuatnya kesan percikan sambal.
Tidak mahu berdepan dengan masalah tersebut yang akan menambah kerja, apa kata ikut teknik yang dikongsikan oleh Fiza Desa ini. Semoga bermanfaat.
Tips…Sambal tak merecik sampai ke sudah..korang tengok tepi-tepi dinding tu…tips ni akan buat korang tak yah nak lap-lap dan dapur kekal comeyyy….
Nak masak dia ambil masa 2 jam jugakla..sebab pakai api kecil betul..sambal masak dan elok je kejadian dia….
Sambal ni saya masak banyak-banyak dan frozenkan dia…sebab lepas tu nak buat sambal ayam ke…udang ke..sambal ikan bilis..buat mee goreng ke…keowteow goreng ke…sambal ni sambal siap masak sempurna dan ada rasa..
Nak guna microwave pon dijamin dah masak..tapi saya kurangkan masin dia sebab senang nak match dengan sambal ikan bilis ke…mee goreng ke..5-10 minit siap..tanpa kotorkan dapur.
Bahan-bahan :
Ads
Step 1
Mula-mula masak bawang sampai pecah
minyak. Masa masak api perlahan api
tengah je…dan bagi dia pakai topi…panask kot
Step 2
Lepas tu masuk cili..masak maintain api tengah..saya masuk 2 3 keping asam keping…
Ads
Step 3
Pakaikan balik topi dia tu balik..topi ni
kena berat yee….kalau tak…hentaman
sambal tu..bakal membuka tutup
anda..paling teruk…melayang sampai
rumah jiran.panas wei..pastu korang pegi la
memane…nak main handphone ke.basuh
pinggan ke.suke hati…
Step 4
Haaa..tengok dinding tu..masih maintain
kan…sesekali buka..kacau sambal tu…kalau tiba-tiba dia jadi ganas. Tutup api kejap dan terus kacau. Penutup tu atas periuk..jangan cakap i letak atas kabinet camtu je. ..Mase ni masukla garam, gula, gula melaka ke kabung ke… suke hati anda.
Ads
Step 5
Ok..sambal hampir siap…minyak
tu..u korang rase banyakkk..buang..jangan
dimakan..minyak yang banyak buat sambal korang masak elok..
Pastu i simpan di dalam bekas ini.
Lepas tu..frozenkanlah dia..nak
guna…keluarkan potong je pakai pisau
masa tengah beku tu..agak je banyak
mana..simpan balik.
Belanja Tak Perlu Bawa Duit, Hanya Tap, Check & Go, Mudah Sangat Bila Guna Kad Debit!
Seiring peredaran dan kemajuan teknologi, kehidupan kita kini dilihat semakin maju dan canggih. Umpamanya lihat sahaja untuk melakukan proses pembelian barangan atau pembayaran perkhidmatan, tanpa ada duit tunai di tangan sekali pun kita masih boleh lunaskan bayaran tersebut bila adanya kad debit bersama kita.
Senang cakap, adanya kemudahan menggunakan kad untuk transaksi di zaman ini adalah cukup selamat dan semudah ABC untuk dipraktikkan!
Apa Kelebihan Kad Debit Ni?
Kad Debit ini bukan sekadar kad biasa-biasa malah mempunyai faedah besar yang dapat dimanfaatkan oleh pengguna. Ianya menjadikan transaksi boleh dilakukan dengan cepat, selamat dan mudah. Rugi pula sekiranya ada antara kita yang tidak menggunakan kemudahan yang ditawarkan oleh pihak bank.
Transaksi Dengan Kad Debit
Tanpa perlu lagi kita ke mesin ATM beratur panjang untuk mengeluarkan wang, hal ini memang cukup melecehkan. Lagi-lagi jika kita tiba-tiba ingin membeli namun tiada pula wang tunai di tangan, menjadi masalah besar pula terpaksa mencari mesin ATM.
Namun masalah ini tidak akan berlaku jika menggunakan kad debit, ini kerana kad debit tersebut dapat akses terus ke akaun bank dan pembayaran boleh dilakukan serta merta.
2. Pembayaran Lebih Cepat
Pembayaran lebih cepat di sini bermaksud masa untuk menunggu proses pembayaran di kaunter lebih pendek dan pengalaman pembelian yang lebih lancar. Dalam erti kata lain, bila kita bawa kad debit ketika membayar di kaunter kita tidak lagi perlu bersusah-payah untuk mengira wang yang perlu dibayar kepada juruwang. ‘Tap’ sahaja kad dan selesai urusan pembayaran, mudah bukan?
3. Pin Keselamatan
Bukan itu sahaja, dengan penggunaan kad debit ini ianya lebih selamat untuk di bawa ke mana-mana. Ini kerana setiap transaksi yang melebihi RM250 ke atas memerlukan PIN, sekali gus dapat membantu mengurangkan kerugian anda sekiranya kad debit hilang atau dicuri.
4. Kurang Risiko
Bila ke mana-mana tidak lagi perlu risau kehilangan wang yang berkepuk-kepuk di dalam dompet. Bawa sahaja sekeping kad debit, jiwa pun tenang. Nak berbelanja gunakan sahaja kad tersebut, dan secara automatik penggunaan wang akan ditolak terus daripada akaun simpanan yang ada. Jadi nampak bergaya bukan?
Bahkan kita juga boleh terus semak sendiri sama ada wang tersebut telah ditolak ataupun belum daripada akaun kita. Memang tidak akan ada unsur penipuan berlaku!
5. Belanja Dengan Apa Yang Kita Ada
Diakui juga dengan menggunakan kad debit, secara tidak langsung kita juga lebih disiplin dalam berbelanja mengikut sumber kewangan yang kita ada memandangkan penggunaan kad debit ditolak terus dari akaun bank yang kita ada. Jadi tidak akan berlaku berbelanja melebihi kemampuan.
6. Kos Lebih Rendah
Memang Terbaik! Guna kad debit tiada lagi caj denda, bayaran lewat dan sebagainya terjadi lagi dalam sejarah akaun kita sebelum ini seperti mana sebelum ini ketika kita membuat pembayaran lewat untuk sebarang bil. Ini kerana dengan kad debit apa yang kita belanjakan itulah kos yang ditolak daripada akaun.
7. Tanpa Had Minima
Anda pasti senang hati kerana kad debit ini boleh digunakan tanpa had perbelanjaan minimum, dari semahal-mahal harga hinggalah ke semurah-murah harga semuanya boleh menggunakan kad debit. Memang cukup mudah untuk berbelanja! Bukan itu sahaja malah kita juga mesti menyemak setiap transaksi yang telah dilakukan. Ini penting bagi memastikan jumlah bil yang dibayar bertepatan dengan perbelanjaan yang digunakan. Sekali gus kita dapat pastikan peniaga tidak memasukkan sebarang caj yang tidak dibenarkan apabila membayar menggunakan kad debit/kredit.
Jom Guna Kad Debit
Jika ingin disenaraikan memang terlalu banyak kebaikan menggunakan kad debit, jadi selepas ini bolehlah disyorkan kepada sesiapa yang masih belum ada kad debit untuk memilikinya. Untuk maklumat lanjut, klik saja pautan di bawah ini.
Biasa kita tengok ‘me time’ selebriti bernama Hanis Zalikha adalah bercuti bersama kawan-kawan tanpa anak dan suami. Namun kali ini sebaliknya.
Dalam satu acara meraikan salah seorang rakannya yang bakal naik pelamin, percutian Hanis dan beberapa orang kawan ke Pulau Pinang kali ini agak unik dan istimewa kerana masing-masing membawa anak-anak bersama.
Berkongsi hal tersebut di laman instagramnya, akui Hanis itu merupakan kali pertama dan bukan mudah melaksanakannya ditambah dengan kehadiran anak kecil.
Girls trip and kids! The very first. May Allah ease
Percutian yang digelar ‘mak-mak’ itu disertai oleh empat orang rakannya. Memilih lokasi Pulau Pinang hujung minggu yang lalu, namun menurut Hanis kemeriahan tetap dirasai bahkan masing-masing seronok dan ‘bonding time’.
Seronok trip kali ni pilih weekend yang pendek. Jadi tak ramai orang. Dia punya lengang tu siap Yusuf boleh jalan2 cari aiskrim durian dengan Aunty Wani dekat lorong cendol ni.
Program yang dilakukan Hanis dan rakan-rakan ini menunjukkan bahwa biarpun sudah berkahwin dan memiliki anak, namun ikatan persahabatan tetap utuh dan masih boleh keluar bersama. Seronok kan dapat bercuti bersama kawan-kawan. Teringat pula zaman bujang.
Tak mudah tapi sukses
“Bersyukur that this trip happened. Walaupun bukan senang dengan bayi 2 dan 3 bulan dan budak 1 dan 2 tahun. Tapi kelecehan dan kekalutan dan kekecohan inilah yang jadi memori kita nak gelak balik sampai bila bila. Tengok dua budak kalut tu sibuk makan je tak kisah apa, camtulah we should live our life,” tulisnya dalam kapsyen.
Mengenang beberapa jenis kek yang biasa ibu kita masak, selain kek pandan dan kek belang tidak dinafikan kek marble juga menjadi antara pilihan kek yang digemari ramai pada zaman dulu. Walau dimasak dengan menggunakan bahan-bahan yang asas, namun keaslian dan keenakan rasanya tetap tiada tandingan.
Bercerita tentang kek marble ini juga, melalui satu perkongsian dari seorang lelaki yang juga merupakan ayah kepada dua orang anak ini, siapa sangka sewaktu kecilnya dahulu menggemari rasa kek marble dan kini dia sendiri boleh sediakan dan berkongsi resipi di laman sosial.
Untuk yang ingin mencuba membuat kek ringkas ini, jom semak resipi yang dikongsikanya ini.
Dahulu waktu kecil, emak selalu membeli kek Marble yang dijual oleh seorang pak cik di pasar. Kek Marble yang sederhana kecil untuk dimakan waktu Hari Raya. Itulah kek Marble yang paling sedap aku makan.
Mungkin menikmatinya kala kita tidak ada banyak pengalaman makan kek pelbagai rasa. Mungkin kerana kek itu dibungkus dengan kenangan zaman anak kecil. Jadi, kita akan bias terhadapnya. Segalanya mungkin. Namun , tetap kek Marble yang sedap rasanya.
Tak sangka sekarang aku boleh buat kek Marble sendiri yang aku rasa antara yang sedap. Jadi, apa yang membuatkan kek Marble itu sedap?
Bagi aku, kek itu tak begitu ‘crumbly’. Padat tetapi gebu pada masa yang sama. Ini bermakna proses ‘aeration’ berjaya dilakukan dengan sempurna. Dan, lembut ‘moist’ tidak terlalu manis. Tidak terhidu bau telur ada bau vanilla yang wangi serta rasa coklat yang sedikit pahit.
Inilah resipi kek Marble yang diadaptasi dan ubah suai sendiri.
1. Panaskan ketuhar setinggi suhu 170 darjah selsius.15 minit sebelum bakar.
2. Sapukan marjerin pada loyang. Adunan ini dapat hasilkan kek sederhana kecil sahaja . Saiz 6 inci bulat atau petak sesuai. (Aku gunakan loyang petak 8x3x3)
3. Ayak tepung dengan serbuk penaik. Guna tepung halus (superfine). Kenapa perlu ayak? Tepung biasanya akan ‘terkumpul’ tidak berserak jadi jika tidak ayak akan menjadikan kek itu kematu, keras dan tidak gebu.
4. Potongkan mentega potongan kecil secara kiub (besar sikit daripada kiub ayam) memudahkan mixing nanti.
5. Putar bersama gula tadi selama lebih kurang 4 – 5 minit. Proses ‘creaming’ ini bertujuan melarutkan gula betul-betul. Dan, memasukkan udara (aeration process) dalam mentega dan gula. Proses ini akan menunjukkan adunan menjadi kembang, ringan dan lebih putih. Jangan ‘overbeat’ . Terlebih pukul akan menyebabkan terpisah lemak dan gula semula.
6. Masukkan telur satu demi satu (telur dikeluarkan awal daripada peti sejuk sekurang-kurang 15 minit untuk elakkan split batter). Masuk satu telur putar kemudian masuk sedikit tepung. Sesudu kecil untuk satukan semula dengan adunan. Masa ini mesin mixing jangan laju sangat. Tukar power kepada sederhana berbanding masa putar mentega gula tadi.(boleh laju selama 4-5 minit)
7. Sudah lengkap masuk semua telur tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Saya masukkan sesudu demi sesudu. Bukan sekali harung. Kenapa? Sekali lagi, untuk tidak cacatkan proses aeration tadi. Dah elok kembangkan telur dan mentega tetapi kita masukkan tepung sekaligus. It is a big no. Bubuh sesudu demi sesudu menghasilkan batter yang baik.
Ni aku belajar daripada siri Brittish Bake Off oleh chef terkena Chef Mary.
8. Dah habis semua tepung masuk , kacau tepi bawah hujung mangkuk supaya sekata.
9. Bahagikan adunan kepada dua adunan (dua mangkuk berbeza) Perlukan timbang elektronik kalau mahu buat kek ni. Bukan main agak-agak.
10. Untuk bahagian coklat adunan itu asing 1/4 sahaja. Mengapa? Coklat gelap sebanyak 50 gram itu kita telah cairkan dahulu (cara steam bath/microwave 1 minit) kita masukkan dalam adunan tadi. Dan, kacau. memandangkan kita sudah tambah coklat adunan itu akan bertambah amaunnya. Jadi, dua adunan menjadi sama.
11. Gunakan dua sudu/senduk (aku gunakan ice cream scope- boleh beli di MR.DIY, murah sahaja) untuk masukkan ke dalam loyang selang seli dan untuk dapatkan sempurna kejadiannya.
12. Macam mana nak ‘marble’kan? Tengok foto bawah. Yang itu salah satu cara ya. Banyak cara sebenarnya. Bukan gambar saya. Gambar daripada internet. Akhir sekali guna skewer/lidi/pisau kecil buat pusingan swirl ikut sesuka hati sendiri.
13. Bakar selama 30 minit api atas bawah. 25 minit sebelum 5 minit akhir boleh cuba tengok kemasakannya dengan mencucuk ke bawah. Jika tiada terlekat. Mungkin , sudah masak.
EKSTRA INFO
* Setiap ketuhar/oven ada emosi perangai sendiri. Mungkin cepat panas, atau lambat panas. Tidak sama. Engkau perlukan oven thermometer letak dalam untuk pastikan suhu yang betul.
* Kandungan gula sudah dibuang lebih 30 peratus untuk mengurangkan manis. Aku tidak suka kek terlalu manis.
* Resipi asal menggunakan Milk Chocolate tetapi aku tukar guna Dark Chocolate, Milk Chocolate sangat manis dan kurang kandungan coklat sebaliknya Dark Chocolate kurang manis dan lebih entiti coklatnya. Tidak, resipi ini tidak guna serbuk koko.
Selamat mencuba. Kek ini sedap dimakan bersama kopi pahit atau teh hijau. Kek orang-orang dahulu yang tidak perlukan krim manis. Nampak tak foto bawah tu. Sedap sangat. Alhamdulillah. Memang sungguh menikmatinya.