Menyentuh tentang istimewanya masakan sambal sotong, bagi sesetengah orang mengatakan terletak pada rasa isi sotong yang fresh dan manis serta haruslah lembut bila digigit. Selain itu, ada juga yang teruja untuk menikmati hidangan sambal sotong bila melihat warna sambal yang merah berseri, katanya itu lebih menyelerakan. Walau apa pun alasannya, apa yang pasti tentu ramai keluarga yang menggemari menu berasaskan sotong ini.
Memberi lebih ilmu kepada sesiapa yang ingin menyediakan menu Sambal Sotong ini, apa kata kita berkongsi tip daripada peniaga makanan, Ayue Jalal tentang bagaimana untuk mendapatkan Sambal Sotong yang berseri-seri warnanya dan yang penting tidak cair kuahnya. Barulah makan puas hati.
Ini perkongsiannya.
“Siap sekilo sambal sotong tempahan untuk customer harga mentah sotong di pasaran antara RM33 ke RM35 pernah cecah sampai RM40 dah jadi makanan orang have have uolls. Tips penting untuk elak kuah sambal sotong berair banjir hasil kajian sendiri niaga bertahun tahun (cara masing-masing masak tak sama) tapi ini tips saya untuk dapat sambal merah mak ngah macam dalam gambar”
**media[120193]**
Tip Masak Sambal Sotong
1. Sambal masak sejam lebih (guna api kecil) sampai betul-betul naik minyak, tumis dengan gula merah dan gula biasa. Kalau banyak ambil masa 2,3 jam juga, saya guna lada kering jenis berkilat (pedas)
2. Nak elak kuah sotong berair, rebus sikit air bila dah mendidih campak sotong tu, dalam seminit dua angkat; sekejap je jangan lama lama nanti liat/mengecil sotong tu.
3. Lepas tu guna air sotong tu (jangan buang tau) tumis sikit-sikit dalam sambal tu, supaya sambal tu ada rasa manis sotong, bila da naik minyak, baru lah tuang sotong tadi…Memang renyah tapi hasilnya puas hati
4. Lepas masuk sotong dalam 2 -3 minit angkat..siap tak payah lama lama
see cantik kejadian nya…tips ni pun boleh guna pada sambal udang juga, sebab seafood mengeluar kan air bila masak jadi sambal macam tak naik serinya.
sumber : Ayue Jalal via MAHN