Masak Sambal Macam Nak Berperang Terpercik Satu Dapur! Ini Cara Mudah Nak Elakkannya

Share

Nak tahu tips masak sambal nasi lemak yang sedap? Ikut saja cara yang dikongsikan oleh Wan Rosni di bawah.

Menurut beliau, satu keluarga puji sedap sambal nasi lemak hasil air tangannya. Siap tanya letak apa dalam sambal sampai sedap macam tu.

Jom sama-sama baca cara buat sambal nasi lemak yang sedap beserta tips supaya sambal tak terpecik satu dapur.

Tips Masak Sambal Nasi Lemak Sedap & Tak Terpercik Satu Dapur

Bahan-bahan:

10 biji bawang merah
3-4 biji bawang putih
Ikan bilis segenggam (kisar kasar)
Cili kering kisar (15 tangkai)
Gula melaka
Gula
Asam gelugur
Garam secubit

Cara-cara:

1. Kisar bawang merah, bawang putih dan segenggam ikan bilis. (kisar kasar saja)

2. Tumis bahan kisar sehingga betul-betul garing. Kemudian baru masukkan cili kering kisar. Kacau sekali sekala saja.

3. Kemudian masukkan gula melaka, gula dan asam gelugur.

4. Apabila kuah hampir kering, masukkan ikan bilis setengah mangkuk dan juga secubit garam.

Tips sambal tak terpercik:

  • Guna api perlahan dan kacau sekali sekala sahaja
  • Waktu kisar bawang, letakkan ikan bilis segenggam dan jangan kisar hancur sangat. Tumis sampai betul-betul garing baru masukkan bahan lain

Selamat mencuba!

Kredit: Wan Rosni