Tentunya menikmati hidangan pulut untuk sarapan pagi memberi rasa kenikmatan buat penggemarnya.
Enak dimakan bersama sambal ikan bilis, ikan masin atau pun dimakan bersama kelapa parut.
Namun, ada sesetengahnya bila diminta untuk memasak pulut ada sahaja yang cuba mengelak dek kerana tidak mahir menyediakannya.
Jadi ada baiknya ketahui cara mudah untuk memasak pulut tanpa perlu risau pulut yang dimasak terlembik atau termentah.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Jang Muhamad.
Cara senang masak pulut. Tak perlu sukat air, tak yah lagi risau lembek atau mentah dah. Mudah amat cara ni.
Ramai orang dah tahu saya rasa. Tapi saya nak share sekali lagi. Stepnya seringkas, wantu trifoo.
1- Cuci beras pulut, letak air. Lebih banyak dari aras beras. Takyah ukur dengan jari dah.
2- Letak atas dapur, biar mendidih dalam 2 3 minit.
3- Buang air lebihan.
4- Tanak semula dalam rice cooker. Masa ni boleh letak garam gula. Ikut suka.
5- Tingggg! Siap. Tak tunggu lama.
Bolehlah try. Saya dapat tips ni rasenya dalam ni jugak. Terima kasih tuan puan yang bagi cara ni.
Suka makan pulut dengan sambal. Nak cicah nyior muda, takde dalam peti ais.
sumber : Jang Muhamad