
Tentunya menikmati hidangan pulut untuk sarapan pagi memberi rasa kenikmatan buat penggemarnya.
Enak dimakan bersama sambal ikan bilis, ikan masin atau pun dimakan bersama kelapa parut.
Namun, ada sesetengahnya bila diminta untuk memasak pulut ada sahaja yang cuba mengelak dek kerana tidak mahir menyediakannya.
Jadi ada baiknya ketahui cara mudah untuk memasak pulut tanpa perlu risau pulut yang dimasak terlembik atau termentah.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Jang Muhamad.
Cara senang masak pulut. Tak perlu sukat air, tak yah lagi risau lembek atau mentah dah. Mudah amat cara ni.
Ramai orang dah tahu saya rasa. Tapi saya nak share sekali lagi. Stepnya seringkas, wantu trifoo.
1- Cuci beras pulut, letak air. Lebih banyak dari aras beras. Takyah ukur dengan jari dah.
2- Letak atas dapur, biar mendidih dalam 2 3 minit.
3- Buang air lebihan.
4- Tanak semula dalam rice cooker. Masa ni boleh letak garam gula. Ikut suka.
5- Tingggg! Siap. Tak tunggu lama.
Bolehlah try. Saya dapat tips ni rasenya dalam ni jugak. Terima kasih tuan puan yang bagi cara ni.
Suka makan pulut dengan sambal. Nak cicah nyior muda, takde dalam peti ais.
sumber : Jang Muhamad
4 Kali Pengalaman Berat Badan Turun Naik, Akhirnya Wanita Ni Jumpa Cara Betul Untuk Maintain!

Tanyalah sesiapa pun, mesti dalam hidup mereka pernah berdiet untuk turunkan berat badan. Bermacam-macam cara dilakukan, dan hal ini telah dikongsikan oleh Nancy Maria tentang pengalamannya setelah 4 kali mengalami turun naik berat badan, sebab berdiet mengikut cara yang salah.
Namun akhirnya, Nancy temui jawapan untuk kekal maintain. Ikuti perkongsiannya.
Pengalaman Yoyo/Crash diet.
Saya nak kongsikan pengalaman ini dengan seringkas-ringkasnya. Cinta saya pada makanan menyebabkan berat saya sukar dikawal. Namun saya cepat sedar apabila BMI dah cecah overweight.
Teknik saya selama ini salah. Sebab tu berat saya cepat naik macam jet apabila saya berhenti bersenam dan diet. Kenapa?
1. Saya diet crash (yoyo) atau diet defisit kalori. Hanya ambil 800-900 kalori saja sehari. (Itu dulu. Skrg tak sbb dah pandai). Tak cukup dan tak seimbang gara-gara nak kurus.
2. Saya tak ada ilmu berdiet. Saya skip banyak meal. Konon-konon nak cepat kurus. Banyak zat penting saya abaikan. Matlamat hanya untuk kurus. Kurus nipis macam papan.
3. Saya hanya melakukan senaman kardio saja. Hanya jogging je..tak buat senaman weight langsung. Pagi petang saya jogging hahaha…..
4. Saya hanya tengok angka penimbang..bukan inci dan peratusan lemak dalam badan. Selagi tak turun berat, selagi tu la berlapar.
5. Niat saya salah. Saya hanya nak kurus. Nak sangat kurus. Bukan berniat jadikan diet dan senaman itu lifestye.
Dah 4 kali melalui pengalaman turunkan berat.
Pengalaman pertama:
Pengalaman kedua :
Pengalaman ketiga :
Pengalaman keempat :
Saya banyak belajar dan saya simpulkan….Ini yang sepatutnya.
1. Ambil kalori mengikut keperluan badan. Tak boleh defisit.
2. Mesti tahu kandungan kalori makanan spy apa yg kita ambil lebih berkualiti.
3. Untuk turunkan berat dan maintain…mesti buat senaman kardio dan weight training. Banyak sebab yg saya tak dpt tulis pjg. Salah 1nya, angkat berat akan mbentuk otot yg lebih pejal. So kita akan susah utk gemuk balik.
4. Jangan terlalu taksub melihat penimbang. Yang penting inci berkurang. Sebabnya otot lebih berat daripada lemak.
5. Jadikan diet dan bersenam sebagai lifestyle. Supaya kita tak stress untuk maintain.
6. Biar berat turun dengan perlahan tak apa. Yang penting kita konsisten.
7. Crash diet tidak akan bertahan. Malah berat akan naik lebih cepat kalau berhenti bersenam dan diet. Itu yang saya lalui dulu. Sbb tu diet yoyo.
8. Semakin meningkatnya usia, semakin perlahan penurunan berat kita kerana metabolisme badan tak seperti orang muda.
9. Senaman amat penting. Terutamanya senaman angkat berat. Jangan diet saja. Sebab bersenam membantu badan fit. Awet muda. Keyakinan diri. Strengh dan banyak lagi kebaikannya..
Nota kaki: Saya tak expert. Hanya belajar melalui pengalaman dan belajar daripada coach serta melalui pembacaan. Memang betul saya tak obes, tapi nak turunkan berat 10kg yang terakhir untuk masuk ke BMI paling ideal adalah fasa yg paling sukar. Bertabahlah.
Sedikit info saya:
Berat: 53kg (22 jun 2018 berat 52.2kg)
Tinggi: 163cm
Umur: 41thn
sumber :Nancy Maria
“Sekarang Giliran Saya Pula Bimbing Cikgu Hingga Ke Jannah.” Perkongsian Lelaki Ini Kahwini Guru Sendiri Selepas 5 tahun Menanti.

Segalanya bermula dengan usik-mengusik di sekolah, akhirnya membawa pasangan ini ke jenjang pelamin. Selamat disatukan sebagai suami isteri yang sah sabtu lalu, Muhammad Hazim Shahidan, 21, bertemu jodoh dengan bekas gurunya, Siti Aishah Pakechik.
Menurut Hazim, isterinya dahulu adalah guru bagi subjek Fizik di sekolah. Dia selalu mengusik dan bergurau kononnya mahu masuk meminang namun tidak diendahkan oleh Aishah.
“Hubungan kami mula rapat selepas saya tamat SPM. Saya selalu keluar dengan seorang akwan baik dan Aishah selalu bagi nasihat supaya kami melanjutkan pengajian. Dari situ saya mula menyayangi Aishah. Tetapi dia menolak dan buat tak tahu sahaja.
“Sehinggalah umur saya 21 tahun, saya minta Aishah beri masa sehingga 5 tahun dan saya akan masuk meminang. Tapi dia anggap itu sekadar gurauan dan cakap kalau tunggu, tualah saya.
“Sehinggalah saya sambung pengajian ke sebuah kolej swasta kira-kira tiga tahun lalu. Walaupun saya cuba dekati Aishah tetapi dia tidak terima. Mungkin kerana faktor usia jadi halangan waktu itu.
“Cuma Aishah cakap pada saya kalau betul-betul serius jumpalah keluarga dan selepas famili setuju baru dia terima,” demi membuktikan kesungguhan untuk memperisterikan bekas gurunya itu, Hazim mula membuat simpanan menggunakan duit syiling dan hasil simpanan tersebut sebanyak RM477 dia menggunakan sebagai modal untuk berniaga kecil-kecilan.
Untuk permulaan, Hazim menjadi dropsip untuk tudung dan beg selain menjual sarung tangan dapat sambutan. Selain keikhlasan yang ditunjukkan kepada famili serta Aishah sendiri, Hazim turut memohon petunjuk akan jodoh mereka ketika melakukan umrah Disember tahun lalu.
“Ketika di Tanah Suci, saya berdoa agar Allah mempermudahkan niat saya untuk menghalalkan hubungan kami. Pulang dari menunaikan umrah, saya suarakan hasrat sekali lagi untuk mengikat tali pertunangan dengan Aishah. Alhamdulillah perjalanan jodoh kami lancar dan dipermudahkan. Tarikh 11 Ogos lalu, kami sah bergelar suami isteri.
“Pertama kali saya lihat isteri di kantin sekolah, saya dapat rasakan sesuatu yang istimewa tentang dia. Senyuman dan sifat penyayang dia berjaya memikat hati saya. Masa tu saya abaikan perasaan itu memandangkan dia guru saya. Namun saya bersyukur kepada Allah kerana dia kini milik saya,” kata Hazim sambil berkata jarak usia antara mereka bukan penentu kebahagiaan sesebuah rumah tangga.
Tambah Hazim, yang penting keikhlasan, sentiasa bersikap jujur dalam perhubungan dan buktikan perasaan sayang itu melalui usaha.
Sementara itu, Siti Aishah berkata dia terbuka hati untuk menerima Hazim sebagai teman hidup selepas melihat keikhlasan dan kesungguhannya.
“Lama juga saya mengambil masa untuk menerima lamaran suami. Hanya selepas awal tahun ni baru saya benar-benar nekad dan terima lamarannya. Sedangkan dia sudah pernah menyuarakan hasrat beberapa tahun yang lalu.
“Keikhlasan dan kesungguhan dia berusaha untuk menghalalkan hubungan kami itu yang menyebabkan saya menerima lamarannya. Lagipun banyak yang dia korbankan sedangkan sebelum ini dia masih belajar. Daripada situlah yang membuatkan saya terpaut hati dan berani untuk menerima dia sebagai suami saya,”ujar Aishah sambal memberitahu suaminya kini bekerja sambilan selain berniaga kecil-kecilan.
Mengakui tidak pernah terbayang atau terfikir langsung akan berkahwin dengan anak muridnya sendiri, namun kuasa Sang Pencipta tiada siapa yang mampu menduga.
“Awalnya ketika suami melamar, saya hanya anggap itu gurauan dan abaikan saja. Waktu itu kami masih berstatus guru-pelajar dan dia pernah mengusik supaya tunggu dia 5 tahun sahaja kemudian kononnya dia akan meminang saya.
‘Waktu itu saya hanya jawab dengan ringkas, kalau tuggu kamu.. tua lah saya kalau macam tu. Tidak sangka selepas 5 tahun suami benar-benar mengotakan janjinya dan masuk meminang saya. Alhamdulillah kami telah bergelar suami isteri kini,” ulas Aishah lagi.
Terdahulu, majlis pernikahan pasangan ini menjadi tular selepas beberapa keping gambar pre wedding dan video akad nikah mereka dikongsi salah seorang rakan Hazim, Izzat Herman di Twitter.
Sumber Gambar: Rafi Rahman
“Kenapa Berkahwin Kalau Tak Nak Membahagiakan…?” Renung-renungkan!

Sekali sekala persoalan ini perlu juga dijawab oleh diri kita yang telah sekian lama mendirikan rumah tangga.
“Kenapa berkahwin kalau tak nak membahagiakan…?”
Sebaiknya jangan hanya tahu ingin diri rasa bahagia dibelai dan dimanja oleh pasangan, namun tidak pula memberi rasa bahagia dan tanggungjawab yang diharapkan oleh pasangan. Hidup ini saling perlu memerlukan di antara satu sama lain.
Berkongsi pandangan tentang persoalan mencari bahagia dalam perkahwinan, Firdaus Shakirin ada berkongsi nukilan di akaun fbnya.
Ini perkongsiannya.
Kenapa berkahwin kalau tak nak membahagiakan…?
Kenapa berkahwin kalau tak nak menjalankan kewajipan…kenapa berkahwin kalau tak nak bertanggungjawab…kenapa berkahwin kalau hanya ingin menyakiti dan melukai…
Perkahwinan ini didirikan utk saling kasih mengasihi, sayang menyayangi…
Perkahwinan ini bertujuan untuk membahagiakan satu sama lain dengan menjalankan kewajipan, tanggungjawab dan hak ke atas satu sama lain…
Tiada hati yang akan disakiti dan dilukai andai perkahwinan itu kena dengan nawaitunya…
Kita berkahwin bukan sekadar atas dasar suka sama suka…kita berkahwin bukan sebab orang lain kawin, kita pun nak kawin…kita berkahwin bukan sebab usia kita dah lanjut atau org tua kita paksa kita untuk berkahwin…
Fikir balik kenapa kita berkahwin…
Sia-sia kita berkahwin dan hidup bersama jika tujuan, matlamat, nawaitu kita tu tak sama dengan si dia yang kita kahwini…
Perkahwinan adalah penyatuan dua hati yang dapat mencari persamaan dan meraikan perbezaan untuk menuju ke pengakhiran kehidupan…
Tanya diri kita, apa sebenarnya yang kita cari dalam perkahwinan kita pada hari ini…
Sumber : Firdaus Shakirin
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club