Biasanya bila kita lihat makanan yang terhidang nampak menyelerakan rupa bentuknya, dengan sendirinya kita dapat membayangkan betapa enaknya makanan tersebut. Bahkan membuatkan kita tidak sabar pula untuk merasanya.
Atas sebab ini juga, kalau kita masak pulut kuning kita mahukan ianya nampak berseri dengan warna kuning yang menawan dan pastinya juga rasa yang berlemak.
Berkongsi resipi dan cara penyediaan pulut kuning yang sempurna, anda boleh ikut cara Puan Masmira lakukan di mana menu ini bukan sahaja untuk hidangan keluarga malah dijadikan menu jualan dan mendapat sambutan daripada pelanggannya hingga kini.
Untuk itu, apa kata kita cuba sediakan resipi pulut kuning dengan resipi yang disediakan olehnya.
Saya nak share resepi dan tips untuk masak pulut kuning jadi cantik, merelit, lemak, lembut, dan sebiji-biji (tak benyai atau lembik/ kembang).
Resepi ni dari mak saya, saya guna sepenuhnya buat meniaga lebih 2 tahun dah.. Alhamdulillah jadi sumber rezeki, yang penting customer selalu rindu nak order lagi hehe
Bahan-bahan dan steps:
1)1 kg beras pulut (beras pulut biasa, bukan pulut susu)
*beras pulut susu nanti pulut kuning jadi benyai lembik.. Kalau boleh cari beras pulut yang panjang skit, elakkan yang jenis montok-montok hehe
– bilas 3-4 kali, rendam letak serbuk kunyit dalam 2 sudu besar (at least 3 jam)
– sebelum kukus, kena bilas balik dengan air paip.. Sejat dengan penapis
* perlu bilas balik untuk hilang kan bau kunyit berlebihan dan pulut tahan lama.. Please jangan guna perwana.
2) Halia 1/2 inchi (wangi dan buang angin)
– kupas dan cincang nipis-nipis dan paling halus
*orang yang makan tak kan perasan pon ada halia dalam pulut.
3) Daun Pandan 5 helai (wangi)
– 3 helai koyak 3 dan ikat untuk letak dalam pulut masa kukus
– 2 helai koyak 3 juga untuk buat lapik pulut dalam periuk kukus
4) Panaskan air dalam pengukus, dan masukkan beras pulut dalam pengukus, halia cincang tabur bagi sekata dalam pulut, dan daun pandan tadi.. Tutup dan kukus dalam 15-20 minit ikut pada jenis pengukus atau kuantiti pulut.. So kukus sampai pulut dah masak.
5) santan fresh dan pekat : 250-300 gram
– Dalam besen sederhana, masukkan 2 cawan air panas (baru didih, saya guna air panas cuckoo), masuk garam 1.5 sudu besar gula, 1.5 sudu kecil garam. Larutkan gula dan garam.. Then masuk kan santan pekat tadi.. Kacau-kacau sampai rata sebati.. Test rasa tengok, ada masin dan manis sikit.
6) Sediakan besen yang agak besar, masuk kan pulut yang dah siap dikukus tadi.. Keluarkan daun pandan.. Tuangkan kuah santan yang dibancuh tadi ke atas pulut.. Terus kacau-kacau sampai sekata semua.. Jangan risau tengok kuah santan tu banyak (Orang Kedah kata berlaut) sebab satgi pulut akan serap habis kuah santan tu.. Baru lah pulut jadi lembut.. Make sure kacau pulut sampai rata hilang ketul..
Then tekan-tekan dan ratakan dalam besen tadi, biar dia rehat dlm 10 – 15 min baru cedok untuk packing atau makan..
Ekstra Tip
1.Pulut yang cukup lemak, kita akan nampak santan tu macam bertali putih-putih kat senduk..
2.Pulut selepas gaul santan tak perlu kukus balik kali ke 2.. Cukup sekali sahaja sebelum masuk santan.. Kalau kukus balik nanti pecah minyak dan lemak santan..santan tak lekat pada pulut..
Walau sekali kukus saja, insyaallah pulut tahan lebih 36 jam diluar.. Sebab kita dah bancuh santan dengan air panas.
Yang ni resepi dan cara keluarga saya.. Terpulang pada kawan-kawan.. Saya sekadar berkongsi tips untuk dapat kan rasa yang sedap dan tekstur pulut yang cantik.. Mungkin boleh dijadikan jualan sebagai sumber rezeki.
sumber : Masmira Idris via MAHN
ARTIKEL MENARIK :Ditipu Agensi. Berhabis RM76K Nak Pergi Haji, Namun Suami Isteri Ni Terkandas Di KLIA!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Ibu Ni Kongsi Pengalaman Jelajah Turki 30 Hari Guna Kereta Bersama Anak Beranak!
Baca Ini Juga :“Mahu Lihat Anak Jadi Doktor…” Lisa Selesa Tak Libatkan Anak Dalam Dunia Seni!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club