
Sekarang musim buah durian kan. Sedapnya kalau dapat makan pulut dengan durian yang diletak santan. Sebenarnya mudah je nak masak pulut ni walaupun tak ada periuk pengukus yang khas tu. Guna je rice cooker tapi hasilnya tetap sedap, lembut dan cantik berkilat.
Jom cuba tip yang dikongsikan Mil Wawa menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Cukup mudah!
Saya nk kongsikan tips nak bagi pulut yang dimasak cantik, berkilat dan tak lembik, tak kerasdan yang penting dia “laik” ..sesuai dibuat pulut sekaya, makan dgn durian dan seangkatannya.
Masak pulut guna rice cooker.
1) basuh beras pulut macam biasa
2) lebihkan sedikit air paras pulut
3)letak sedikit garam bg rasa lemak2. Sedikit shj garam himalaya.
4) letak sedikit minyak masak.
2cup beras pulut 2sudu besar minyak masak.
5) on suis dan biarkan dia masak.
Tips kalau pulut terlebih lembik.
Letak sekeping roti kosong dan on balik suiz.
🌹siap.
🌹🌹selamat mencuba🌹🌹
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster
“Ibarat Nyawa- Nyawa Ikan, Allah Tarik Aset Suara.” Diserang Angin Ahmar & Masalah Jantung, Ali XPDC Kini Jual Kerepek & Kuih

Vokalis kumpulan XPDC, Ali sebelum ini diuji serangan angin ahmar. Malah dia juga ditidurkan kerana kesukaran bernafas sebelum ini akibat masalah jantung dan paru-paru.
Namun, bapa kepada lima cahaya mata itu bagaikan diberi peluang kedua untuk meneruskan kehidupan. Begitupun dia terpaksa makan dan minum menggunakan tiub kerana tekaknya masih sakit untuk menelan.
Pemilik nama sebenar Mohd Ali Ismail baru-baru ini berkongsi cerita suka duka yang melanda hidupnya.
Pafa pandangan masyarakat mungkin beranggapan, anak kelahiran Klang ini mungkin dilihat kental dek kerana jiwanya ke arah genre rock.
Namun hakikatnya, jiwa lelaki berumur 54 Tahun ini cukup rapuh dan manja seperti kanak-kanak. Itu do sendiri isterinya, Sharifah Azuwanna Syed Joned yang dinikahinya sejak 27 tahun lalu.
“Alhamdulillah, saya bagai hilang kata-kata diberi nikmat hidup ini. Saya pernah berada pada tahap peratusan 50/50 untuk hidup. Seperti nyawa-nyawa ikan ketika itu. Allah tarik nikmat aset suara saya miliki, tapi dibentangkan banyak hikmah.
“Tapi kini keadaan saya semakin okey. Dulu nak bercakap pun susah. Sekarang boleh bercakap walaupun tak lancar. Kalau susah sangat nak bercakap, isterilah yang jadi wakil (bercakap). Sehingga kini saya masih meneruskan fisioterapi dan ‘rehab’ seminggu sekali di Hospital Rehabilitasi Cheras.
“Pergerakan dan kos ulang-alik ke hospital juga dapat dijimatkan serba sedikit kerana saya sudah berpindah menyewa pangsapuri di Seri Kembangan sejak awal Ramadan lalu. Dulu masa tinggal di Klang, banyak guna duit,” kata Ali dalam nada sebak sambil menyeka air mata.
Kata Ali, dia bersyukur di saat hilang punca rezeki kerana nikmat ditarik, banyak pihak membantunya.
Kos rawatan di Hospital Ampang sebelum ini selama tiga minggu RM12,000 ditanggung Baitumal. Begitu juga bayaran sewa rumah RM850 turut dibantu badan berkenaan.
“Kediaman baharu yang disewa pun sewanya dibayar Baitulmal sebanyak RM800. Kami hanya bayar RM50 saja,” kata Ali.
Namun, sejak awal Ramadan lalu juga, Ali enggan terus berpeluk tubuh mengusahakan perniagaan menjual kerepek dan kuih tradisional.
“Anak saya syorkan takkan nak terus menerima sumbangan orang, lalu mereka mencadangkan untuk menjalankan perniagaan. Akhirnya kawan syorkan saya menjual kerepek dan kuih diusahakannya.
“Kami berniaga di tapak Pekan Sungai Besi. Tapak pun kawan saya uruskan tanpa perlu saya membayar sewanya. Cuma masa nak mulakan perniagaan itu, duit simpanan yang ada ditampung dengan barang kemas digadai isteri jadi modal. Hasilnya dapatlah kumpul RM8,000 sebagai modal.
“Ketika ini, tiga anak saya termasuk lelaki sulung bergilir-gilir menjaga gerai kerana saya belum kuat untuk menjaganya seorang diri. Hasil jualan ini bolehlah menampung kehidupan saya sekeluarga. Malah pernah hasil jualan cecah RM300 sehari,” kata Ali sambil memberitahu wakil kelab peminat XPDC turut datang ke rumah dan menghebahkan perniagaan diusahakannya.
Akui Ali, dia sebenarnya teringin nak makan pelbagai menu kegemaran.
“Tapi saya memang tak boleh makan beriya-iya. Kena elak makanan keras terutamanya. Tambah nak raya, teringin juga makan ketupat dan lontong. Apakan daya. Tengok kek pun semacam tiada perasaan.
“Tahun ini pun kerana keadaan kesihatan diri, saya tak boleh berpuasa. Saya juga harus meminum susu enam kali dalam sehari untuk membekalkan tenaga selain ubat hospital.
“Setiap kali dengar laungan bacaan solat terawih di surau berdekatan pun jadi sayu. Saya tak boleh melipatgandakan pahala di bulan puasa kerana keterbatasan diri. Isteri selalu memujuk hati akan teman saya ganti atau qada puasa nanti,” katanya.
Ali menambah dia sepatutnya menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah pada 10 malam terakhir Ramadan.
“Pihak agensi kembara umrah sampai sanggup nak bawa saya ke sana walaupun perlu berkerusi roda. Tapi isteri pun cakap tak mahu susahkan mereka. Saya anggap tak ada rezeki.
“Saya pernah tujuh kali mengerjakan umrah. Dua kali daripada jumlah itu saya pernah ke sana bersama isteri iaitu pada tahun 2018 dan 2021,” katanya.
Sementara itu, Sharifah Azuwanna berkata ujian dilalui Ali menjadi ruang terbaik untuk menyokongnya dari belakang.
“Dulu selama lima kali melalui fasa kehamilan, dia (suami) yang bersusah payah menjaga saya. Saya pernah rasa loya nak muntah pun, dia sanggup tadah tangan.
“Kini, sewaktu dia diuji, saya pula menjaganya. Saya ini sebenarnya jenis cepat geli dengan benda yang memualkan. Tapi ketika menjaga suami termasuk membantu ke tandas pun saya seolah-olah hilang sikap geli itu.
“Cuma saya tahu dia memang sedih tak dapat berpuasa baru-baru ini. Dulu waktu sihat, puasa takkan tinggal. Malah siap buat puasa sunat lain termasuk puasa enam,” kata Sharifah Azuwanna .
Terdahulu, pada hari sama, Ali dan isterinya turut menerima kunjungan pihak stesen radio Buletin FM bersama Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin yang menyampaikan sumbangan dan bantuan baucar RM300 sebulan selama tempoh setahun untuk membeli barangan keperluan dapur di premis beli belah itu.
Penyampai Buletin FM, Haiza Hanafi turuf hadir menyerahkan sumbangan peribadi dan barangan stesen radio berkenaan.
Bila Anak Ramai, Wawa Zainal, Tak Kisah Baju Tak Bergosok, Tali Kasut Tak Ikat, Raih Perhatian Ramai.

Bila anak ramai, Wawa Zainal dikatakan tak kisah baju tak gosok, tali kasut tak ikat. Muat naik perkongsiannya di Instgaram milik Wawa Zainal telah menghiburkan peminatanya dengan kapsyen penuh makna.
Pasangan sama cantik dan sentiasa sweet iaitu pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sering menjadi perhatian peminatnya.
Usahawan kosmetik yang berjaya ini dalam coretannya menulis bajunya tidak bergosok dan tali kasut tidak diikat ketika melangkah keluar di sebuah hotel bersama suaminya. Bagaimanapun ia disusuli dengan tanda pagar ‘pada hal anak tak ikut’.
Pasangan ini difahamkan sedang bercuti di Thailand bersama kakitangan syarikatnya. Bagaikan tidak kisah dengan penampilan tidak kemas itu, Wawa tetapi kelihatan menawan dengan rona merah jambu. Ibu kepada empat orang ini, kelihatan tersenyum manis berpegangan tangan dengan suaminya sambil menikmati percutian itu.
TETAP CANTIK WALAUPUN TAK KEMAS
Para peminat yang melihat foto Wawa Zainal bersama suaminya dalam pakaian yang tidak kemas tetap memuji kecantikkannya.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Anak Akan Bersekolah Darjah 1 Tahun Hadapan? Buat Semakan Penempatan Sekolah Segera & Jangan Terlepas Pandang!

Pejam celik pejam celik tidak sangka masa begitu cepat berlalu. Rupanya kini kita sudah masuk ke fasa pertengahan tahun untuk melangkah ke tahun 2022. Terasa banyak perkara yang masih belum selesai dan perlu diatur sebaik mungkin untuk merialisasikan impian dan harapan hidup sebagai mana yang dirancang.
Pun begitu, buat ibu ayah jangan terlepas pandang berkenaan proses semakan kemasukan anak-anak tahun 1 di Sekolah KPM bagi sesi 2022 telah pun dipaparkan dalam sistem Permohonan Tahun 1 Online bermula 1 Ogos bagi semua sekolah di Semenanjung Malaysia KECUALI bagi sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan Putrajaya yang hanya akan dibuka mulai 1 November 2021.
Berikut dikongsikan cara membuat semakan bagi pendaftaran yang telah dibuat bagi sesi 2022 dan 2023 bermula 1 Mac yang lalu.
Semakan Tahun 1 Sesi 2022 / 2023
Proses pengesahan dan semakan penempatan boleh dibuat berdasarkan panduan berikut:
Berikut adalah langkah membuat pendaftaran Tahun 1 secara online.
1.Layari laman web https://public.moe.gov.my/
2.Tekan butang Log masuk
3.Klik pada Semakan Status Permohonan Tahun 1
4.Setelah itu, pilih Semakan Penempatan
5.Status permohonan murid akan dipaparkan.
6.Pengguna boleh mencetak surat penempatan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
TINDAKAN IBU BAPA
Berikut adalah tindakan yang perlu dilakukan ibu bapa setelah membuat semakan penempatan anak.
PERAKUAN PENEMPATAN
- Ibu/bapa/penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online.
- Surat Penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar SECARA FIZIKAL ke sekolah.Namun Salinan tersebut perlu DICETAK dan DISIMPAN dengan SELAMAT oleh ibu/bapa/penjaga untuk kegunaan semasa PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.
- Ibu/bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu MENGHUBUNGI SEKOLAH YANG DITEMPATKAN untuk bantuan proses pengesahan tersebut.
PERMOHONAN RAYUAN
1. Permohonan RAYUAN PENEMPATAN hanya dibuat secara ONLINE dalam sistem dan TIADA proses RAYUAN MANUAL.
2. Sekiranya ingin membuat RAYUAN, perakuan online perlu dibuat kerana Butang RAYUAN hanya akan aktif selepas proses PERAKUAN ibu/bapa/penjaga dilaksanakan.
3. Keputusan RAYUAN adalah MUKTAMAD dan perlu DISEMAK sendiri ibu/bapa/penjaga dalam sistem yang sama.
4. Keputusan RAYUAN perlu dicetak dan DISIMPAN oleh ibu/bapa/penjaga dengan SELAMAT untuk kegunaan PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.
Semoga maklumat yang dikongsikan ini boleh digunakan sebagai panduan pelaksanaan proses kerja tersebut. Segala pertanyaan dan masalah mengenai pilihan sekolah, pendaftaran akaun pengguna (ID Pengguna dan Kata Laluan) boleh menghubungi no telefon dan emel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan Tuan/Puan melalui sistem SPS di pautan ini
Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BUAT ROTI JALA VIRAL dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/ceriakan-hati-dengan-buat-roti-jala-viral/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club