Sekali sekala jika dapat sediakan menu pizza untuk dinikmati bersama keluarga menarik juga. Apatah lagi bila ada yang kongsikan resipi atau cara penyediaan pizza yang begitu mudah namun enak.
Ini seperti perkongsian Ummul Omar, menurutnya hanya 25 minit sahaja diperlukan dan tanpa perlu menggunakan yis hidangan pizza dapat disediakan. Jadi usah tunggu lagi, jom masuk dapur.
Bahan-bahan:
1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan kecil yogurt asli (100ml)
Tomato puri
Topping ikut suka (dalam ni ada nanas, olive, cili benggala, cendawan)
Mozarella cheese (takda dalam gambar)
Cara Buat :
1. Sebelum mula, panaskan oven pada suhu 230•c.
2. Gaul yogurt dengan tepung. Kalau rasa adunan agak kering, tambah sikit air masak. Kalau adunan agak basah, tambah sikit tepung.
3. Dah siap, uli adunan dalam 2 ke 3 minit sampai adunan jadi bentuk bola yang rata. Tambah tepung sikit demi sikit sampai doh terbentuk cantik.
4. Boleh terus letak atas tray pizza dan gelekkan doh sampai leper. Tak payah tunggu doh naik! Haa best kan? Jimat masa.
5. Ratakan puri tomato atas doh. Taburkan topping. Last sekali yang paling best. Letak mozarella cheese banyak-banyak.
6. Bakar pada oven suhu 230 •C selama 10minit sampai masak. Pastikan oven dah panas sebelum masukkan pizza.
*Resepi ni dapat 1 pizza saiz large. Nah hasilnya! Pizza 25minit. Rotinya lembut di dalam, rangup diluar. Puas hati makan.
sumber : Ummul Omar