Pizza adalah antara menu yang menjadi kegemaran anak-anak. Jika asyik beli je lari bajet dibuatnya Tapi jika buat sendiri menjimatkan!
Nak buat pizza jika tak ada oven, boleh je guna kuali. Sebagaimana perkongsian ni.
Ikuti resipi ni.
Pizza kuali lagi,kali ni utk bekal anak gi sekolah.
100% masak atas api,tak perlu oven.
Resepi utk 5x pizza
Bahan-bahan
Tepung gandum 1kg
Air suam 2 cawan
Mauripan 1 peket
Minyak masak 2 sudu
Gula 1 sudu
Secubit garam
*uli bahan di atas sekurang2nya 5 minit ye
Berpeluh2 la jgk
Bahan topping
Sos pasta tradisional-jenama bebas.
Boleh letak macam2 topping,
Hot dog/ayam/cendawan butang/nanas/tomato/cheese/seafood
Tumis bawang holland n bawang putih..bila dah wangi..masuk bahan basah yg lain.contoh..ayam,hotdog n cendawan.. tumis sampai masak ye..perasakan dgn garam dan lada hitam..ketepikan.
Step by step
1.gaul tepung dgn minyak..
2.tambah air. uli tepung sekurang2nya 5 minit, bila dah x melekat kat tangan,tutup dgn tuala,rehatkan 1 jam.
*sukatan air perlukan 2 cawan, tp 1cawan air tu,tuang mauripan dlm tu,masuk sesudu gula..lps 5-10 minit,dah muncul buih2,baru campur dan uli tepung jadi doh.
2.slpas 1jam,doh tadi dah naik 2x ganda. Tumbuk2 doh tu biar angin dia keluar.
3.bahagi doh pd 5 bahagian atau lebih.
4.bentukkan doh,bila dah elok bulat dan leper,tunggu dlm 10 minit bg doh tu naik sikit.. kemudian letak atas kuali.
5.Masak api kecik je. 10-15 minit ikut ketebalan pizza yg anda buat. Tutup dgn tudung periuk. Tak perlu letak minyak or letak lapik..masak je doh tu atas kuali
6.klu suka kerak pizza tu rangup,kena masak doh tu dulu sblm isi topping..
7.klu suka lembut gebu mcm roti,letak topping atas doh mentah,baru masak.. susun siap2 atas kuali ye..baru senang sbb x perlu nak angkat2 doh tu..sbb topping tu berat..nanti berat n susah nak letak atas kuali/pan pulak..
8.cheese tu ambil masa 3-4mnit utk cair ye..
9.guna mozzarela cheese utk main tarik-tarik.. tapi kalau dah takde apa2 pun blh..tak tarik pum takpe yg penting.. Sedapppp
*nak cpt..buat pkai roti nan/arab..
*resepi doh ni blh buat donut,roti dan pau.
Siap!
Kredit: Murni Rahmat