Masak Nasi Tomato Guna Cara Kukus Bukan Tanak. Hasilnya Lagi Cantik Macam Dikongsikan Oleh Zadariah Ni!

Share

Biasanya jika kita hendak mengajar anak-anak memasak diperingkat awal, antara teknik pertama diajar lain tak bukan adalah cara menanak nasi. Memandangkan nasi dimasak dengan periuk elektrik, tugas ini cukup mudah untuk dilakukan.

Pun begitu silap sukatan air, nasi yang ditanak mentah hasilnya bahkan jika terlebih air menjadi lembik pula. Hal ini sering berlaku terutamanya jika kita sekali sekala ingin menyediakan hidangan yang lebih istimewa seperti nasi lemak, nasi ayam, nasi tomato dan sebagainya.

 

 

Jadi apa kata kali ini sediakan menu Nasi Tomato seperti yang dikongsikan oleh Zadariah Zakaria ini. Istimewanya resipi Nasi Tomato yang dikongsikan tidak ditanak tetapi dikukus!

Susulan itu, perkongsian tersebut mendapat perhatian warganet dan ramai yang teruja untuk mencuba kaedah tersebut disamping mencuba resipi Ayam Masak Merah dan Jelatah Timun yang turut disertakan olehnya.

Selamat mencuba.

Nasi Tomato

Bahan-bahan Nasi Tomato Kukus:

3 cawan beras biasa – basuh dan tos

Kalau nak guna beras Basmathi – rendam 30 minit, basuh dan tos

1 ulas bawang merah ditumbuk

1 ulas bawang putih ditumbuk

2cm halia ditumbuk

2sb minyak sapi

Sedikit rempah 4 sekawan

1/2 tin tomato puree

2sb gula

1sk garam

Perisa (optional)

1/3 tin susu cair

2 1/2 cawan air

Daun pandan

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang, halia dan rempah sehingga naik bau.
  2. Masukkan semua bahan lain dan tunggu mendidih.
  3. Masukkan kesemuanya bersama beras ke dalam pengukus.
  4. Kukus selama 15 minit, bukak penutup dan gembur nasi. Sambung masak sehingga masak.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

ARTIKEL MENARIK

 

Bahan-bahan Ayam Masak Merah

1 ekor ayam dipotong kecil, digaram kunyit dan goreng sedikit tak perlu garing, ketepikan.

3 bawang besar dikisar

4 ulas bawang putih dikisar

1 ruas lengkuas dikisar

1 ruas halia dikisar

2 batang serai dikisar

Sedikit rempah 4 sekawan

1 senduk kecil cili kisar

1/2 tin tomato puree

1 batang carot dikisar halus bersama air

2sb sos tomato

1sb sos cili

4sb gula perang

1sk garam

1/2sk Cukup Rasa

1/3 tin susu cair

Daun pandan

2 labu bawang besar dipotong bulat

Daun bawang

Cara Penyediaan:

  1. Tumis bahar kisar, rempah 4 sekawan dan dun pandan hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar, tomato puree, sos tomato, sos cili dan masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan caort kisar dan ayam. Tambah 1 cawan air jika terlalu kering, renihkan sebentar.
  4. Masukkan susu cair dan peasa lain, masak hingga pecah minyak.
  5. Masukkan bawang besar dan daun bawang. Tutup api.

Bahan Jelatah Timun

1 batang timun

1 batang carot

1 bawang besar

1 cili merah

Dipotong ikut citarasa

1sb gula

2 cubit garam

1sb sos cili

1sb cuka

Cara Penyediaan:

  1. Campur kesemua bahan dan gaul sebati.
  2. Boleh tambah nenas dan cili padi kalau suka pedas.

Sumber : Zadariah Zakaria 

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club