
Sering kita mendengar jika hendak berdiet, kurangkan pengambilan nasi malah ada yang sanggup langsung tidak makan nasi disebabkan takut gemuk memandangkan nasi mempunyai kanji dan pengambilan kanji yang tinggi dikatakan akan memberi kesan pada pertambahan berat badan seseorang.
Berkongsi info tentang mengurangkan kanji dalam nasi, wanita ini ada caranya yang tersendiri. Nak tahu bagaimana, jom semak.
CARA MASAK NASI SIHAT(BUANG KANJI)
Harini tiba2 rajin nak masak nasi buang air kanji. Kalau beras siam actly bagus buat macam ni sebab kandungan kanji dia tinggi. Nak diet bagusla dak? Ni Aida pakai beras bashmati.
Cara:
1. Cuci beras bersih-bersih dan rendam beras sekejap. Lepas tu toskan.
2. Didihkan air dlm periuk biasa atas api dapur
3. Dah mendidih air masukkan beras ke dalam periuk. Masak sampai beras kembang.
4. Dah kembang berasnya toskan. Lalukan dengan air pipe.
5. Aida kukus balik. Kukus kosong sekejap je dan siaaapppp.
Masak mcm ni xde masalah tatau sukat air. Lembik sangat ke mentah ke. Nak masak nasi goreng pun cantik kejadiannya selain bagus utk diet.
Sumber : Nur Aida Md Zainuddian
4 Makanan Ini Bantu Anda Tidur Lebih Nyenyak. Penghidap Insomia Patut Amalkan Kaedah Ini

Insomnia mampu memberikan kesan buruk pada kesihatan selain menjadikan seseorang itu menjadi tidak fokus, mudah letih dan tertekan. Untuk mendapatkan tidur nyenyak setiap malam, tentu ada beberapa perkara yang perlu anda amalkan.
Untuk mendapatkan tidur yang nyenyak faktor ini kena dititikberatkan. Bermula dengan pakaian yang anda pakai semasa tidur, kebersihan tempat tidur, suasana bilik tidur, serta makanan yang anda ambil sebelum masuk tidur. Jadi, untuk menyelesaikan masalah anda itu, terdapat beberapa makanan yang boleh membantu anda untuk tidur lebih nyenyak.
1. Kacang badam
Nutrisi yang terdapat pada kacang badam dipercayai membantu untuk melenturkan otot – otot tubuh dan saraf pada otak punca kepada insomnia. Beberapa kajian mendapati bahawa nutrisi pada almond MAMPU menjaga kestabilan paras gula darah ketika seseorang sedang tidur. Untuk dapatkan tidur nyenyak dan berkualiti, cubalah untuk mengamalkan kacang badam sekurang-kurangnya 5 – 7 butir setiap hari.
2. Buah pisang
Apabila anda ingin tidur nyenyak dan berkualiti setiap malam , amalkan buah pisang 2 atau 3 jam sebelum tidur. Buah pisang kaya dengan kalium, magnesium dan beberapa mineral yang baik untuk otot semasa tidur. Kajian juga mendapati, pisang sangat baik untuk membantu tidur lebih nyenyak.
3. Telur Rebus
Salah satu penyebab gangguan tidur adalah kerana badan anda kekurangan protein. Jadi, untuk mendapatkan tidur nyenyak dan berkualiti, pastikan anda memenuhi nutrisi protein dalam tubuh. Dan salah satu sumber protein tinggi yang paling MUDAH untuk didapati adalah telur. Dengan mengamalkan telur rebus sebelum tidur, ia akan membantu anda mendapatkan tidur nyenyak hingga subuh.
4. Buah Ceri
Siapa yang tidak kenal dengan buah ceri? Buah merah ini mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan rupanya. Ia menjadi salah satu buah-buahan yang boleh membantu seseorang untuk mendapatkan tidur nyenyak serta berkualiti. Minum segelas jus ceri sebelum tidur untuk lebih cepat mengantuk dan tidur nyenyak lebih cepat.
Perlu anda ketahui, selain makanan tersebut, anda boleh amalkan hidup yang sihat dengan bersukan, serta pola makanan yang sihat untuk mendapatkan tidur lebih nyenyak.
Bahaya Sabun Candy Viral Pada Anak Kecil, Mak Ayah Kena Simpan Tempat Tinggi!

Nampak cantik, nak cuci baju pun senang. Campak saja masuk dalam mesin basuh. Hakikatnya sabun candy viral yang cantik dan bersaiz kecil ini amat berbahaya terutama kepada anak kecil.
Menurut perkongsian Dr Redza Zainol, sabun candy viral ini amat berbahaya malah beracun yang membolehkan gangguan kepada saluran pernafasan.
Ikuti perkongsian beliau.
“Anak makan apa? Makan sabun candy viral?
Pertama kali dengar sebenarnya. Lepas buat carian Google terus keluar imej macam ni. Pergh patutlah budak sanggup makan sabun ni. Memang sebiji macam gula-gula!
Masa maknya di dapyr, tiba-tiba terdengar anak menangis kuat. Bila dijengah dalam mulut penuh dengan sabun. Meleleh-leleh ke baju dan seluar.
Bila datang dekat, bau sabun kuat datang dari dalam mulut anak. Paniknya tak payah cakap. Tak tahu nak buat apa.
Cepat-cepat sabun dicuci dari muka dan mulut anak. Kebetulan seorang diri di rumah, semuanya kena hadap sendirian.
Berlari terus mak ni buat panggilan telefon pada suami. Syukur suami memang nak dekat sampai ke rumah.
Bila kami buat panggilan ke Pusat Racun Negara, kandungan sabun Candy Viral ni ialah bahan pencuci dan sabun (katerogi bahan kimi ionic and non ionic)
Yang merisaukan ialah ‘half-life’ kandungan sabun ini tak tahu berapa lama.
Maksudnya kalau anak dah termakan sabun ni, kita tak tahu sabun tu akan kekal berapa lama dalam badan anak.
Selain itu sabun ini boleh menyebabkan:
– Hakisan pada lapisan mulut dan laluan pernafasan. Kalau sangat serius, hingga perlukan bantuan pernafasan.
– Kecederaan pada lapisan usus hingga menyebabkan muntah yang teruk.
– Pengsan atau hilang kesedaran.
Selama saya jadi doktor kanak-kanak, berkali-kali saya lihat anak terminum sabun pencuci tapi kali ini saya memang risau dengan bentuk dan warna sabun ni.
Nasihat saya,
* Simpanlah sabun ini ditempat yang selamat dan jauh dari jangkauan kanak-kanak.
* Kalau anak tertelan bahan pencuci jangan paksa dia muntah.
* Kalau paksa dia muntahkan sabun tu anak boleh tersedak. Bila tersedak sabun tu boleh masuk ke paru-paru anak pula. Lagi bahaya.
* Basuh mulut anak dengan air berkali-kali.
* Tukar baju dan seluar anak yang dah terkena bahan pencuci tu.
* Bawa segera ke hospital.
Bantu saya sebarkan ilmu ini pada mak ayah yang lain. Kadang-kadang kita terlepas pandang isu macam ni tapi anak kita yang menjadi mangsa.
MESTI BACA: Suhu Cecah Lebih 37 Darjah Celcius, KPM Bersedia Tangguh Sesi Persekolahan
Tak Perlu Bersusah Payah, Menteri Pendidikan Gesa Kantin Sekolah Kekal Beroperasi Sepanjang Ramadan!
Anak Sulung Dapat Tiga Tawaran Sekolah Berprestij, Kebanggaan Dr Sheikh Muszaphar & Isteri!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Batuk & Semput Tak Hilang Lepas Dijangkiti Covid? Ikut Teknik Pernafasan Betul Ni!

Kes harian jangkitan COVID-19 kini amat membimbangkan, malah rata-rata keluarga terdekat kini banyak yang kena. Yang mana positif tanpa gejala, alhamdulillah lah! Tapi bagi yang ada simptom terutamanya penat, sengsara betul hidup!
Malah bukan hanya terkesan sepanjang positif sahaja, tetapi berpanjangan yang dikenali sebagai ‘Long COVID’, merupakan salah satu perkara yang perlu diberi perhatian kerana ia akan beri kesan kepada kesihatan seseorang individu sekiranya tidak menerima rawatan sewajarnya.
Menerusi laporan Astro Awani, menurut Pakar Mikrobiologi Klinikal USIM, Prof Madya Dr Nurul Azmawati Mohamed, Long COVID ataupun dikenali sebagai simptom COVID berpanjangan ini adalah keadaan seseorang yang masih bergejala COVID-19 walaupun sudah pulih.
“GEJALA INI ADAKALA BERPANJANGAN SEHINGGA LEBIH EMPAT MINGGU YANG MANA GEJALANYA LEBIH KURANG SAMA DENGAN SIMPTOM JANGKITAN.
“Simptom yang kerap dilaporkan adalah kelesuan dan keletihan termasuk batuk. Bukan ganggu sistem pernafasan saja malah mengganggu sistem lain kesihatan mental yang boleh akibatkan kesukaran fokus, bercelaru, keresahan dan sukar untuk tidur.
“Selain itu, sakit otot, sendi dan juga ganggu bahagian usus yang boleh sebabkan cirit birit dan muntah pun antara simptomnya,” katanya.
Bagi Dr Nurul, mengetahui dengan lebih jelas mengenai simptom ini dapat memastikan individu dirawat dengan cepat supaya tidak menjejaskan lagi kesihatan mereka.
Buat 3 langkah teknik pernafasan
Sementara itu, bagi membantu anda yang mengalami simptom masalah pernafasan selepas Covid, Dr Hadi Othman berkongsi teknik pernafasan mudah dan boleh dipraktikkan setiap hari.
Siapa lepas kena Covid mudah rasa letih, cepat semput? Sebenarnya keadaan ini terjadi akibat kesan scarring ‘luka’ daripada virus Covid.
Boleh baik ke? Dengan izinNya boleh. Nak tahu macam mana jom ikuti teknik pernafasan mudah.
Deep breathing exercise
Long huff
Short huff
1) Lepas tu tarik nafas, tahan, ni paling penting. Lepas perlahan-lahan
2) Tarik nafas, tahan 2 saat, lepas kuat dan lama
3) Tarik nafas, tahan 2 saat, lepas kuat dan laju
Nak lebih jelas, tonton video di bawah.
Harap perkongsian ini boleh membantu anda yang mengalami gejala selepas Covid. Lagi baik buat secara konsisten dan jadikannya rutin.
Kredit: Astro Awani & TikTok Dr Hadi Othman
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/