Nasi lemak memang banyak dijual di mana-mana. Boleh kata semuanya sedap-sedap belaka. Maklumlah peniaga sudah semestinya pakar dalam menyediakan menu yang diniagakan.
Lain pula halnya dengan kita yang sekali sekala menyediakan menu ini. Kadang-kadang masak menjadi, namun ada juga sekali sekala nasi lemak yang dimasak termentah atau terlembik. Sekiranya ini berlaku apa yang perlu kita buat agar nasi lemak tersebut dapat diselamatkan untuk menjadi santapan keluarga.
Nak tahu caranya, ikuti perkongsian Puteri Azie ini dan semoga ianya bermanfaat.
“Saya bukan pandai, tapi mungkin dah membesar dengan mak yang berniaga nasi lemak. Nak cuba boleh… Andai tak menjadi, jangan kecam saya. Insya Allah.. saya dah buat tu saya berani kongsi”–Puteri Azie
Seandainya nasi lemak yang dimasak LEMBIK.
Caranya:
Ads
Masukkan telur 5 hingga 8 biji ke dalam periuk. Pastikan telur sudah di basuh bersih.Kalau periuk kecil, 3 biji sudah mencukupi.
Kemudian bungkus tudung periuk dengan kain.
Tutup semula periuk dalam 15 minit.
JIKA tidak menjadi alamatnya tambah lagi air dan menu akan bertukar daripada nasi lemak menjadi BUBUR LAMBUK.
Jika nasi lemak yang dimasak MENTAH
Caranya :
Ads
Letak air panas di dalam cawan yang di campur garam.
Letakkan di tengah-tengah periuk nasi.
Kemudian tutup periuk nasi dan masak lagi dalam 10 minit.
Selain itu, Mak saya kata,”Nasi lemak yang menjadi dan sedap, nasinya berderai-derai dan bukan melekat-lekat dan berketul-ketul.”
Ni Petua mak saya bagi. Waktu air dah kering masukkan 1/2 senduk minyak masak. Bagi periuk kecil, 2 sudu sudah cukup. Boleh juga gunakan minyak yang kita goreng bawang besar dan bawang putih. Kalau rasa malas tuang ja miyak masak!
Ads
Confirm!! Nasi lemak korang sedap! Gebu-gebas ja rasa. Yang penting santan kena cukup.
sumber : Puteri Azie VIA MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pucuk Ubi antara sayuran hijau yang memang sedap dicicah dibuat ulam. Cicah pula dengan sambal belacan memang sedap. Atau boleh juga dimasak kuah lemak dan sebagainya.
Jangan tak tahu,ada cara sebenarnya kalau nak rebus pucuk ubi supaya lebih lembut tetapi warna tetap cantik kehijauan. Inilah yang dikongsikan oleh Abd Rahman Tayun.
Sayur-sayur dah naik harga, kita masak pula sayur kampung. Pucuk ubi pun jadi la. Pucuk ubi ni kalau direbus, makan pulak dengan sambal belacan…laju je. Boleh juga masak lemak kuning dan lain-lain.
Bahan-bahan:
Pucuk Ubi
Garam Kasar
Air secukupnya
1/2 sudu teh baking soda
Cara merebus:
1.Ramas pucuk ubi dengan garam kasar dan sedikit air.
2.Bilas kemudian toskan.
3.Panaskan air letak 1/2 sudu teh baking soda
4.Masukkan pucuk ubi tadi.
5.Bila dah lembut terus tapis dan masuk dalam bekas air + air batu.
6.Kemudian toskan.
Hasilnya pucuk ubi nampak menarik kehijauan dan lembut. Selamat mencuba!
Musim durian kini sudah sampai ke penghujungnya. Maka tidak hairanlah jika dilihat di sana sini semakin berkurangan tidak semeriah awal bulan Julai yang lalu. Dan pastinya juga buat peminat durian sudah puas menikmati durian dengan pelbagai rasa dan jenisnya.
Selain durian enak dimakan begitu sahaja, tidak dinafikan menikmati tempoyak juga menjadi kesukaan ramai antara kita. Lebih-lebih jika dibuat sambal tempoyak, aroma dan rasanya cukup menyelerakan.
Istimewanya tempoyak yang dihasilkan daripada isi durian ini, ianya boleh disimpan hingga bertahun lamanya. Jadi peminat tempoyak tidak akan bimbang bila terasa teringin makan tempoyak walaupun bukan di musim durian.
Memandangkan masih ada saki baki musim durian, dan tidak menyukarkan ibu-ibu mendapatkan durian, ayuh kita buat tempoyak untuk simpanan sendiri.
Menurut Pak Tam ni cara buat tempoyak di rumah yang sering dibuat untuk pastikan bertahan lama.
1. Pilih isi durian yang molek sahaja.
2. Masukkan isi durian itu ke dalam bekas.
3. Gaul rata dengan sedikit garam.
4. Setelah siap, simpan di dalam peti sejuk. Ini proses peram.
5. Sekurang-kurangnya selepas 2 hari, tempoyak sudah boleh dimakan.
Dan ini pula cara yang lebih detail yang dikongsikan oleh Nielay Husna dan dikatakan inilah rahsia untuk lebih sedap rasa tempoyaknya. Jom semak.
Langkah pertama :
Nak buat Tempoyak kena guna durian. Durian paling baik ialah durian tuang, durian daun @ hijau dan durian berduri panjang. Payah dah nak dapat durian jenis itu. Nak guna durian kampung seperti durian kunyit, durian kucing tidur, durian pangsa atau durian hutan boleh jugalah. Cuma tidaklah sesedap durian kelompok pertama tadi. Nak guna durian klon seperti klon D24 atau Musang King boleh juga. Yang penting durian yang dipilih itu durian segar bukan durian buruk bontot atau durian yang sudah masam baunya.
Langkah kedua :
Bila dah dapat durian segar, berus dulu kulit luar dengan berus. Buang semua hana, pasir dan habuk. Bila dah bersih, baru dikopak pangsa durian. Keluarkan isi durian menggunakan sudu yang bersih dan letakkan ke dalam besen yang kering.
Langkah ketiga :
Asingkan isi durian dari biji durian menggunakan sudu dan garfu. Jangan tujah garfu ke biji durian. Ini mengelakkan air pahit dari biji durian meresap ke isi durian. Kikis isi durian dari biji durian dengan cermat. Jangan asingkan usi durian dari biji durian menggunakan jari jemari kerana boleh memasamkan isi durian. Setiap jari jemari mengeluarkan enzim penghadaman.
Langkah ke empat :
Isi durian yang selesai diasing dari biji dimasukkan ke tapis plastik. Tabur sedikit garam kasar atas isi durian itu. Tapis itu diletakkan ke dalam besen. Perap semalaman @ 10 jam supaya air masam turun ke besen.
Langkah ke lima:
Selesai diperap, masukkan isi durian ke dalam balang botol. Setiap tiga inci ketinggian isi durian di balang botol itu, taburkan secubit garam kasar. Pada kadar dua inci sebelum penuh balang botol itu, berhenti mengisi isi durian. Tabur secubit garam kasar di atas isi durian. Jika isi durian dimasukkan separas mulut balang, isi durian akan meleleh keluar akibat tekanan gas dari dalam bakang botol.
Langkah ke enam :
Tudung balang botol biarkan sahaja pada mulut botol selama 10 jam. Usah ditutup kemas. Biarkan gas durian keluar perlahan-lahan. Selepas sepuluh jam, tutup kemas tudung balang botol itu dan simpan dalam peti ais.
Ekstra Tip
Apabila menggulai tempoyak ikan, ayam, ikan sadin, daging; masukkan secukup cili api, kunyit dan daun kesom. Reneh gulai itu dengan api yang sederhana. Gulai asam tempoyak perlu dirampai dengan terung, ubi atau petai. Gulai itu pula lebih sedap dimakan setelah sejuk.
Begini pula cara puan Sarina Mohd Som menghasilkan tempoyak dan ianya juga turut dikongsi di fb Via MAHN. Katanya, “Lain orang lain caranya, lain negeri lain juga kaedahnya. Asalkan jadi tempoyak, mana-mana pun boleh.”
Proses pembuatan tempoyak.
1. Keluarkan durian dari ruangnya.
2. Keluarkan isi dari biji, campurkan dengan sedikit garam kasar.
3. Tapis semalam. Tutup elak semut dan lalat.
4. Proses penapisan untuk mengelakkan tempoyak menjadi masam.
5. Selepas semalaman, masukkan dalam botol. Jangan tutup rapat khuatir meletup.
6. Jika isi durian tidak lagi menggebu seperti seolah-olah dicampur dengan yis. Boleh tutup rapat botol dan simpan dalam peti sejuk.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memasak nasi lemak dengan teknik yang dikongsikan oleh Rossita Omar ini pasti banyak membantu ibu-ibu untuk menyediakan nasi lemak yang sempurna.
Ini memandangkan ada formula atau kira-kiranya untuk mentukan sukatan air yang diperlukan.
Sekali gus nasi lemak yang dimasak tidak mungkin terlembik atau termentah.
Tidak dengan itu, memasak dengan teknik yang dikongsikan ini juga dijamin nasi yang dimasak tidak berkerak. Wow! Tentu teruja untuk ketahui rahsianya bukan?
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Hari ini tokma nak share cara tokma masak nasi lemak. Nasi lemak versi kukus tapi tokma rebus periuk nasi itu..
Cara ini lebih mudah & lebih cepat. Lebih cepat masak dari guna periuk nasi letrik.
In Shaa Allah nasi lemak yg terhasil tidak berjelantah & tahan lebih lama.
#AirtanganTokma..
Moga bermanafaat & dapat dimanafaatkan bersama.
Cara Pengiraan/penggunaan, santan/air untuk nasi lemak tau nasi puteh. Ini cara sukatan tokma. Boleh jer guna cara sukat sendiri.Jika nak masak nasi puteh santan tu tukar dengan air pula.
Bahan-bahan : Daun pandan, hirisan halia, serai yang dititik, santan dan beras.
Step 1 :Basuh beras. Isi dalam periuk yang sesuai, bubuh daun pandan, hirisan halia, dan serai yang dititik.
Step 2 : Tuang santan secukupnya. Tuang minyak masak 1/2 senduk. Garam 1/2 sudu besar. Kacau rata.
Step 3: Masukkan periuk dalam periuk kukusan. Rebus periuk itu. Guna api sederhana.Air dalam periuk kukusan jangan banyak sangat nanti berkocok dan mercik-mercik pula.
Step 4 :Tutup periuk kukusan itu. Biarkan nasi terus mendidih. Bila sudah mula menggelegak bolrh kecilkan api dapur. Biarkan nasi terus mendidih hingga kering.
Step 5 : Biarkan nasi mendidih hingga kering santannya. Sesekali boleh kacau untuk ratakan santan pekat yang terapung di atasnya.
Step 6 : Bila nasi dah masak dan kering santannya. Boleh tutup api dapur. Biarkan periuk nasi terendam dalam air panas dalam periuk kukusan itu.
Step 7: Gemburkan nasi. Nasi dah masak dah. Bila digembur nasi semakin muai yang banyak. Tak ada yang jelantah. Alhamdulillah…
Ekstra info : Bekas periuk yang digunakan .Alhamdulillah tiada sedikit pun terdapat kerak nasi lemak.
Malahan nasi lemak ni boleh bertahan lebih lama. Insya Allah hingga 24 jam tahan tak basi jika betul cara masaknya.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.