Masak Nasi Guna Air Fryer, Elok Cantik ‘Kejadian’ Alternatif Bila Periuk Nasi Rosak
Air fryer adalah peranti dapur yang semakin popular di kalangan isi rumah. Ia berfungsi dengan menggunakan pemutar yang panas dan aliran udara yang tinggi untuk memasak makanan. Sesuai untuk menghasilkan makanan yang garing dan renyah disediakan seperti makanan yang digoreng, tetapi dengan menggunakan sedikit minyak atau tanpa minyak sama sekali.
Mak-mak juga boleh memasak nasi menggunakan air fryer. Jadi kalau periuk nasi tiba-tiba rosak, bolehlah masak nasi menggunakan air fryer. Berikut dikongsikan langkah demi langkah memasak nasi menggunakan air fryer.
Bahan yang diperlukan:
Beras
Sedikit air
Mangkuk aluminium/ayan
Aluminium foil
Langkah demi langkah:
Basuh beras dan masukkan ke dalam mangkuk aluminium/ayan.
2. Masukkan sedikit air (agak-agak).
Ads
3. Bungkus mangkuk aluminium/ayan yang telah dibalut dengan aluminium foil.
4. Masak dengan suhu 180 darjah celcius selama 25 hingga 30 minit.
5. Beginilah hasil kejadiannya. Masak sekata.
Banyak kegunaan air fryer ini sebenarnya. Ia sangat memudahkan urusan mak-mak di dapur.
Ads
Berikut beberapa kegunaan air fryer:
1.Menggoreng makanan tanpa minyak berlebihan: Air fryer membolehkan anda menggoreng makanan seperti kentang goreng, ayam goreng, dan udang tanpa menggunakan banyak minyak. Ini menjadikannya pilihan yang lebih sihat daripada penggorengan tradisional yang memerlukan banyak minyak.
2. Menghasilkan makanan yang garing dan rangup: Air fryer menghasilkan makanan yang garing dan rangup di luar, tetapi masih lembut di dalam. Ini menjadikannya pilihan yang baik untuk mereka yang suka makanan yang berkualiti tinggi.
3. Memanaskan makanan dengan cepat: Air fryer juga boleh digunakan untuk memanaskan makanan yang telah dimasak semula. Ia jauh lebih cepat daripada menggunakan ketuhar tradisional dan makanan yang dipanaskan masih mengekalkan kekeringan.
4.Mengeringkan makanan: Air fryer juga boleh digunakan untuk mengeringkan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Ini boleh menjimatkan masa dan menjadikan makanan yang lebih tahan lama.
Ads
5.Panggang makanan: Anda juga boleh menggunakan air fryer untuk memanggang makanan seperti pai dan ayam panggang. Ini memberi anda pilihan yang lebih sihat daripada memanggang dengan minyak atau mentega.
6.Pelbagai fungsi: Sesetengah air fryer mempunyai pelbagai fungsi tambahan seperti memasak roti, memanaskan pizza, atau menggoreng makanan sejuk beku. Ini menjadikannya alat dapur serbaguna.
7. Mudah dikendalikan: Air fryer mudah dikendalikan dengan menggunakan paparan digital dan tetapan suhu yang boleh disesuaikan. Ia juga dilengkapi dengan timer, menjadikannya alat yang sangat mudah digunakan.
8. Mengurangkan bau dan kotoran: Menggunakan air fryer mengurangkan bau minyak goreng dan kotoran yang dihasilkan oleh penggorengan tradisional. Ini menjadikan dapur lebih bersih dan segar.
Dengan semua kegunaan ini, air fryer adalah alat dapur yang berguna dan praktikal untuk memasak makanan dengan cara yang lebih sihat dan lebih mudah. Ia sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan penggunaan minyak dalam makanan dan mencapai hasil memasak yang berkualiti tinggi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dunia ini bukan tempat untuk kita ‘menikmati’ sepuas-puasnya kehidupan ini. Dunia ini adalah tempat percaturan manusia untuk mencari bekalan selepas kematian.
Ramai tidak menghiraukan urusan mengingati kematian seolah-olah merasakan kematian itu ditulis untuk orang lain. Akibatnya, mereka tidak bersungguh-sungguh melakukan amal kebajikan dan memperbaiki diri.
Salah satu sikap manusia yang sudah menjadi hobi, ada yang suka menyimpan barangan koleksi untuk dijadikan perhiasan rumah. Memang dalam Islam tidak pernah melarang umatnya mencari harta dan kekayaan, namun mengumpul dan menghimpun kekayaan merupakan satu sifat yang tercela.
Ada yang suka menyimpan barangan namun tidak pernah digunakan, sebaiknya ia disedekahkah kepada orang lain kerana setiap bahagian itu akan dihisab di sana kelak.
Sebagaimana perkongsian wanita ini menerusi facebooknya mengingati pesanan arwah ibunya memberi nasihat bahawa barang-barang tidak perlu disimpan dan gunakannya kerana ia bukan boleh dibawa mati. Deep pesanan ini. Moga kita muhasabah diri.
Seterusnya ikuti perkongsian ini.
Beli guna,jangan simpan
Ada 3 benda saya belajar dari arwah Mak
1) Pinggan mangkuk untuk kegunaan family dalam rumah sebolehnya jangan tangkap muat. Kalau raikan tetamu kita kalut keluarkan pinggan mangkuk cantik, sebenarnya di rumah pun sama. Tak kisah la plastik/ kaca tapi make sure kalau boleh seragam. Biasa kalau ada anak kecil kita prefer plastik kan. Mahal/ murah tak jadi isu, tapi biarlah sedap mata memandang. Yang sebenarnya family dalam rumah ni lagi kena raikan. Mak dulu pinggan Pyrex kaler coklat dia guna untuk guna seharian. Abah kata,
“ Buat apa simpan. Dah beli guna. Bukan leh bawa mati pun..”
2) Pastikan telekung kita bersih dan cantik. Mampu beli yang mahal, belilah. Bila nak jumpa orang kita beria pilih baju cantik, siap make up bagai tapi nak mengadap Allah kenapa tak boleh cantik jugak kan. Tetiba jadi berkira dan cincai saja.
Janganlah pakai telekung yang dah bertahi lalat, dah kuning dan kusam. Murah pun takpe asalkan bersih. Mak dulu telekungnya sentiasa bersih. Kalau tak sebab reput/ kain dah jarang memang boleh guna lagi. Bila Mak meninggal saya wakafkan telekung- telekung dia yang masih elok di surau- surau.
3) Sejadah. Ada masa sejadah perlu dicuci. Jangan biarkan berbau kepam. Macam mana kita nak perkara lain pun cantik dan elok, sama jugalah dengan sejadah. Nak menghadap Allah jangan ambil mudah.
Beberapa hari lepas saya beli set pinggan mangkuk ni memandangkan set pinggan mangkuk Ikea yang kami guna seharian dah banyak yang sumbing/pecah. Incik suami suggest beli yang baru. Senang, tetamu datang pun guna yang ni, orang dalam rumah pun pakai juga yang ni.
Bagi yang baru nak belajar memasak daging korban yang diterima sempena AidilAdha, bolehlah sediakan menu rendang yang pastinya akan digemari ramai. Seakan tidak lengkap pula kalau di hari raya ini tidak dapat menikmati enaknya rasa rendang.
Nak pastikan rendang yang dimasak sedap menepati citarasa, ada tip yang boleh anda lakukan. Ini sepertimana yang dikongsikan oleh Puan Liza Idris di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official.
Selamat mencuba.
Rendang Daging Raya PKP. Dijamin sedap menjilat jari.
Bahan dikisar:-
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
3 inci kunyit hidup
3 batang serai
Bahan lain:-
500grm daging lembu
1/2 kotak santan
5 sudu cili kisar
1 biji bawang besar dipotong halus
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil biji ketumbar
2 sudu besar kerisik
5 helai daun limau purut
3 helai daun kunyit
Asam keping
Cara-cara memasak:
Bahan pun yang simple je.
Biji ketumbar, jintan manis dan putih disangai dulu bagi naik bau.Sepatutnya jintan tu jenis biji, kat rumah tak ada jadi saya guna je yang serbuk. Masuk dalam lesung batu dan tumbuk.
1.Panaskan minyak, tumis bawang besar dulu. Ni la tips rendang lagi sedap.
2. Minyak tu banyak pun takpa. Nanti lepas masak boleh buang lebihan minyak. Masuk bahan blend dengan cili kisar. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak.
3. Bahan kisar tu nak blend dengan cili kering sekali jalan pun boleh.
4. Dah pecah minyak, masuk daging. Daging boleh je nak rebus dulu untuk elak liat. Tak rebus pun takpa. Tak dosa.
5. Masuk rempah yang ditumbuk. Kacau sebati. Masuk daun limau purut. Nak bagi bau lagi umphh, ramas sikit daun limau purut tu. Letak asam keping. Guna la 2 dulu, tak cukup masam nanti boleh tambah lagi. Daging dah lembut, masuk santan. Kacau sama rata.
6. Masuk pula kerisik untuk penyedap rasa. Kacau biar mesra. Masuk gula. Kalau ada gula melaka lagi sedap. Garam jangan dilupa. Akhir sekali tabur daun kunyit yang dihiris halus.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Menikmati keenakan rasa ikan yang digoreng garing apabila dimakan bersama nasi dan sambal belacan sudah cukup membuatkan seisi keluarga makan berselera.
Pun begitu, mengetahui detail tentang tips menyediakan gorengan yang sempurna, di sini dikongsikan petuanya.
Tips ikan goreng garing krup krap
Ehhh, jangan pandang sebelah mata pada ikan goreng tau. Nampak macam senang tapi sebenarnya susah jugak tu. Nak kena ada skill yang power baru menjadi.
Dan as surirumah, kita wajib hokeh ada skill ni. So here we go. Ikan goreng rangup sampai malam. Gittew
1. Panaskan minyak yang banyak.
2. Masukkan bawang merah dengan kulit atau asam keping tujuan supaya ikan tak melekat di kuali. Setelah bawang separuh masak barulah dimasukkan ikan.
3. Kuatkan api di permulaan supaya kulit ikan menjadi garing, kemudian baru diperlahankan sedikit sehingga ikan masak.
4. Jangan cuba nak balik balikkan ikan selagi ianya belum garing.
5. Setelah bahagian ikan yang terendam garing, atau tiada lagi bunyi mendesah (ssshhh) baru boleh dibalikkan.
6. Kalau gunakan kuali kecil, goreng ikan satu persatu sebab nak balikkan ikan tu perlukan ruang.
7. Tanda-tanda ikan dah masak ialah ikan mula terapung dalam minyak.
8. Tos sehingga kering dengan menggunakan tisu dapur.
9. Jangan ditindih ikan ketika ikan masih panas supaya ikan dapat ditos dengan sempurna.
Sumber : Resipi Viral Sedap
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.