Wanita yang handal memasak ini sememangnya idaman para jejaka di luar sana. Sebab itulah bila sudah berada dalam fasa perkahwinan itu, air tangan isteri juga menjadi kegemaran.
Tak kurang juga dengan @ashdanwife yang berkongsi resipi nasi goreng tomyam paling simple daripada air tangan isterinya. Tak menyesal jika anda cuba sebab pasti tak perasan pinggan dah licin.
Nasi Goreng Tomyam
Bahan-bahan:
Sotong
Udang
Nasi semalam
Telur
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Serai 2 batang
5 biji cili padi
2 sudu cili kisar
1 sudu pes tomyam
1 sudu sos tiram
1 sudu sos ikan
Sos cili
Lobak merah
Kubis bunga
Daun limau purut
Cara Penyediaan:
– Siang udang dan sotong, potong kecil dan basuh sehingga bersih.
Ads
– Hiris semua bahan tumis (bawang merah, bawang putih dan serai).
– Tumbuk kasar cili padi.
– Tumiskan semua bahan tadi dan masukkan cili kisar.
Ads
– Masukkan pes tomyam, sos tiram dan sos ikan.
– Masukkan udang dan sotong tadi dan tambahkan sedikit sos cili.
Ads
– Masukkan sayur lobak merah dan kubis bunga yang telah dipotong kecil dan tambahkan hirisan daun limau purut.
– Masukkan nasi semalam, gaul sehingga masak.
– Boleh tambahkan telur yang digoreng dengan air untuk dimakan bersama nasi goreng tadi.
Jangan bimbang dan buntu nak hidangkan juadah untuk tetamu bila mana balang biskut raya semakin ringan. Ada baiknya anda sambut tetamu yang datang berkunjung dengan sebiji kek buatan sendiri atau sediakan puding istimewa.
Melihat sahaja puding yang disajikan di atas meja pasti gembira tetamu yang berkunjung. Puding Laici Susu antara penyuntik bangkit selera buat semua.
Resipi perkongsian Puan Mastura Razali ini nampak sedap dan ringkas. Jom cuba!
Puding laici susu…semudah a b c. Layan time sejuk baru terangkat .
PUDING LAICI SUSU
Bahan-bahan:
1 peket serbuk agar-agar (10g)
5 cawan air (cawan metrik)
3/4 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin laici
Caranya:
Kisar 1 tin laici dengan 1 cawan air laici.
Kisarkan sekejap jangan sampai halus.
Baki air laici simpan, jadikan kuah semasa makan puding.
Satukan semua bahan dalam periuk dan biarkan hingga mendidih.
Bila semua dah hancur, tuangkan ke dalam acuan.
Biarkan mengeras.
Kredit: Mastura Razali
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kebelakangan ni, bila petang je hujan. Kadang tak tunggu petang, tengahari pun dah gelap awannya tinggal nak tunggu titisan hujan je jatuh. Gitu ayat!
Bila dah hujan, cuaca sejuk mula lah berangan nak makan benda yang berkuah lah, bubur lah, itu lah ini lah. Yang jadi masalah, waktu tu boleh pula perut pun bekerjasama dengan berangan terus rasa lapar dan meraung minta di isi.
Dah alang-alang berangan tu, apa salahnya kita jadikan kenyataan. Meh la kita ketung ketang kat dapur buat Mee Sup Kota Belud mudah dan lazat dari Alin Rjd ni. Esok cuti kan? Buat terus banyak untuk makan tengahari bawa ke makan malam, tak payah nak susah-susah masuk dapur banyak kali. Jom cuba!
Mee Sup Kota Belud
Bahan-bahannya :-
Ayam
bawang putih
halia
serai
daun sup
kiub ayam
lada putih
garam
air
lobak putih (optional)
labu putih (optional)
Sambal
bawang merah
brown sugar
cili
limau kastura
garam cuka
Cara-caranya:-
Ok mula2 rebus ayam. Bole pakai mana2 bahagian yg uoals suka ya. Anggaran 1 kg dgn 1 L air. Campur dgn bawang putih, halia,serai,daun sup tu nak letak bole,tak letak pon takpa.. jika suka bole letak sekali lobak putih atau labu putih 🥰
Eh bawang tu napa dak d kupas. 😂😂 Jwpn dia malas. Hahhaa cuci ja bersih2 rendam kejap dgn air panas.
Rebus ayam jgn letak apa2 perasa dlu. Agak2 da msk bole angkat ayam dan biarkan sejuk. Tips, jgn rebus lama sgt. Kalu sis, sis suka ayam yg masih juice.. sedap! 😘😘
Ok da angkat ayam tadi bolelah tambah bahan2 seterusnya. Cuma perlu guna kiub ayam, lada putih dan garam je.. garam tak msk plk dlm pic 😅. Nak letak maggi secukup rasa pon bole.sukati u oals la. Tpi sez lbh suka guna kiub ni
Begitu…sis guna dlm 3kiub. Lada putih u oals agak jela.lps tu buh garam agak2 juga. Air rebusan ni u oals bole topup ya.
Ok than biarkan mendidih
Next step kita nak buat staring resepi!! Ini sila fokus ya 😂😂😂 no shortcut!!! Amaran jgn guna bawang goreng dikedai 😂😂 rajin2 kupas bawang.
Ok resepi asal pki bawang merah ja. Tpi sis suka mau pki bawang merah n putih sdp ba tu 2-2 di guring 😂
Brapa byk mau kupas?? Na terpulang kamu. Mau sedap kupas n hiris la byk2
My secret resepi 😅
Tumis bawang bersama gula.. tipsss!! Pakai brown sugar. Kenapa.. selain rasa bawang goreng tu lbh sdp, dia akan lbh crunchy gais!! Sila goreng dgn api yg perlahan. Jgn sampai hangit ya. Agak2 dia perang da trs kasi mati api
Ok no more secret pat ni
Ok.. masi jln cerita staring.. ini la paling dap2.. bawang goreng campur dgn minyak goreng td. Wajib ya yg ini. Hehee kalu teda buat gni kureng sedap nanti mee sup kb kamu heheh. Kasi hancur sikit jgnla hncur btl plk 😂
Ayam yg suda sejuk tu potong ya lawa2 😂 dak brapa lawa putungan sis
Ok part lada.. wajib fokus juga 🤣
Lada + limau..kalu mau sedap pki la limau kapas (limau kasturi) . Sez suka bau limau kapas n rasa dia. Tpi mana2 pon ok ja
Lada + limau + garam + cuka
Ok lada td campur sikit dgn bawang goreng td. Buat mcm ni ya. Ya ampun sedap nii 😋😋😋
Siap, sedia untuk dihidang!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bukan semua orang suka makan mi goreng. Baik anda sendiri, apa lagi anak-anak kecil kita. Punca adalah kerana rasa kapur yang terdapat di dalam bahan membuat mi ini.
Rasa ini bukan sahaja tidak enak, malah buat hilang selera untuk menyuap kali kedua.
Walaupun direndam dan dibasuh berkali-kali, bau kapurnya masih lagi kuat. Inilah yang menyukarkan ibu-ibu untuk menyediakan mi. Justeru, anda boleh mencuba petua yang diberikan ini.
BAHAN-BAHAN:
Mi Kuning
Gula pasir
Caranya mudah sahaja. Selepas mi dikeluarkan daripada plastiknya, basuh mi kuning kemudian taburkan gula pasir di atasnya. Ratakan ke seluruh kawasan dan biarkan mi direndam selama 30 minit. Kemudian bilaslah dengan air yang bersih.
Selain itu, cara lain untuk menghilangkan bau kapur ini adalah dengan cara merebus mi itu sendiri. Jangan hanya mencelurnya tetapi merebuskan seketika selepas di basuh bersih. Selepas merebus, angkat dan toskan kemudian bilas sekali lagi dengan air bersih.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.