Masak Nasi Benamkan Bawang Putih, Rahsia Awet Muda Dan Kesihatan Diri, Nasi Pun Jadi Lebih Lembut Dan Sedap!

Share

Nasi merupakan makanan ruji rakyat Malaysia. Jika tak ada nasi, memang tak lengkap menu hidangan buat keluarga.

Biasanya kita masak nasi begitu sahaja dengan membasuh beras sehingga bersih dan membuat ukuran paras air supaya nasi tidak terlalu lembut atau keras.

Nampu tahukah anda, ada segelintir kita ketika memasak nasi akan meletakkan bawang putih ketika memasak nasi.

Tentu ada sebabnya! Menurut puan Nurul Diyana Kamaludin, dikatakan campuran bawang putih di dalam nasi antaranya sebagai petua awet muda, turunkan kolesterol, merawat selsema dan demam.

Nak tahu kelebihan petua ini, ikuti perkongsiannya.

Petua Awet Muda, turunkan kolesterol, merawat selsema / demam dan lain-lain.
Amalan saya bila memasak nasi. Kadang saya bakar dgn kulit sampai lembut. Bila malas, saya masak bersama nasi. Makan mcm tu je. Dua tiga hari sekali. 

Caranya, bila nasi dah didih dan hampir kering, benamkan bawang putih. Nanti akan lembut dan sedap. Tak affect pun rasa nasi putih tu. 

Kenapa saya suka amalkan petua makan bawang putih?

Di antara kebaikan bawang putih :

1.Membantu menghilangkan kolestrol
2.Bagi pesakit diabetes dapat mengurangkan kandungan gula yang tinggi dalam badan.
3.Melancarkan aliran darah
4.Meningkatkan nafsu suami isteri
5.Menurunkan tekanan darah bagi yang darah tinggi
6.Antibakteria mengurangkan risiko mendapat kanser
7. Awet muda. Antioksidan yg tinggi dan bagus untuk kecantikan luaran juga dalaman


8.Menyahkan/membuang toksin dalam badan
9.Sesuai digunakan rawat selsema / demam
10.merawat tulang rapuh dan memberi nutrisi bagi mendapatkan tulang yg kuat
11.membantu mengurangkan dan mengawal berat badan dan byk lagi khasiatnya

Sekian, selamat menjamu selera.

Kredit : nurul Diyana kamaludin

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club