
Nasi merupakan makanan ruji rakyat Malaysia. Jika tak ada nasi, memang tak lengkap menu hidangan buat keluarga.
Biasanya kita masak nasi begitu sahaja dengan membasuh beras sehingga bersih dan membuat ukuran paras air supaya nasi tidak terlalu lembut atau keras.
Nampu tahukah anda, ada segelintir kita ketika memasak nasi akan meletakkan bawang putih ketika memasak nasi.
Tentu ada sebabnya! Menurut puan Nurul Diyana Kamaludin, dikatakan campuran bawang putih di dalam nasi antaranya sebagai petua awet muda, turunkan kolesterol, merawat selsema dan demam.
Nak tahu kelebihan petua ini, ikuti perkongsiannya.
Petua Awet Muda, turunkan kolesterol, merawat selsema / demam dan lain-lain.
Amalan saya bila memasak nasi. Kadang saya bakar dgn kulit sampai lembut. Bila malas, saya masak bersama nasi. Makan mcm tu je. Dua tiga hari sekali.
Caranya, bila nasi dah didih dan hampir kering, benamkan bawang putih. Nanti akan lembut dan sedap. Tak affect pun rasa nasi putih tu. Kenapa saya suka amalkan petua makan bawang putih?
Di antara kebaikan bawang putih :
1.Membantu menghilangkan kolestrol
2.Bagi pesakit diabetes dapat mengurangkan kandungan gula yang tinggi dalam badan.
3.Melancarkan aliran darah
4.Meningkatkan nafsu suami isteri
5.Menurunkan tekanan darah bagi yang darah tinggi
6.Antibakteria mengurangkan risiko mendapat kanser
7. Awet muda. Antioksidan yg tinggi dan bagus untuk kecantikan luaran juga dalaman
8.Menyahkan/membuang toksin dalam badan
9.Sesuai digunakan rawat selsema / demam
10.merawat tulang rapuh dan memberi nutrisi bagi mendapatkan tulang yg kuat
11.membantu mengurangkan dan mengawal berat badan dan byk lagi khasiatnya
Sekian, selamat menjamu selera.
Kredit : nurul Diyana kamaludin
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Cuci Usus Perlu Ke? Fahami Penjelasan Dr Ni Sebelum Ambil Keputusan Nak Buat!

Kunci untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat adalah dengan kita perlu mengamalkan cara hidup yang sihat. Umpamanya mengambil makanan yang berkhasiat, bersenam, tidak merokok dan lakukan aktiviti fizikal.
Itu semua yang kita sedia maklum, namun ada juga yang orang beranggapan perlu lakukan proses mencuci usus untuk pastikan ianya bersih dan sihat. Tidak kurang juga mengatakan bila dilakukan proses cuci usus, tubuh akan lebih kurus.
Benarkan begitu? Adakah setiap ahli keluarga perlu lakukannya? Bahaya atau tidak tindakan tersebut?
Mencari kepastiannya, ayuh kita hadam apa yang dijelaskan oleh doktor ini. Semoga selepas ini tidak ada lagi keraguan fakta. Jom semak!
Cuci Usus. Perlu atau tipu?
Assalammualaikum dan salam sejahtera pada sahabat-sahabat semua.
Kebelakangan ini kita semakin asyik dengan iklan produk-produk cuci usus yang tular di media sosial. Dilihat produk-produk ini memberikan keputusan positif yang signifikan dan pantas dan ramai yang bertanya pada saya dan rakan rakan Medtweetmy akan kebenaran testimony WA yang dipaparkan/diiklankan ini. Sejauh mana keberkesanan produk-produk ajaib ini? Selamatkah penggunaannya?
Bestnye boleh kurus cepat, kurang kembung/buncit dan tambah tenaga dengan mencuci usus.
Cuci usus mempunyai sejarah permulaan pada zaman Greece dan mula popular pada tahun 1900an. Lama-lama kelamaan, aktiviti ini tidak lagi popular kerana dilihat tiada kesan jangka masa panjang dan juga mungkin membawa mudarat.
Cuci usus ini merujuk pada perbuatan untuk membersihkan usus besar dari najis dengan menggunakan produk-produk yang secara kasarnya hanyalah ubat untuk penyakit sembelit. Terdapa juga kaedah cuci usus menggunakan air yang dimasukkan terus ke lubang dubur dan diirigasi untuk mengeluarkan najis. Ini agak ekstrem dan berisiko mencederakan usus dan mungkin menyebabkan ia pecah dan boleh dilanda jangkitan kuman dalam abdomen.
Kita fokus pada produk-produk ajaib ini. Cuci usus menggunakan produk merujuk pada aktiviti menelan pil ajaib untuk meransang pergerakan usus ataupun meminum cecair berkepakatan tinggi untuk membawa air keluar dari usus sekaligus membilas usus anda dari najis. Inilah mekanisma cucian usus menggunakan produk yang kita lihat diiklankan sebagai ‘quick-fix’ dalam usaha untuk kurus dan bertambah sihat. Produk seperti ‘Cle*n8, Al*e Ve*a G#l dan sebagainya mengiklankan kesan cuci usus sebagai positif dan mampu menjadikan penggunanya kurus dan kurang lemak.
Saya ingin nyatakan di sini bahawa, istilah cuci usus itu wujud dan hanya digunakan sebagai persiapan untuk endoskopi yang mana Pakar Bedah gunakan kamera untuk mengesan KANSER USUS. Tiada kegunaan lain bagi cuci usus. Buang masa!
1. Ada yang kata cuci usus ini boleh kurus.
Penggunaan produk cuci usus ini pada mulanya akan membawa air keluar dari badan kerana kepekatannya tinggi dan mampu menarik air keluar dari sel dan seterusnya di keluarkan dengan najis. Kurus yang dirasai hanyalah sementara dan ia tidak berkekalan. Mungkin dalam 3-6 jam sahaja kesannya dan sejurus apabila badan menyesuaikan kembali keadaan dehidrasi dengan menjadikan anda dahaga, berat akan kembali pada paras sebelum cuci usus ini.
2. Ada yang kata cuci usus boleh kurangkan lemak.
Lemak yang ada dibahagian perut anda adalah di lapisan luaran dan kuantitinya ditentukan oleh pengambilan kalori anda dan juga jenis makanan yang anda makan. Tiada lemak akan keluar dengan cuci usus dan apa yang anda lihat berminyak etc hanyalah ilusi semata.
3. Produk cuci usus ini MERBAHAYA.
Produk ini bertindak untuk menarik air keluar dari sel badan anda. Apa bila air kurang di dalam sel, buah pinggang akan bertindak menyimpan air dan mengurangkan air kencing. Apabila keseimbangan ini tidak dapat dikawal lagi, maka buah pinggang akan mengalami kerosakan. Garam galian di dalam tubuh akan tidak seimbang dan mungkin menyebabkan kegagalan buah pinggang yang kekal, ritma jantung yang tidak teratur dan otot yang akan lemah. Perkara-perkara ini akan menyebabkan sahabat-sahabat saya Dr Rafidah Abdullah #MedTweetMY , Khairul Hafidz Alkhair Kamarul Ariffin Nor Sadan Muhammad Izzat Suhazeli Abdullah , Dr Beni dan Mahyuddin Mohamed pening kepala. Bukan apa, komplikasi seperti ini boleh dielakkan dan tidak sepatutnya berlaku.
Tuan-tuan dan Puan-puan, tiada jalan pintas untuk sihat, disiplin dari segi pemakanan dan senaman adalah kunci pada kesihatan. Tidak dilupakan kesihatan mental yang bermula dari berfikiran positif dan terbuka.
Saya akui memang sukar untuk berdisiplin dalam mengamalkan pemakanan sihat dan bersenam, tetapi langkah pertama ialah langkah yang paling penting dan kita seharusnya istiqamah dalam perjuangan hidup ini. Jangan terperangkap dengan jalan pintas. Ia tidak berkekalan malah akan memudaratkan.
“Consistency is the key”
“Berak banyak kali tak semestinya akan kurus”
sumber : Dr. Zainal Adwin
Pakar Bedah
MedTweetMY
Wangikan Diri Cara Paling Mudah. Confirm Orang Tak Kata Badan Berbau!

Menguruskan masalah bau badan jangan ambil ringan. Lebih-lebih lagi kita sebagai seorang isteri. Pastinya mahu sentiasa bersih dan wangi apabila disamping suami. Ini memandangkan ramai orang perempuan percaya jika ada masalah badan berbau akan menjejaskan penampilan dan sekali gus hilang keyakinan diri.
Atas sebab ini juga, kita harus mencari penawar untuk atasi masalah tersebut. Selain menggunakan minyak wangi, ada baiknya cuba amalkan cara tipikal yang diamalkan oleh orang dulu-dulu dengan menggunakan bahan alami.
Ini sebagaimana yang telah diamalkan oleh Mak Jemah Nelly dan turut dikongsikan cara penyediaan ramuan untuk memastikan badan kekal harum di akaun fbnya. Jom cuba buat!
“Ikut cara masing2 lah..mak jem senang dengan cara mak jem. Di sini mak jem share cara nak mewangikan diri , mengelakkan badan berbau , mencegah ketiak yang berbau hangit tengit pahit kaw tu kan…”-Mak Jemah Nelly
Bahan-bahan:
3 batang serai
1 sudu besar halba
2 biji lemon
4 biji limau nipis
Cara Penyediaan :
- Potong limau nipis dan lemon nipis-nipis.
2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
3. Sebelum menggunakan air rebusan ini, badan hendaklah dibersihkan terlebih dahulu. Kemudian ambil hirisan lemon dan limau nipis digosok-gosokkan pada seluruh tubuh dan beru lebih tumpuan pada bahagian bawah lengan.
Ekstra info :
Lebihan air boleh digunakan untuk membilas badan.
Lelaki / perempuan boleh amalkan… JANJI RAJIN SAJA…
Mak jem amal seminggu 2,3 kali
sumber : Mak Jemah Nelly
“Ibu Tahap 3 Ditiarapkan Dan 7 Ahli Keluarga Lain Positif…” Achey Kian Risau

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hanya orang yang mengalami dan merasai sendiri kesukaran itu tahu bagaimana rasanya yang sebenar. Berkongsi kisah terkini berkenaan Achey dan tujuh orang keluarganya yang telah dijangkiti virus Covid-19 membuatkan seisi keluarga berasa resah. Apatah lagi mendengar perkembangan terkini keadaan ibunya yang telah ditiarapkan.
“Hospital hubungi saya dan memaklumkan dia ada radang sedikit di paru-paru dan ubat anti-radang masih dimasukkan dalam badan sampai 14 hari. Jadi, dia ada baki dalam 4 hari. Dia demam sedikit. Ibu saya sebenarnya stage 3, tapi dia diletakkan di dalam wad stage 4 sebab dia perlu pemerhatian yang lebih rapi.
“Dia ada demam dan masih dimasukkan antibiotik untuk menguatkan badan, sehingga kini masih memerlukan bantuan oksigen dan ditidurkan secara meniarap. Badan pula semakin susut. Kesihatan dia turun naik,” ujar pelawak Achey yang memberitahu keadaan ibunya, Ngaisah Hassan, 73, kini masih menerima rawatan sebagai pesakit C0VID-19 tahap tiga di Hospital Segamat, Johor.
Bagaimanapun, ibunya terpaksa diletakkan di dalam wad pesakit C0VID-19 tahap empat memandangkan perlu mendapatkan pemantauan rapi.
Pelanggan Jadi Punca
Jelas Achey keluarganya dijangkiti virus berbahaya itu bermula daripada pelanggan yang membeli jualan mereka di tepi jalan.
“Keluarga saya cari makan dengan menjaja tepi jalan dan jual produk sendiri. Wabak ini berjangkit daripada pelanggan, apabila bawa balik rumah seorang demi seorang kena bermula dengan abang saya, ibu saya dan kakak. Buat masa sekarang kakak saya sudah balik, tinggal abang dan ibu saya masih dirawat di hospital.
“Balik saja kakak saya, adik saya, Natasha pula dibawa ke PKRC Johor Bahru. Hari ini dapat tahu adik ipar perempuan dan anaknya pula positif C0VID-19. Kemungkinan dia tiga beranak akan dibawa untuk kuarantin. Ada dua orang lagi yang belum ada keputusan iaitu suami kepada adik saya Natasha dan abang sulung saya. Ramai di rumah dan berganti-ganti,” jelas Achey.
Hikmah Di Sebalik Musibah
Kata Achey lagi, kemalangan yang menimpanya pada Julai lalu ada hikmah apabila kini dia dan isteri, Nor Hasanah Yahaya menjadi jurugegas menghantar barang keperluan di hospital dan rumah keluarganya di Labis.
“Ada hikmah sebenarnya selepas saya patah tangan, saya diuruskan oleh isteri saya di rumah mentua saya. Jarak dengan rumah keluarga saya di Labis cuma 15 minit. Bila semua kena (C0VID-19), yang boleh hantar makanan dan keperluan hanya saya dan orang rumah saya. Kami saja yang free. Kalau saya tak berapa sihat, isteri saya tolong hantarkan.
“Kadang-kadang saya yang hantar, tapi maklumlah nak bawa kereta pun susah sebab tangan dah dua-dua cedera, tak boleh nak pusing stereng. Cuma, apa boleh saya katakan sekarang apa yang berlaku, jalan je dulu. Kami tak boleh ambil barangan dari rumah keluarga untuk dihantar ke hospital sebab di rumah ramai yang positif.
“Jadi, apa keperluan di hospital dan pusat kuarantin kita perlu beli baru. Sama juga dengan rumah di Labis yang perlukan keperluan pun kami juga yang akan hantarkan. Kejap hospital, kejap ke Labis,” tambahnya.
Menerusi kemaskini di Instagram, keluarga Achey difahamkan mula dimasukkan ke hospital di Johor sejak minggu lalu akibat dijangkiti C0VID-19.
Sumber : artis malaysia & ig @acheykintangkintung
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club