Bila seorang ibu itu menyediakan hidangan nasi ayam tentunya boleh membuatkan seisi keluarga berasa menu yang dimasak begitu istimewa. Maklumlah, bukan pada hari-hari biasa seorang ibu yang berkerja dapat menyediakan menu sepertinya ini.
Memandangkan hidangan nasi ayam perlu disediakan lengkap selain nasi, perlu dimasak bersama ayam, sambal kicap, kuah sup, sayur-sayuran dan seumpamanya agar sempurna set menu yang dihidang.
Pun begitu, melalui perkongsian daripada Noor Hafiza Mohamad mengatakan dia hanya memerlukan 1 jam 30 minit untuk menyediakan menu untuk tetamu yang bertandang ke rumahnya baru-baru ini.
Jadi jom ketahui bagaimana Noor Hafiza lakukannya. Dan andai ditanya kepada anda, berapa lama pula biasanya diperuntukkan untuk menyediakan menu nan satu ini?
Jom semak resipi yang dikongsikan olehnya.
Masak nasi ayam ringkas untuk tetamu datang beraya.
Cara sis masak nasi ayam 1 jam 30 minit je
Sup / stok ayam
– Rebus ayam bersama hirisan halia, 3 ulas bawang putih diketuk, 2 batang akar ketumbar, 3 ketul kiub ayam. Ayam dipotong 4. Kalau suka potong kecil pon tak apa. Boleh tambah sedikit garam.
Masak nasi
– Saya guna basmathi. Rendam sekejap sementara sediakan sup. Masak nasi guna air rebusan tadi. Masukkan sedikit kunyit supaya cantik warna nasi dan sedikit marjerin.
Ayam bakar
– ayam yang direbus tadi ditoskan. Perap 30 minit dengan kicap manis, sos tiram, minyak bijan dan sedikit madu. Bakar sekejap dalam pemanggang ajaib supaya warnanya cantik berkilat
Sup
– tabur daun sup dan bawang goreng dalam stok ayam / sup
Sos
– Kisar cili besar dengan stok ayam, masukkan sos cili Thai, tambah gula dan garam jika perlu dan masak sekejap.
Kicap
– Bancuh kicap manis dengan stok ayam. Panaskan sekejap
Hiasan lain
– potongan salad, tomato dan timun
Saya amik masa 1 jam lebih je untuk sediakan semua ni. Sediakan bahan seperti susun resepi ni kalau nak cepat. Mula dengan buat stok ayam dulu.
sumber : Noor Hafiza Mohamad via MAHN