
Percubaan daripada Yuss Aisha apabila memasak lemang di dalam tin minuman, nyata cukup kreatif dan mengujakan.
Andai ada yang tiba-tiba teringin makan lemang, elok sangatlah dicuba. Maklumlah lemang ini menu special musim perayaan. Bukan mudah dijumpai di mana-mana kedai makan.
Untuk itu, jom kita semak dulu cara untuk sediakannya.
Lemang….. Inspirasi dari lemang periuk kera.
Alhamdulillah menjadi helok sangat
wangi satu rumah.
Lemang kukus sifatnya lebih moist berbanding bakar.
Resepi :
2 cawan beras pulut rendam sekurangnya 2 jam.. Kemudian toskan
Santan 1½ cawan + Garam 2 sudu teh (kalau nak lemak sikit tambah lagi)
Daun pisang dilayur sedikit masuk dalam tin.
Cara Buatnya:
1. Masuk beras paras ⅔ tin.
2. Hentak sikit biar padat.
3. Masuk santan cukup-cukup paras tenggelam beras.
4. Masuk 3 cawan air dalam periuk, panaskan.
5. Kecilkan api.
6. Letak lemang berdiri DALAM AIR. Tutup periuk.
Kukus 15 minit (pressure cooker)
Kukus 30 minit (periuk biasa)
Hentak skit biar padat kemudian sejukkan baru potong dan hidang.
Sumber : Yuss Aisya
Awas, Bahaya Jika Anak Guna Botol Susu Lebih Dari 3 Bulan. Ibu-Ibu Kena Alert Bab Ni!

Tengah bancuh susu anak, entah kenapa tiba-tiba teringat, “Eh? Berapa lama eh boleh tahan botol susu ni? Takkanlah selama-lamanya pula?”
Mahal macam mana pun botol susu, tukarlah dengan kerap. Jangan kedekut dan terlalu berkira untuk membeli botol susu anak demi kesihatan mereka.
Adalah bahaya menggunakan botol susu yang sudah lebih dari tiga bulan. Lebih bahaya jika terdapat banyak calar balar di bahagian dalam botol. Kesan calar itu akan mengeluarkan toksik dan boleh memudaratkan kesihatan anak.
Jangka Hayat Botol Susu
Jika botol susu mempunyai Bisfenol A (BPA), jangka hayat penggunaannya hanya sekitar 3 ke 6 bulan. Manakala botol susu yang jenis BPA Free, jangka hayatnya lebih panjang.
Namun begitu, sebaik-baiknya tukarlah botol susu anak anda sekiranya warna botol sudah berubah, banyak kesan calar dan sudah kekuningan.
Kesan BPA Terhadap Kesihatan & Bayi
BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat larut dan meresap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen.
Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbahan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan.
Bahkan janin dalam kandungan dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini, kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.
Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti:
1. Baligh awal
2. Kanser payudara
3. Kanser prostat
4. Penyakit jantung
5. Obesiti
6. Kencing manis
7. Boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan hormon.
Botol susu perlu ditukar segera sekiranya:
Kesan calar pada botol
Kesan calar dalam botol anak juga perlu diperhatikan. Jika mempunyai banyak kesan calar, anda perlu menukar botol anak. Bimbang terdapat pembebasan sisa toksik atau bahan kimia daripada plastik botol tersebut.
Sterilizer
Penggunaan sterilizer ini sebenarnya dapat mengurangkan jangka hayat botol. Contohnya, jika botol boleh digunakan selama 6 bulan, mungkin hanya boleh digunakan 4 bulan.
Salah satu sebabnya adalah kerana ia melibatkan penggunaan haba yang tinggi. Pendedahan terhadap air yang menggelegak juga boleh menyebabkan botol polikarbonat melepaskan BPA dengan kadar lebih cepat berbanding terdedah kepada air sejuk atau air suam.
Warna botol
Jika botol anak kelihatan kekuningan, andanya adalah tanda botol perlu ditukar. Lebih-lebih lagi sekiranya terdapat kesan calar di baagian dalam botol.
Bau
Jika botol sudah berbau tidak nyaman walaupun kerap kali dibasuh, tukar botol kerana bau itu mungkin berpunca daripada kulat atau mikroorganisma di dalam botol.
Sabun Pencuci Botol
Penggunaan pencuci botol susu juga perlu diambil kira. Mencuci dengan menggunakan sabun biasa ataupun sabun pencuci pinggan perlu dielakkan.
Ianya bukan sahaja mengandungi bahan kimia menghakis, malah memberikan kesan bahaya kepada anak sekiranya sabun tidak dibilas dengan berish. Gunakan bahan pencuci yang bersifat organik.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada para ibu semua. Buat pilihan yang tepat untuk kesihatan si manja yang tersayang.
Sumber: Maya Darwish
Cermin Tingkap Kereta Tersangkut ‘Stuck’, Lelaki Kongsi Tips, Guna Alat Ni Saja, Senang Rupanya!

Tidak dinafikan era pandemik ini, segala perbelanjaan kena berjimat cermat. Oleh sebab itu ramai yang lebih suka menyimpan wang untuk simpanan jika berlaku kecemasan.
Bagi yang mempunyai kenderaan lama atau sudah berusia lebih 10 tahu masih kekal mengunakannya. Sesuai dengan kehidupan sekarang asalkan cukup makan pakai. Tidak semua orang mampu untuk membeli kenderaan baru.
Namun, kenderaan lama ini ada liabilitinya. Sudah tentu ada kos pembaikian sesebuah kereta kadang-kadang memeranjatkan kita hingga ada mencecah RM700-800.
Namun, tidak semua bahagian kereta yang rosak perlu dihantar terus ke bengkel. Jika boleh DIY kita buat sendiri. Bagi yang menghadapi masalah cermin tingkat kereta ‘stuck’ boleh ikuti tips yang diberikan oleh lelak ini. Memang jimat, hanya beli semburan cermin tingkap dah tak tersangkut.
Kereta dah 10 tahun, cermin tingkap tak boleh turun.
Baru-baru ini kereta Proton Saga BLM yang saya beli 10 tahun lepas mengalami masalah cermin tingkap yang tersangkut. Susah untuk naik atau turunkan cerminnya.
Maklumla kereta dah lama memang patut ada masalah. Saya bawa kereta ke bengkel kereta untuk bertanya tentang masalah cermin tingkap saya ini.
Simptom ini telah lama ditunjukkan tapi saya buat tak tahu sahaja sehingga
pada suatu hari tu, cermin sebelah pemandu tersebut telah terkeluar dari “landasan” sepatutnya. Habis terus bengkok tapak landasan cermin tersebut.
Saya nak cakap pun tak berapa paham sangat. Jom tengok je lah gambar.

Mekanik itu berkata, motor power window ni memang sangat kuat sehingga boleh menyebabkan bengkok tapak tersebut.
Disarankan untuk tukar baru sebab besi kalau telah mula bengkok, pada masa akan datang boleh bengkok lagi. Sebab besi tu dah lembut.
Walaupun tapak cermin tersebut telah ditukar, cermin
tingkap kereta saya di bahagian depan kiri dan kanan masih ada masalah berat untuk turun dan naik.
Guba semburan pelincir
Mekanik kata ini masalah getah pada tingkap saya dah keras dan ketat untuk cermin tersebut bergerak turun dan naik. Mekanik mencadangkan saya cari pelincir cermin untuk menyelesaikan masalah ini.
Boleh cari pelincir ini di kedai aksesori kereta. Memang ada jual pelincir khas untuk getah dan mesra pada getah. Kedai yang saya pergi ni dah habis pula pelincir cermin ni.
Jadi, saya cari pelincir getah tersebut di DIY. Akhirnya jumpa jenama ini. Lihat gambar seperti di bawah:
Alhamdulillah memang berkesan la auto silicon spray ni. Cermin kereta saya tidak stuck lagi. Turun naik dia sangat smooth seperti cermin kereta baru pula. Lancar je..Serius sangat suka.
Label di botol ada tulis “Lubricantes, Cleans, Protects Auto Part”. Sesuai di gunakan untuk joint seperti pintu-pintu, bonet, turun naik tingkap yang perlahan atau stuck, stop kan bunyi bising pada tali kipas kereta, melindungi bateri terminal dan macam-macam lagi kegunaan.
Boleh dikatakan ia serba guna lah.
Yang paling baik sekali ia sesuai dan mesra pada permukaan getah sebab tujuan utama saya beli adalah untuk di gunakan pada getah cermin tingkap.
Saranan penggunaan adalah sembur pada tempat sepatutnya sekali dalam masa 5-6 minggu. Wow!! Anda boleh bayangkan tak?? ini pertama kali saya sembur dalam masa 10 tahun. Patut la boleh stuck cermin kereta saya.
OK saya dah insaf.
Jadi kepada anda di luar sana yang jahil bab-bab kereta seperti saya ni, kalau boleh jangan tunggu cermin itu tersangkut baru nak perbaiki. Elok kita sembur sahaja lubrikan ini seperti saranan.
Sekadar berkongsi.
Sumber: Mohd Faizal Mohd Noor
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Hanya Guna Lobak Putih, 2 Menu ‘Korean Side Dish’ Kegemaran Ramai Ni Boleh Dibuat Dengan Mudah!

Buat peminat makanan Korea tentu tahu betapa enaknya setiap hidangan yang dimakan bahkan akan terasa mengidam jika sudah lama tidak menikmatinya.
Jika sebelum ini, anda perlu makan di restoran makanan Korea tapi apa kata hari ini sediakan sendiri menu istimewa yang dikongsikan oleh Zurina Zulkefli ini untuk dijadikan stok makanan Korea di rumahnya.
Di dalam perkongsian resipi di group Masak Apa Hari Ni, dia ada menunjukkan dua resipi yang boleh dihasilkan dengan menggunakan lobak putih. Menurutnya, menu ini boleh disimpan lama untuk dimakan pada bila-bila masa dan mudah untuk disediakan.
Dua menu tersebut adalah merupakan menu Korean Side Dish (Banchan); Danmuji – Yellow Pickle Radish, dan Kkakdugi – Cube Radish Kimchi.
“Semua saya siapkan hari ini dan buat simpanan. Boleh dimakan bila-bila masa. Cara buat pun mudah amat.”
Ini namanya Kkakdugi, rangup-rangup pahit sikit. Ada rasa pedas manis.
Yang ini Danmuji, rasa dia manis masam
Beli lobak putih satu yang gemok, satu lagi yang kurus
Lobak yang kurus, buang kulit dan hiris nipis. Basuh dan bilas dua kali.
Untuk kuah dia, rebuskan 2 cawan air di dalam periuk.
Masukkan 3 helai daun salam, dua cubit serbuk kunyit, setengah cawan gula, dan sedikit cuka (ikut citarasa masam). Rebuskan sampai mendidih kemudian padamkan api. Biarkan seketika.
Kemudian masukkan hirisan lobak putih tadi, dan biarkan sehingga suam. Baru boleh disimpan dalam balang.
Yang ini lobak putih gemuk. Buang kulit dan bersihkan. Potong kiub dan perap dengan garam selama 20 minit atau selebihnya.
Untuk pes pedasnya.
1. Masakkan satu sudu tepung pulut (tambah air dan sentiasa kacau) menjadi bubur.
2. Masukkan bubur tepung pulut ke dalam mangkuk, campurkan 2 sudu besar kicap masin, 1 sudu besar sos ikan, sepeket serbuk cili (babas), sedikit gochugaru (Marimogo) dan sedikit garam dan gula. Rasa kepekatan manis dan masin mengikut citarasa ya.
3. Masukkan 2 ulas bawang putih yang dicincang ke dalam pes. Gaul semua sebati seperti di dalam gambar.
Masukkan kiub lobak putih dan hirisan daun bawanh ke dalam pes. Gaul sebati.
Siap, boleh disimpan.
Sumber : Zurina Zulkefli
Jom tonton video video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur.
ARTIKEL MENARIK : DIY Rak Tinggi Di Dinding Untuk Tambah Ruang Simpan Barang. Praktikal & Jimat Ruang!
Baca Ini Juga :Rupanya Kalau Ada Ekzema Bukan Makanan Laut Je Kena Pantang, Tapi 12 Jenis Sayur & Buah Ni Juga!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club