Buat penggemar masakan pedas tentunya akan makan berselera bila menikmati menu orang Negeri Sembilan apatah lagi bila menjamah Masak Lemak Cili Api. Rasa kuahnya yang pekat, rasa lemak santan dan berasa pedas membuatkan bila sekali makan akan teringat-ingat sampai keesokan harinya. Penangannya memang luar biasa!
Pun begitu, ada juga antara kita merasakan untuk mendapatkan rasa masakan yang sempurna agak susah. Pun begitu, hakikatnya bagi orang negori masakan yang dimasak hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah. Namun, ada rahsianya yang tersendiri dan ini dikongsikan oleh Khabbab Jamalludin.
Katanya dia perasan ramai yang kata masak lemak cili api Negeri Sembilan susah. Pada dirinya ia antara masakan paling mudah.
Tak perlu banyak bahan.
Tak perlu minyak atau tumisan.
Tak perlu tunggu pecah minyak.
Okay, bukan tak perlu, sebaiknya jangan pecah minyak.
Masak lemak cili api mengambil konsep bak kata orang kampung saya; “less is more”.
Bahan/elemen yang perlu ada :
1) Pedas :
Cili api, sebaiknya cili api kampung.
Cili api import boleh tapi kurang wangi.
Dan kena banyak.
2) Masin :
Garam. Lautan boleh, bukit boleh.
Ikan masin pun boleh
Ads
3) Masam :
Ikut suka mana yang ada. Asam keping boleh, bacang boleh, kulit rambai boleh, daun asam gelugur boleh, kundang boleh. Macam saya harini, sebab belimbing buluh tepi rumah tengah berbuah, itu yang saya guna.
4) Manis :
Orang Negeri Sembilan kurang suka manis sebab memang kebanyakan dah sedia manis dipandang 💁♂️.
Setahu saya elemen manis yang dibenarkan hanyalah serai (masakan daging atau ayam. Ikan biasanya tak guna serai tapi boleh tambah hirisan daun kunyit) dan santan (terutama santan segar)
Gula adalah dilarang sama sekali.
5) Lemak :
Walaupun rasanya lemak, santan memiliki kandungan lemak tepu (lemak jahat yang rendah). Hal ini berubah jika santan pecah minyak.
Sebab itu pentingnya santan tak pecah minyak, selain rasa lemak berkrim ia lebih sihat.
Santan kena pekat. Disamping kerana kekuatan lemak cili api pada rasa lemaknya,
seperti yang saya sebut diatas, ia memberikan rasa sedikit manis yang tak membunuh rasa elemen elemen lain.
Ads
Saya punya formula, 1kg santan untuk 1kg bahan (daging, ayam, ikan)
Tambah air kosong/masak sama banyak dengan santan.
Santan kotak boleh tak? Boleh juga.
Biasa santan kotak pekat lagi, jadi kena campurkan dengan air siap siap sebelum masuk (kacau elok elok atau blend je terus)
6) Pahit :
Ini elemen tambahan yang dapat menaikkan lagi kesedapan masak lomak cili api. Boleh ada boleh tidak, bergantung ada tidaknya bahan atau kesukaan. Peria boleh, daun maman boleh. Hari ini saya guna daun pegaga.
7) Kunyit
Ini wajib. Serbuk ke, buku ke, pada saya sama saja rasa lebih kurang (kunyit hidup ada bau wangit sikit) cuma serbuk lagi senang simpan. Ikutlah.
Orang Negeri Sembilan ni prinsip dia mana yang mudah.
Teknik yang paling penting elak pecah minyak; api sederhana kuat, sekejap sekejap kacau. Kalau rasa api kuat sangat, perlahankan tapi tetap kena kacau. Santan kalau biar api perlahan dia pecah minyak. Kalau biar api kuat sangat atau tutup nanti dia berketul. Bila santan mendidih dan menjadi pekat, tutup api. Biasanya dalam 10-15 minit.
Jangan risau, masa mula mula tutup api nampak macam cair sikit.
Tunggu kejap lagi.
Cenggini 👍
Ads
Rencah bila nak masuk?
Bergantung pada rencah apa. Rencah yang ambil masa lama nak masak sebaiknya direbus dengan serai kunyit dan garam dahulu. Bila dah lembut baru masukkan santan.
Ada juga yang masuk terus santan sampai masak tapi kena selalu kacau. Saya tak begitu rajin dan berkesempatan.
Kena yakin bahawa gabungan rasa rasa diatas sahaja dah cukup. Masak lemak ni tak boleh takut takut. Takut tak jadi lah apa lah. Kalau dah terpecah minyak sedikit tak apa.
Rasa masih sedap insyaAllah. Tetap hidang dengan muka yakin dan bangga.
Selamat Mencuba !
Cantiknya menanam pokok ros jepun di laman rumah bila pokok galak mengeluarkan bunga. Macam-macam warna bunganya ada dan untuk memastikan pokok ros jepun kekal berbunga lebat, ada tips dan rahsianya.
Nak tahu detail, ikuti perkongsia ini.
Bismillah
Rahsia RosJepun jenis Carnation sis cepat merimbun penuh pasu:
1. Tanah dimasukkan hampir permukaan pasu (Tanah sis beli kat nursery, All in One or 6in1, kalau anda pandai campur sendiri tanah pun bagus)
2. Kerat ros jepun dari pasu asal, tinggalkan 2 3 helai daun. (Jangan risau, nanti naik merimbun balik RJ pasu asal.
3. cucuk rapat-rapat dan tinggalkan 2 3 daun juga dan potong.
4. selesai cucuk tanam, tabur baja biji bunga, or mix dengan baja subur pun boleh, kemudian letakkan air perlahan2 ( tabur sikit je macam tabur garam dalam masakan)
5. kalau baja jenis air boleh terus sembur.
6. biar beberapa minit, kemudian sembur racun untuk bena & serangga, recommended brand Brogard, kalau takde, brand apa-apa pun boleh.
7. Terus letak di tempat kena cahaya matahari.
8. selepas 3 minggu pasu dah keluar banyak cabang-cabang baru, dah jadi macam rumput karpet.
9. sebulan setengah dah keluar bunga-bunga
10. tempoh untuk Ros Jepun Carnation matang, berbunga penuh tak berenti ialah +-2bulan.
11. RJ jenis Carnation antara yang tahan lasak, kena hujan pun takpa, asalkan air boleh keluar bawah pasu.
12. Harus letak tempat kena cahaya matahari, 6jam ke atas.
Menyediakan hidangan tak perlu yang rumit atau dengan kata lain gunakan banyak bahan. Sebaliknya, anda boleh pelbagaikan resipi bergantung kepada bahan yang ada di dapur. Yang penting mudah nak buat dan rasanya yummy.
Sebagai contohnya, saudari Hamidah HA berkongsi resipi menyediakan puding biskut Muncy’s. Nampak sangat menyelerakan, boleh memikat selera anak-anak nanti.
Sesi menghabiskan Biskut Munchy’s Maka terhasillah Puding Biskut Munchy’s… Kiranya “clearance stock” la ni…? Kalau bulan puasa, memang tak makan dah biskut ni…
Oleh kerana ramai yang nak resepi, saya edit balik post ni ye. Tadi memang cadang nak share resepi. Tapi biskut ni mcm tak sesuai nak buat puding sebab ia berlapis dan agak manis.
Selain daripada itu, biskut ni melekat-lekat di tangan semasa menyusun di atas Puding. Saya tak galakkan guna biskut yang macam saya guna, biskut tu boleh tukar kepada Biskut Marie, Biskut Sultana atau Biskut yg selapis.
CARA PENYEDIAAN :-
1. Alas loyang 7″ x 7″ dengan plastik. Lebihkan di bahagian kanan & kiri. Nanti senang nak keluarkan Puding dari loyang. Ketepikan.
2. “Blend” susu cair, susu pekat, telur, esen vanilla & tepung kastard. Ketepikan.
3. Masak serbuk agar2 dengan air sehingga serbuk agar2 larut & mendidih.
4. Masukkan butter dan kacau sehingga butter cair.
5. Masukkan bahan2 yang telah di”blend” tadi. Kacau hingga sebati. Masa ni kena perlahankan api.
6. Masukkan secubit garam dan pewarna yg disukai. Sy letak pewarna hijau. Sentiasa kacau sehingga adunan Puding mendidih. Tutup api.
7. Masukkan adunan Puding ke dalam loyang dan ratakan ke keseluruhan loyang. Biar ia mengeras sedikit.
8. Susun Biskut Munchy’s di atas Puding tadi.
9. Ulang proses yang sama sehingga habis.
10. Sejukkan.
11. Bila telah sejuk, simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam. Lagi lama simpan dalam peti ais, lagi sedap dimakan.
NOTA KAKI :-
1. Jika tiada susu pekat, gantikan dengan gula pasir.
2. Biskut Munchy’s boleh tukar dengan biskut lain yang digemari. Seelok-eloknya biskut yang selapis.
3. Pewarna juga boleh tukar, ikut warna kegemaran masing2.
Usahawan 36 tahun gigih duduki SPM demi cita-cita bergelar doktor. Demi merealisasikan impiannya dalam bidang perubatan, seorang usahawan berusia 36 tahun, Rusni Shafiya Ruslan, bertekad untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.