Masak Lauk Terlajak Pedas, Letak Je 1 Bahan Ini Selesai Masalah!

Share

Nak masak sambal tumis punya pasal, kena la beli cili kering. Kalau beli yang ready made, kurang ‘kick’ rasanya.

Nak memilih cili kering pun satu hal juga, salah beli memang meraunglah waktu makan! Pedas yakmat rasanya. Tak mampu nak buat apa-apa!

Haa yang belum tahu, ada tip mudah tau nak kurangkan rasa pedas dalam masakan! Min pun baru tahu ni, tip dari Yatiekitchen. Bukan sahaja boleh kurangkan rasa pedas, malah rasa masin terlebih pun boleh! Nak tahu apa tipnya? Tengok perkongsian di bawah ok!

TIP MAKANAN TERLALU PEDAS

Saya nak share satu tips yg sangat2 berguna , banyak kali saya apply tips ni pada masakan saya .

Recently , saya beli cili kering dan Cili kering yg saya beli ter sangat2 pedas , nak buang cili kisar yg saya buat ni sayang pulak…

Setiap kali saya masak menggunakan cili kisar ni saya kurangkan cili utk kurangkan pedas.
Tapi kalau saya masak “sambal” mana boleh kurang kan cili , ye dak? So saya campak sebiji kentang ( termasuk kulitnya ) dalam masakan sambal saya….

Alhamdullillah “kepedasan” sambal saya berjaya dikurangkan at least 50% , so tak dela buasir nnt😂 !

Gambar atas tu setelah Sambal Kerang saya ditos minyak nya !🤣
Korang cubalah !

Note : Tips letak kentang jugak boleh digunakan jika masakan termasin , terpahit … dan segala Ter 😅😅😅

Sumber : Yatie Kitchen

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan  kod KELGST5 di sini