Masak Kerapu Kukus Asam Boi, Nampak Susah Tapi Senang Sangat. Jom Ibu-Ibu Try Resipi Ni!

Share

Hujung minggu ni pasti ibu-ibu yang bekerja mempunyai masa menyediakan hidangan enak untuk juadah berbuka bersama keluarga. Jika bosan dengan gulai, kari atau sambal, boleh cuba pula hidangan yang sedikit istimewa iaitu Kerapu Kukus Asam Boi.

Ditambah dengan hirisan tomato dan mangga muda pasti anak dan suami tak sabar untuk menikmatinya waktu berbuka nanti. Jom ibu-ibu cuba resipi ini!

Bahan-bahan:

1 ekor ikan kerapu (saiz sederhana atau besar) – bersihkan

3 biji asam boi (tanpa warna)

1 sudu makan sos soya cair

1 sudu teh sos ikan

Sedikit minyak bijan (jika suka)

2 inci halia muda – mayang halus

2 batang serai muda – mayang halus

4 ulas bawang putih – cencang halus

4-5 biji cili padi – diketuk

2 biji limau nipis – perah jusnya

Garam secukup rasa (jika perlu)

Daun ketumbar/ daun bawang

Cara membuat:

Bersihkan ikan. Kelar 3 di setiap bahagian.

Di dalam mangkuk, satukan sos soya cair, sos ikan dan sedikit minyak bijan. Gaul sebati dan lumurkan pada ikan.

Kukus ikan sehingga separuh masak.

Tambahkan hirisan halia, serai dan asam boi. Kukus lagi ikan hingga masak.

Tuang jus limau nipis dan sesuaikan rasanya. Jika perlu, tambah sedikit garam. Tambah cili padi.

Tabur daun ketumbar atau daun bawang yang telah dihiris.