Tiada alasan lagi untuk kita mengatakan tidak boleh menyediakan hidangan kek andai tidak cukup peralatan dan perkakasan.

Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Puan Rohayati dan bolehlah dicuba. Ini perkongsiannya.

Anak baru baik demam. Berselera makan. Mak pun rajinkan diri buat kek. Tapi sebab oven rosak, mak bakar dalam periuk je.

Ada yang pernah buat macam ni jugak?
UPDATE : Saya dah selalu buat. Dan periuk tak terbakar. Sebab pakai api kecik.

PERINGATAN : kalau pakai cara ni, korang jangan tinggal pergi kedai. Jangan tengok sinetron. Bahaya kalau lupa.
Kalau takut terbakar, kukus pun boleh. Resepi yang sama, boleh di kukus.

Kek marble resepi derhaka. Sebab resepi yang dah di gabungkan dari beberapa resepi. Sedap!!. Manis sedang-sedang. Gebu dan lembut. Resepi memang senang.

Resepi kek marble sedap dan senang.

BAHAN-BAHAN :
170 gram tepung gandum (1 suku cawan)
1 sudu kecil baking powder
100 gram gula castor (tapi akak pakai gula pasir je. Malas nak gi kedai)
Setengah cawan susu pekat
4 biji telur
200 gram marjerin (agak2 dalam 1 setengah cawan)
1 sudu kecil ovallet (optional)
Setengah cawan serbuk koko

CARA-CARA MEMBUATNYA :
1- ayak tepung gandum dengan baking powder. Buat kek apa pun, mesti nak kena ayak tepung dulu. Supaya tepung jadi ringan dan kek naik cantik.
2- campur marjerin dengan gula. Pukul sampai gebu. Pastu masukkan susu pekat. Bila dah gebu masukkan telur sebiji demi sebiji. Kemudian masukkan ovallet.
3- last sekali masukkan tepung. Gaul rata. Kemudian bahagi 2. Satu bahagian campurkan serbuk koko. Suka hati nak bahagi berapa. Ikut warna yang korang nak. Tuang selang seli dalam loyang. Jangan lupa, loyang sapu marjerin. Kang tak pasal2 melekat. 🙂
4- bakar selama 45 minit. Ikutlah kesesuaian oven korang. Akak bakar dalam periuk je.

Letak tungku dalam periuk. Dapur gas tu, api yg last sekali paling kecik.

Resepi asal pakai satu buku butter. Tapi memandangkan tekak dah macam orang tua, nak makan kek macam zaman dulu, maka akak pakailah marjerin pelangi. Nampak nau dah tua kan……

Kalau takde ovallet, takpe. Buat je. Tetap jadi. Cuma kurang gebu. Kalau takde susu pekat, pakai gula 150gram. Cuma, kurang moist.

**Kalau takde mixer…. blender telur, gula, susu dan ovallet. Kemudian tuang dalam besen. Lepastu masukkan tepung yang dah di ayak dengan baking powder. Last sekali tuang marjerin yang dah dicairkan. Gaul rata dan bahagikan ikut warna. Dan bakar. Kalau takde loyang, pakai periuk yang kecik sikit. Supaya boleh masuk dalam periuk besar untuk bakar.**

Jadi, takde alasan lagi nak buat kek sebab takde oven dan mixer. 🙂

sumber : Rohayati Ismail via MAH