Apabila ditanya tentang pilihan menu popular yang sering disediakan pada hujung minggu untuk keluarga, pasti ramai antara kita gemar menyediakan hidangan Nasi Lemak. Memandangkan rasa hidangan nan satu ini cukup digemari ramai, bukan sahaja bagi orang dewasa malah anak-anak juga.
Pun begitu, tidak dapat dinafikan untuk menyediakan set lengkap sajian nasi lemak ini diakui sedikit ‘renyah’. Apa tidaknya, selain kita perlu menanak nasi kita juga perlu sediakan sambal ikan bilis terlebih dahulu di samping perlu merebus atau menggoreng telur, mengghiris timun, dan menggoreng kacang tanah.
Menyentuh tentang bab menggoreng kacang tanah walaupun tidaklah sesukar mana, tetapi kita sering berdepan dengan masalah ‘terhangus’ kerana gagal mengawal api. Sudahnya kacang tanah yang sepatutnya menambah rasa sedap nasi lemak menjadi sebaliknya. Malah lebih teruk menggagalkan rasa enak hidangan yang telah disediakan. Akhirnya kacang tersebut terbuang begitu sahaja, langsung tidak dimakan. Benar bukan?
Jadi macam mana nak masak kacang tanah dan nak pastikan ia tak hangus? Kena cuba petua ini.
Ads
Begini caranya:
1. Tuang minyak ke dalam kuali.
2. Tanpa tunggu minyak panas, terus sahaja masukkan kacang tanah.
Ads
3. Biarkan hingga minyak panas dan biarkan digoreng hingga masak.
4. Hasilnya kacang takkan jadi hangus. Pasti!
Ads
#Pilih Sangai
Selain itu, anda juga boleh menggunakan kaedah yang sama, cuma masukkan minyaknya sedikit sahaja dan sangailah kacang hingga masak. Pastikan kacang terus dikacau sentiasa. Hasilnya kacang tidak akan hangus malah lebih rangup dan cepat masak.
#Sejuk Dahulu
Begitu juga ketika memasak Sambal Bilis Kacang, pastikan kacang digoreng dalam kaedah yang sama tanpa memanaskan minyaknya terlebih dahulu. Asingkan kacang hingga sejuk kemudian barulah dimasukkan bersama ikan bilis.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kesan bintik-bintik kulat sering berlaku pada perabot dan almari di rumah kita. Kadang-kala geram juga bila kesan kulat ni mula timbul pada buku-buku yang terdapat dalam almari.
Kulat ini sebenarnya timbul daripada air yang terdapat dalam udara di rumah kita. Sebab itulah adakalanya rumah kita sentiasa berbau lembap dan kurang segar.
Perkongsian saudara kita, Bijen Mohd, mengenai masalah kulat ini menarik untuk kita baca. Paling menarik perkongsian dan petua yang digunakannya untuk serap semua air amatlah mudah. Guna bahan simple saja. Jom cuba!
Ehem! Kali ni kita cerita pasal dehumidifier DIY. Waktu mengemas rumah, korang mesti pernah hadapi situasi almari yang ditumbuhi kulat berupa habuk-habuk halus di permukaannya. Lainlah kalau rumah korang standard rumah orang kaya pakai perabot jati, cengal, meranti saja. Heh!
Kulat ni memang biasa sangat tumbuh lagi-lagi kalau musim hujan. Ditambah pula kalau korang sidai baju guna ampaian dalam rumah. Memang seronoklah kulat ni membiak dengan jayanya di permukaan almari korang.
Selalunya pembiakan kulat ni terjadi pada permukaan almari jenis murah. Senang cerita almari yang dibuat dari habuk kayu. Sebab apa? Sebab almari jenis ni mempunyai kadar serapan kelembapan yang tinggi.
Bila kayu lembap ditambah dengan pengudaraan yang kurang memuaskan dan hawa lembap bilik yang tinggi, makhluk bernama kulat ni aktiflah buat kerja.
Cara termudah untuk mencegahnya adalah dengan menggunakan dehumifier. Contohnya mesti korang pernah dengar ‘Thirsty Hippo’ kan?
Cumanya penggunaan ‘Thirsty Hippo’ tidaklah begitu praktikal di tempat-tempat yang sempit dan dalam kuantiti yang banyak. Lepas tu bila air dah penuh, terpaksa buang dan beli baru pula.
Sebagai alternatif, kita gunakan gel silika. Pek gel silika ni korang biasa jumpa dalam kotak kasut, botol vitamin, beg baru beli dan sebagainya. Andai dapat ku undurkan putaran dunia, nescaya saya dah kumpul pek gel silika ni dari kecil untuk buat
koleksi.
Tapi tak apa, masa depan masih boleh diubah. Korang boleh dapatkan gel silika timbang kilo di Lazada. Saya beli sekilogram di sana dengan harga RM65. Saya beli yang jenis berwarna biru kerana ia akan berubah warna menjadi merah jambu bila kandungan air
yang berjaya ditariknya tinggi. Jadi mudahlah saya nak tahu bila masanya untuk panaskan semula gel silika ini.
Namun oleh kerana hati saya tidak sabar-sabar menunggu pengeposan dari pihak Lazada, saya telah pergi menyerbu kedai menjual barangan kucing di sini. Haha!
3 Barang Yang Diperlukan
Di kedai ini anda boleh mendapatkan kristal silika dengan harga yang lebih murah. 1.8 kg pada harga RM18. Hehe! Tanya orang kedai, nak kristal berak kucing. Kah!
Kristal ini sebenarnya adalah alternatif kepada pasir tempat kucing berak tu. Ianya dibuat dari gel silika dan berfungsi memerangkap air dari najis kucing. Jadi najis yang dilemparkan oleh kucing nanti akan jadi ‘odorless’ sebab dah kering dengan
cepat.
Saya beli sepeket dan cari bekas ‘tupperware’ plastik.
1. Masukkan kristal tadi ke dalam bekas plastik sebanyak mana yang diperlukan dan tebuklah lubang menggunakan pin di penutupnya. Kristal yang dah siap dipek. Bekas dadih boleh, bekas kek coklat moist boleh, bekas lada sulah pun boleh.
2. Jangan lupa tebuk lubang di penutupnya untuk kesan optima. Gunakan saja pin. Bila dah siap tu, korang letaklah bekas tadi di tempat yang sering dijangkiti kulat.
3. Nak lebih kreatif, korang cari stokin yang dah tak pakai, korang sumbat kristal tu masuk dalam tu dan jerut. Stokin tu korang lemparlah dalam ‘storage box’ ke, dalam kasut ke, dalam beg ‘luggage’ yang dah lama tak pakai ke suka hati koranglah.
4. Cara lain, boleh juga ‘packing’ dalam plastik yang di-‘seal’. Tapi jangan lupa tebuk pula. Kalau tak, dia nak sedut air macam mana kan?
Sebagai langkah pencegahan, saya gunakan spray ni untuk lap permukaan kayu lepas dah bersihkan semua kulat tu.
Lepas tu tengoklah kadar kerajinan korang. Setahun sekali ke, setahun dua kali ke, kumpulkan balik semua kristal tadi dan panaskan di atas kuali atau di dalam ‘microwave oven’ untuk menyahkan air yang berjaya diperangkapnya. Boleh dikitar semula
bhai. Jimat belanja!
Okeylah! Korang layan dulu gambar-gambar cara nak buat dehumidifier DIY ni. Moga-moga, korang dah tak dihantui lagi oleh kulat
yang menyeksakan hidup ni. Haha!
Ramai menjadikan ‘window shoopping’ sebagai terapi. Tak beli pun, jamu mata dah cukup puas. Ada juga gemar ke kedai-kedai murah untuk berbuat demikian.
Begitulah perkongsian saudara Taufiq Razif mengenai isterinya.
Katanya itu terapi buat wanita yang sentiasa sibuk menguruskan rumah tangga.
Punya la bahagia isteri saya baru ni.
Baru ni kami kebetulan lalu sebelah kedai Eco. Tiba-tiba dia menonong je masuk ke kedai Eco.
Macam budak kecik yang laju je meluncur ke depan kalau mak ayah tak pimpin dia punya tangan.
Saya perhati je mimik muka dia bila masuk ke ke situ. Ceria lain macam! Padahal shopping dekat Eco je pun. Tapi dia punya suka tu lain macam.
Sebenarnya dia bukan tengok harga sangat. Dia cuma nak ‘break the routine’ je
Perempuan ni kita kena faham, rutin harian dia banyak berputar di anak, ampaian, singki dan rumah.
Kadang benda tu buatkan dia naik jemu. Rasa macam mati akal nak buat apa padahal kerja berlambak lagi nak kena buat.
Tu tanda dia dah mula tepu la tu. Jadi caranya adalah bawak je isteri pergi shopping ke jalan jalan taman bunga ke pergi zoo ke pergi pantai ke.
Tak perlu bagi alasan benda tu semua menghabiskan duit. Ingat, jaga suasana hati isteri ni adalah tanggungjawab seorang suami juga. Tu yang ramai tak tahu
InsyaAllah bila isteri makin tenang dan bahagia dia akan makin mudah untuk bahagiakan suami dan anak anaknya.
Percayalah, masa tu tak payah dan nak suruh itu suruh ini, depa sendiri yang akan buat yang terbaik untuk pasangannya!
Barang atau perabot yang telah rosak jika diberi sentuhan atau inovasi baru, akan boleh digunakan dan nampak unik. Ini seperti mana yang dikongsikan oleh saudara Shamsul Hafizi yang mengilhamkan meja study dengan menggunakan pintu almari yang telah rosak.
Menariknya juga, meja yang dihasilkan tidak berkaki dan hanya dilekatkan ke dinding sahaja. Sekali gus nampak macam mudah untuk dibuat walau pun kita tidak punya kepakaran dalam ilmu pertukangan kayu.
Jadi tunggu apa lagi, jom kita baca perkongsian daripadanya dan semoga bermanfaat.
DIY MEJA LEKAT DI DINDING
Bahan yang digunakan :
1. H/D Shelf Bracket 20″-white = 2pcs
2. Wall Plug 12mm = 4pcs
3. Spray Putih = 1 botol
4. Spray Clear = 1 botol
5. Skru 1/2 inchi = 10 pcs
6. Saya gunakan pintu almari lama yang dah rosak sebagai papan meja. Tuan puan boleh beli papan plywood 12mm kat hardware.
“Hajat isteri saya sebenarnya nak buat meja ni menghadap tingkap. Kononnye nak tengok pemandangan hutan kat depan tu masa buat kerja. walaupun sebenarnye just semak samun” ujarnya.
Langkah 1 : Disebabkan menggunakan pintu almari lama yang dah rosak sebagai papan meja, jadi perlu ditanggalkan segala skrew-skrew yang ada.
Langkah 2 : Bersihkan papan tersebut daripada habuk dan kotoran.
Langkah 3 : Disebabkan saya ingin meja berwarna putih, jadi perlu dispray dengan spray pain. Saya gunakan produk jenama Anchor. Setelah spray biarkan kering.
Langkah 4 : Untuk lebih tahan dan elak calar, spray pula dengan Flat Clear di permukaan kayu tadi.
Langkah 5 : Kemudian ukur ketinggian yang sesuai untuk meletakkan meja dan tandakan kawasan untuk dibuat lubang pemasangan bracket.
Langkah 6 : Drill dinding dan masukkan wall plug ke dalam lubang dan ketatkan ia bersama bracket.
Langkah 7 : Pastikan anda telah mengetatkan nat pada wall plug dengan betul.
Langkah 8 : Pasangkan skrew bersaiz setengah inci pada bracket untuk memastikan papan meja tidak bergerak dan stabil.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.