Masak Ikut Petua Ni, Confirm Kacang Tanah Tak Hangus Digoreng!

Share

Apabila ditanya tentang pilihan menu popular yang sering disediakan pada hujung minggu untuk keluarga,  pasti ramai antara kita gemar menyediakan hidangan Nasi Lemak. Memandangkan rasa hidangan nan satu ini cukup digemari ramai.

Pun begitu, tidak dapat dinafikan untuk menyediakan set lengkap sajian nasi lemak ini diakui sedikit  ‘renyah’. Apa tidaknya, selain kita perlu menanak nasi kita juga perlu sediakan sambal ikan bilis terlebih dahulu di samping perlu merebus atau menggoreng telur, mengghiris timun, dan tidak lengkap kiranya jika tidak digorengkan kacang tanah

.

Menyentuh tentang bab menggoreng kacang tanah walaupun tidaklah sesukar mana, tetapi kita sering berdepan dengan masalah terhangus kerana gagal mengawal api. Sudahnya kacang tanah yang sepatutnya menambah rasa sedap nasi lemak menjadi sebaliknya.

Jadi macam mana nak masak kacang tanah dan nak pastikan ia tak hangus? Kena cuba petua ini.

 

Begini caranya:

1. Tuang minyak ke dalam kuali.

2. Tanpa tunggu minyak panas, terus sahaja masukkan kacang tanah.

3. Biarkan hingga minyak panas dan biarkan digoreng hingga masak.

4. Hasilnya kacang takkan jadi hangus. Pasti!


 

#Pilih Cara Sangai

Selain itu, anda juga boleh menggunakan kaedah yang sama, cuma masukkan minyaknya sedikit sahaja dan sangailah kacang hingga masak. Pastikan kacang terus dikacau sentiasa. Hasilnya kacang tidak akan hangus malah lebih rangup dan cepat masak.

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club