Pun begitu, andai tidak ke sana dan masih mahu menikmati hidangan yang enak seperti itu, apa kata anda cuba sajikan menu nan satu ini; Ikan Stim Limau. Menyediakannya juga tidak susah malah bahan-bahan yang digunakan juga mudah untuk didapati. Jadi usah tunggu lagi, ayuh kita rai selera keluarga dengan menu Thai yang enak ini sepertimana yang dikongsikan di akaun fb Zafirah Zawawi ini.
Selamat menjamu selera semua HAHN
Hari ni kita masak Ikan Stim Limau bahan yang simple tapi rasa sebijik kat kedai Thai memang menambah nasi la jawabnya
sape suka ikan stim limau ni silakan masak.
Bahan-bahan:
Ikan siakap
Bawang putih cincang/potong dadu
Halia hiris
Serai 1batang untuk hiris & 2 batang untuk letak dalam ikan
Cili padi merah dan hijau
Asam Limau
Daun ketumbar- akarnya jangan buang,rebus sekali dengan ikan
Garam @ sos ikan untuk perasa.
Cara-cara masak
1. Bersihkan ikan siakap, kalau tak nak bau hanyir cuci dengan asam limau atau lemon. Letak 1 kiub pati ayam di seluruh ikan dan serai di celah ikan.
2.Rebus pakai kuali jer letak la akar daun ketumbar@daun ketumbar sekali. Rebus dalam 10 minit kita letak bahan-bahan yang kita sedia tadi sehingga masak. Untuk perasa saya letak sos ikan. nak letak garam pon boleh. cili padi saya letak last skali takut pedas sangat.
.
3. Siap untuk dihidang.
Sumber : Zafirah Zawawi via MAHN