Pun begitu, andai tidak ke sana dan masih mahu menikmati hidangan yang enak seperti itu, apa kata anda cuba sajikan menu nan satu ini; Ikan Stim Limau. Menyediakannya juga tidak susah malah bahan-bahan yang digunakan juga mudah untuk didapati. Jadi usah tunggu lagi, ayuh kita rai selera keluarga dengan menu Thai yang enak ini sepertimana yang dikongsikan di akaun fb Zafirah Zawawi ini.
Selamat menjamu selera semua HAHN Hari ni kita masak Ikan Stim Limau bahan yang simple tapi rasa sebijik kat kedai Thai memang menambah nasi la jawabnya sape suka ikan stim limau ni silakan masak.
Bahan-bahan: Ikan siakap Bawang putih cincang/potong dadu Halia hiris Serai 1batang untuk hiris & 2 batang untuk letak dalam ikan Cili padi merah dan hijau Asam Limau Daun ketumbar- akarnya jangan buang,rebus sekali dengan ikan Garam @ sos ikan untuk perasa.
Ads
Cara-cara masak
Ads
1. Bersihkan ikan siakap, kalau tak nak bau hanyir cuci dengan asam limau atau lemon. Letak 1 kiub pati ayam di seluruh ikan dan serai di celah ikan.
2.Rebus pakai kuali jer letak la akar daun ketumbar@daun ketumbar sekali. Rebus dalam 10 minit kita letak bahan-bahan yang kita sedia tadi sehingga masak. Untuk perasa saya letak sos ikan. nak letak garam pon boleh. cili padi saya letak last skali takut pedas sangat.
.
Lendir pada sayuran bendi kadang kalanya boleh menyebabkan ada sesetengah orang tidak suka untuk menikmatinya. Lebih-lebih lagi kanak-kanak, mudah menyebabkan mereka berasa mual ketika mengunyah bendi.
Sebenarnya masih terdapat cara atau tips yang boleh menghilangkan lendir bendi tersebut. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Mohd Rozmie bahkan turut berkongsi resipi enak untuk menyediakan bendi sebagai sayuran istimewa untuk dihidang kepada seisi keluarga. Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian ini.
Kali ini abang kongsikan resepi buat ‘Bendi Goreng Bilis’ yang nampak segar dan tak berlendir.
Tips Elak Kacang Bendi Dimasak Berlendir
Ada tipsnya bagaimana nak kurangkan lendir bendi bila buat masakan bendi jenis bergoreng macam ni. Jom tengok resepi yang telah abang sediakan #DariDapurMR.
‘Bendi Goreng Bilis’
Bahan-bahannya seperti berikut:
Bendi
1 keping tauhu putih
Ikan bilis (segenggam)
6 ulas bawang putih
1 biji cili merah
Garam
Cara-caranya rujuk pada gambar satu persatu yer.
Selamat mencuba.
1- Ini bahan-bahan yang abang telah sediakan.
– Segengam ikan bilis di cuci bersih.
– Tauhu potong dadu.
– Bawang putih potong kasar atau diketuk
– Cili merah potong serong nipis.
6 tips untuk goreng bendi ni supaya tak berlendir semasa digoreng.
– Basuh bendi dahulu sebelum potong. Untuk kekalkan kesegaran bendi masukkan 1 sudu garam dan rendam sekejap.
– Toskan bendi dan biarkan kering. Kalau nak cepat, boleh jer keringkan dengan tisu dapur. Jangan di potong lagi bendi tu.
– Jangan goreng bendi dengan bawang besar untuk elakkan berlendir.
– Masa nak masukkan bendi dalam kuali baru dipotong. Kalau potong awal buatkan bendi tu berlendir lebih.
– Masa masukkan bendi dalam kuali, baru dibesarkan api, jadi goreng dalam keadaan api sedikit besar.
– Jangan dimasukkan sedikit pun air dalam bendi yang digoreng tu sebab bendi tu sendiri akan berlendir. Kalau di tambah air menyebabkan lendir tu makin banyak.
3- Jom kita mulakan memasak. Panas minyak dalam kuali.
4- Masukkan bilis dan goreng bilis sehingga keperangan.
5- Bila ikan bilis dah keperangan masukkan tauhu basah yang dipotong dadu.
6- Bila tauhu dah keperangan baru masukkan bawang putih. Tumis sampai bahan-bahan ni garing sedikit. Masa ni masukkan sedikit garam, adjustkan rasanya. Garam jangan lebih kerana bilis tu dah masin.
7- Masukkan bendi yang dah di potong dan cili merah, baru di besarkan api. Gaul bendi hingga sebati dengan bahan tadi. Terlupa pula abang nak ambil gambar masa masukkan cili merah. Kahkahkah
8- Dah siap ‘Bendi Goreng Bilis’ abang ni.
Siap dihidang dah ni. Wahhh. Nampak bendi tu segarkan.
Buat penggemar masakan kari mungkin ada yang terdetik di hati kecil untuk menanam pokok kari di halaman rumah untuk pastikan daun kari dapat dipetik bila dirasakan perlu. Namun bagi yang tiada ruang untuk bercucuk tanam, bagaimana pula caranya bagi memastikan stok daun kari sentiasa ada?
Mungkin kah terpaksa setiap hari membeli daun kari? Cara ini tentunya membazir, tambahan pula biasanya dalam sehari dua apabila disimpan di dalam peti sejuk, daun kari tersebut akan layu dan kering.
Daun kari ini bukan saja memberi haruman dan keenakan masakan semata-mata malah turut diakui punya nilai perubatan yang tinggi. Dikatakan boleh menghentikan cirit-birit, daun kari kaya dengan sumber antioksidan, mengawal penyakit kencing manis, mengurangkan kolesterol dan pelbagai kebaikan lainnya.
Menyedari keistimewaan daun kari, ada baiknya dipastikan daun kari sentiasa ada di rumah. Oleh itu, tahukah anda sebenarnya jika ikut petua ini, daun kari boleh disimpan hingga 3 bulan lamanya dan dijamin kekal segar. Ingin tahu lanjut, jom baca lebih detail step by stepnya.
Step by Step
Uraikan daun dari tangkai.
2. Basuh bersih dengan air paip mengalir.
3. Keringkan dijemur matahari, kalau nak cepat masukkan dalam oven di lapik di atas kotak, guna suhu 75C tetapi perlu awas, JANGAN SAMPAI DAUN JADI GARING. Cuba ramas daun ini agak-agak lembut dan kering sudah cukup.
4. Masukkan dalam sebuah bekas dan titiskan beberapa titisan minyak masak dan ramas-ramas daun-daun ini supaya minyak bersalut serata.
5. Masukkan dalam bekas atau botol yang kedap udara. Bila nak guna ambil yang perlu dan tutup kembali penutup. Daun Kari anda ini boleh tahan 2-3 bulan. Selamat mencuba ya!
Kuih peneram atau denderam ini sangat terkenal sebagai salah satu kuih tradisional dalam masyarakat India. Namun, kuih ini juga sangat digemari oleh seluruh masyarakat Malaysia tidak kira bangsa atau agama.
Selain bentuknya yang kecil dan comel, kuih ini juga mempunyai rasa yang manis berlemak kerana menggunakan gula merah dan santan sebagai salah satu bahan utama. Lebih menggiurkan apabila dimakan ketika panas untuk mendapatkan tekstur rangup di luar dan lembut di dalam.
Jadi, jika anda seorang penggemar kuih peneram, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Khairunnisa Mohammad ini. Selamat mencuba.
Kuih Peneram
Bahan-Bahan:
250g tepung beras cap gajah 3
190g gula merah
80ml air
80ml santan pekat
Cara-Cara:
– Masak gula, santan dan air sehingga mendidih dan berbuih. Tutup api.
– Tuang air gula ke dalam tepung beras semasa masih panas dan kacau dengan senduk kayu. Tuang sikit-sikit ye. Mula-mula adunan memang ada nampak cair sikit. Teruskan kacau dalam 7 ke 10 minit hingga adunan jadi bertali. Bila kita angkat sudu tu, adunan lambat nak turun.
– Perap adunan minimum 5/6 jam. I perap semalaman. Lepas perap, memang doh jadi keras sikit. Uli sekejap jadi lembut sampai boleh dicanai atau dibentuk.
– Cara bentukkan: boleh canai dan tekap atau bulat-bulatkan sebesar guli, penyek di tapak tangan dan buat bulatkan di tengah dengan lidi (I buat cara ni. Tekap dengan acuan tak jadi).
– Goreng dalam minyak yang betul-betul panas. Tapi api jangan kuat sangat. Nanti rentung. Cuma minyak tu kena betul-betul panas. Bila kita letak doh dalam minyak, doh tu timbul terus dalam 5 saat gitu. Kalau tenggelam je, lambat naik, maksudnya minyak belum betul-betul panas.
– Kalau bentukkan doh dengan cara penyekkan di tangan, kena goreng terus ye. Penyek, buat bulatan di tengah, terus masukkan dalam minyak. Kena cepat sikitlah. Tapi kalau slow pun takpa. Sekali goreng dapat 2/3 biji je macam I.
– Rajin balik-balikkan kuih supaya masak sekata. Agak-agak dah perang sikit, boleh angkat. Jangan biar sampai hitam legam. Nanti bila dah sejuk, keras macam batu.
– Santan kalau tak nak letak pun takpa. Kebanyakan resepi tak letak pun. Ada jugak yang kata kuih tak tahan lama kalau letak santan. So ikutlah masing2 ye. Tu la sedikit sebanyak tips yang I baca semalam. I pun first time buat kuih ni. Bagi yang guna gula apong, boleh tambahkan gula jadi 200g. Sebab kalau 190g, dia jadi kuih peneram versi kurang manis. I suka.
– Bab suhu minyak tu memang cerewet sikit. I sendiri berapa kali buka dan tutup api. Nak cari kepanasan yang paling sesuai. Tak cukup panas, kuih tak jadi. Terlalu panas, kuih hangus. Tapi kalau kena suhunya, gerenti akan dapat kuih yang rangup di luar, lembut di dalam.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.