Ini antara menu yang mudah dan sangat menyelerakan, juga sangat cepat disediakan. Lebih-lebih lagi kalau ikan kembung tu baru dan masih segar, memang sesuai dimasak sebegini.
Kalau di kampung, menu sebegini selalu menjadi pilihan untuk dimakan bersama ulam-ulaman dan sambal belacan. Memang boleh bertambah-tambah nasi tanpa anda sedari.
Malah, menu ini juga sangat sihat kerana ikan nya cuma direbus dan bebas minyak. Jom cuba untuk hidangan berbuka petang nanti.
Bahan-bahan
4 ekor ikan kembung
2 biji bawang besar di potong dadu
1 biji tomato di potong dadu
1 biji limau kasturi
4 biji cili api. Kalau nak letak banyak ikut suka pun boleh.
1/2 biji cili besar. Kalau nak letak sebiji pun boleh.
Air asam jawa
Seinci belacan bakar
Gula
Garam.
Cara membuat
1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam.
2. Rebus ikan dengan sekeping asam gelugor
3. Angkat ikan dan ketepikan.
4. Ambil air rebusan ikan dan masukan belacan dan asam jawa. Picitkan dan buang hampas asam jawa.
5. Masukan hirisan bawang, tomato dan cili.
6. Perah air limau.
7. Masukan gula. Gaul hingga rata
8. Tuang bancuhan air asam yang dibuat tadi ke atas ikan.