
Ini antara menu yang mudah dan sangat menyelerakan, juga sangat cepat disediakan. Lebih-lebih lagi kalau ikan kembung tu baru dan masih segar, memang sesuai dimasak sebegini.
Kalau di kampung, menu sebegini selalu menjadi pilihan untuk dimakan bersama ulam-ulaman dan sambal belacan. Memang boleh bertambah-tambah nasi tanpa anda sedari.
Malah, menu ini juga sangat sihat kerana ikan nya cuma direbus dan bebas minyak. Jom cuba untuk hidangan berbuka petang nanti.
Bahan-bahan
4 ekor ikan kembung
2 biji bawang besar di potong dadu
1 biji tomato di potong dadu
1 biji limau kasturi
4 biji cili api. Kalau nak letak banyak ikut suka pun boleh.
1/2 biji cili besar. Kalau nak letak sebiji pun boleh.
Air asam jawa
Seinci belacan bakar
Gula
Garam.
Cara membuat
1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam.
2. Rebus ikan dengan sekeping asam gelugor
3. Angkat ikan dan ketepikan.
4. Ambil air rebusan ikan dan masukan belacan dan asam jawa. Picitkan dan buang hampas asam jawa.
5. Masukan hirisan bawang, tomato dan cili.
6. Perah air limau.
7. Masukan gula. Gaul hingga rata
8. Tuang bancuhan air asam yang dibuat tadi ke atas ikan.
https://www.facebook.com/roshimaibrahim.shima/videos/1783977584962315/
Mesin Basuh Pun Perlu Dicuci. Ikut 4 Langkah Mudah Ini Ibu-Ibu Agar Ia Kekal Bersih!

Sekian lama menggunakan mesin basuh, kita asyik fokus untuk membasuh baju yang menimbun setiap hari.Tapi tahukah anda bahawa mesin basuh juga perlu dicuci?
Masa yang tepat untuk cuci mesinbasuh ialah apabila anda melihat kotoran seakan-akan serpihan kertas atau tisu melekat pada baju yang telah dicuci.
Kotoran ini akan lebih jelas kelihatan pada baju berwarna hitam.Selain itu, mesin basuh yang kotor juga punca pakaian yang dibasuh dan ditinggalkan semalaman berbau kepam atau hapak.
Ikuti 4 langkah mudah ini demi memastikan mesin basuh sentiasa dalam keadaan bersih.
LANGKAH 1
Cabut penapis yang ada didalam tangki cuci sebersih-bersihnya dan pasang semula.
LANGKAH 2
Pilih program atau course atau mode “TUB CLEANING”.
Jika tiada pilihan tersebut, pilih “SOAK”.
Sekiranya tiada juga boleh pilih mana-mana “course” cuma pastikan pilih cycle “wash” SAHAJA.
Pastikan “WATER LEVEL” adalah tahap maksima dan tekan ” START”.
Nota: Pastikan anda tidak memasukkan apa-apa pakaian didalam mesin basuh. Biarkan ianya dipenuhi air semata-mata.
LANGKAH 3
Bila air 1/3 penuh, letak bahan pencuci bersesuaian. Ini antara produk-produk yang ada di pasaran yang boleh digunakan.
Sodium Percarbonate atau Sodium Carbonate (300Gram)
Sodium Borate (Borax) ( 300Gram )
Power Max Jenama COSWAY( 300gram)
Campuran 140 Gram Soda dicampur bersama cuka putih 750ML (Bancuh dahulu sebelum dimasukkan kedalam mesin).
LANGKAH 4
Jika anda memilih mode pembasuhan TUB CLEANING atau SOAK kerja anda lebih mudah. Anda hanya perlu menunggu ia siap saja.
Namun, jika memilih mode pembasuhan WASH sahaja, selepas mesin telah siap cycle 3 minit, biarkan mesin terendam selama sejam.
Selepas sejam pilih mode ini :“Wash” 8 minit, “Rinse” 2 kali, “Spin”1 minit.
Pastikan selepas mode tersebut siap tiada keladak yang tinggal di dalam dasar tangki. Jika masih ada cuci filter terlebih dahulu dan ulangi langkah wash, rinse dan spin sehingga tiada kesan keladak tertinggal.
SIAP.
INFO EKSTRA:
1. Sebelum melakukan kerja pencucian drum ini pastikan kerja-kerja membasuh telah siap, kerana proses pembersihan ini memakan masa yang lama (anggaran 2 jam).
2. Pastikan bahan-bahan yang saya cadangkan itu sesuai dengan mesin anda. Baca manual mesin terlebih dahulu sebelum melakukan proses ini.
3. Kalau tidak yakin dengan bahan ini , cari di pasaran bahan khas untuk mencuci bahagian DRUM tersebut. Anda lebih yakin.
Sumber Facebook Panda Bekki
Perkara Penting Penjaga Kena Perhatikan Semasa Bawa Anak Ke Playground. Salah Satunya, Simpan Dulu Telefon Dalam Poket!

Waktu cuti atau hujung minggu adalah waktu yang cukup dinantikan oleh anak-anak. Ketika inilah mereka boleh mengajak ibu bapa keluar ke playground dan sebagainya.
Dalam keghairahan bermain, ibu bapa kena alert dan usah biarkan anak-anak tanpa sebarang pengawasan. Letak seketika handphone ditangan dan beri tumpuan kepada kesayangan anda.
Sekarang macam macam. Phedopilianya, penculiknya. Seram fikir pasal tu. Kita tak nak anak kita jadi mangsa seterusnya. Saudara Azlan Noor ada berkongsi benda penting sebagai kita sebagai penjaga kena perhatikan semasa bawa anak ke playground:
Weekend hari tu ada bawa anak gi main playground. Budak-budak memang meloncat la diorang. Berlari main kejar- kejar macam tak cukup tanah.
Masa tengah perhatikan anak tu, ada dua tiga orang mak ayah baru sampai bawa anak anak. Tapi masalahnya diorang biar je anak-anak tu main. Bila henset kat tangan, mata memang melekat kat henset je la. Anak-anak tak ada orang tengok pun.
Saya geleng kepala tengok diorang.
Bukan apa, patut kita ibu bapa ni sentiasa waspada perhatikan anak-anak. Bukan lepaskan mereka tanpa pengawasan.
Kalau nasib baik, tak ada apa apa. Kalau nasib tak baik? Haa. Minta jauh la kan.
Sekarang macam macam. Phedopilianya, penculiknya. Seram fikir pasal tu. Kita tak nak anak kita jadi mangsa seterusnya.
Antara benda penting kita sebagai penjaga kena perhatikan semasa bawa anak ke playground:
1. Keselamatan paling utama. Kita nak gembira. Bukan kedukaan. Tak semestinya pergi playground je. Pergi mana-mana pun, keselamatan keluarga no 1.
2. Sentiasa perhatikan keadaan sekeliling. Tengok kalau-kalau ada individu yang mencurigakan. Ramai yang dah kena. Kita tak mahu anak anak jadi mangsa.
3. Simpan smartfon dalam poket. Betul betul fokus kat anak. Ada mak ayah leka dengan henset tak sedar apa jadi kat anak dia. Ini sangat BAHAYA.
4. Kalau perlu, tengok keadaan peralatan playground tu terutama yang outdoor. Sebab terdedah dengan cuaca, ada alat yang dah rosak. Lantai berlubang dan berkarat. Gelongsor yang pecah.
5. Tengok juga dengan siapa dia bermain. Kadang-kadang diorang ni bila dah seronok sangat, bergurau nya jadi kasar dan berlebih. Anak-anak ni cepat mesra, baru jumpa pun boleh main sama sama dah.
6. Selalu ingatkan anak-anak untuk main elok-elok. Kita tak boleh tegur anak orang, kita tegur anak sendiri siap siap. Kalau ada anak yang dah besar, minta perhatikan adik adik yang lain.
Semoga bermanfaat.
Sumber: FB Azlan Noor
Sup Cendawan Buat Sendiri Lagi Puas Hati. Dapat Banyak & Sedap!

Jom masak sup cendawan berkrim hari ini. Menu enak dan mudah disediakan. Pastinya juga bukan sahaja menjadi kesukaan anak-anak dan pastinya seisi keluarga.
Sebenarnya ni menu Kak Ana Gojes bekpes pagi tadi. Esok korang cuti kan. Boleh la terai buat esok. Simple je ni.
Kalau beli yang dalam tin tu dapat sikit jek. Bila buat sendiri ni, anak anak Kak Ana Gojes puas la makannya. Ni makanan peberet anak dara seketul tu.
Sedap ni hirup panas panas time ujan. Nak lagi sedap cecah ngan garlic bread. Dah cukup untuk kenyangkan anak anak time bekpes pagi tadi.
Bahan bahan yang wajib kena ada opkos la cendawan kan.
SUP CENDAWAN BERKRIM
(Yang macam sup Campbell tu tapi ni lagi best la sebab kita tau bahan dia apa)
Hidangan untuk 8 orang.
BAHAN A:
10 cawan air rebusan ayam
10g cendawan shiitake (hiris)
10g cendawan butang (hiris)
10g cendawan abalone (hiris)
40g bawang holland (hiris)
40g seleri (hiris)
20g bawang kecik
100ml susu sejat penuh kirim @ krim masakan (cooking cream)
1 helai daun bay
50g butter
30g garam
Sedikit jus limau nipis
Hiasan : daun pasli (daun sup) dicincang halus
Cara cara:
1. Panaskan butter dan masukkan bawang kecik, bawang besar dan daun seleri. Pastu kacau hingga naik bau.
2. Masukkan kesemua cendawan dan air rebusan ayam. Kalau tak de air rebusan tu boleh guna air putih campur kiub pati ayam.
3. Biar hingga mendidih dan renehkan selama 15 minit. Kacau selalu supaya tak berkerak.
4. Masukkan krim masakan dan boleh masukkan bahan pemekat kuah kalau sup terlampau cair.
5. Kalau pakai air rebusan ayam kena tambah perasa. Kalau dah pakai kiub ayam tu cukup la dengan kiub tu ya.
6. Sebelum masukkan ke blender jangan lupa cedok keluar daun bay dulu. Pastu baru masukkan ke dalam blender dan blend halus.
7. Masukkan balik dalam periuk dan panaskan semula.
8. Siap. Boleh dihidang dan hias dengan daun pasli. Sedap cecah dengan roti bawang putih atau makan macam tu jek.
Pemekat kuah:
Better siapkan awal. Sebelum buat sup.
100g tepung gandum
50g butter
1. Panaskan butter dan masukkan tepung.
2. Kacau hingga sebati.
Sumber : Suhanna Zakaria