Sekali sekala menjamu selera dengan hidangan ikan bakar tentunya membangkit selera. Aroma ikan yang dibakar tidak dinafikan memang semerbak baunya, buat seisi keluarga tidak sabar untuk menikmati ketika panas.
Pun begitu, ada yang merasakan membakar ikan begitu rumit kerjanya dan sekali gus membantutkan keinginan untuk sediakan ikan bakar sendiri di rumah. Selain bimbang jika terlebih masa membakar boleh menyebabkan ikan yang dimasak terasa hangus. Apatah lagi jika tiada alatan memanggang, terus terpadam hasrat untuk merasai keenakan rasa ikan bakar di rumah.
Tapi orang kata hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih. Apa kata buat anda yang teringin nak makan ikan bakar, buat je cara seperti Dr Kamarul Ariffin kongsikan ini.
Menurutnya, dengan teknik membakar di dalam kuali pun boleh dapatkan rasa dan aroma ikan bakar seperti dibakar di atas bara. Nak tahu bagaimana cara dan resipinya. Ini perkongsiannya.
Ikan Bakar Rica Manado
OK, kali ni saya cuma nak kongsi cara saya bakar ikan besar atas kuali leper, dan dapatkan hasil yang menarik rupanya, dan ada aroma macam ikan bakar atas bara. Semua orang boleh buat.
Ikan Bakar Rica Manado by Kamarul Ariffin Nor Sadan. Ikan Bakar Sambal Rica ni berasal dari Manado, Sulawesi. Biasanya bakar atas bara api. Kemudian sambalnya di sapu atas ikan setelah ikan siap dibakar. Hari ni kita akan bakar atas kuali sahaja.
Bahan-bahan: 3 orang makan
1 ekor ikan siakap
5 biji bawang merah
2 ulas bawamh putih
2 batang serai
2 inci kunyit
1 inci halia
2 sudu besar cili kisar
2 helai daun limau purut
1 keping asam gelugor
1 biji limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
Cara masak:
1.Ikan ni kita belah perutnya. Belah isi ikan di kanan dan kiri tulang tengah, kemudian keluarkan tulang tu macam ni. Saya paling suka belah ikan siakap macam ni. Cantik dan cepat masak.
Ads
2. Bawang merah, bawamg putih, halia, kunyit, serai dan cili kisar dikisar halus. Kenapa saya kisar lagi cili kisar ni bersama bahan lain? Sebab, kalau sikit sangat bahan nak dikisar, sukar nak dapat kisaran halus.
3. Tumis bahan kisar. Berbeza dengan ikan bakar sambal yang biasanya warna merah. Ikan bakar ni akan warna kuning atau jingga. Tapi sejujurnya, rasa dia tak berapa beza dari ikan bakar sambal.
4. Masukkan asam gelugor, garam dan gula. Daun limau purut, sekali! Jika nak letak belacan pun boleh. Tumis sampai bahan-bahan ni betul-betul masak. Bila dah masak sejukkan sekejap bumbu(perencah) ni.
5. Lumurkan bumbu pada ikan mentah. Oleh kerana kita bakar atas kuali, susah nak sapu ikan bila ikan dah masak. Ia akan hancur kalau kita balik-balikkan dia banyak kali. Ni saya lumur dalam ikan dulu.
6. Kemudian terbalikkan dan lumurkan bumbu pada bahagian luar pula. Boleh alas ikan ni dengam daun pisang atau daun kunyit agar ikan tak melekat pada kuali. Saya guna kuali non-stick.
Ads
7. Kita tidak akan terbalikkan ikan ni nanti. Kita akan masak belah bawah sahaja. Untuk pastikan ikan ni masak sekata tanpa hangus. Kita kena bakar dengan api kecil atau sederhana.
8. Kemudian tutup! Kalau ada tanda-tanda nak hangit, jangan panik. Buka penutup, masukkan 1 senduk air, gerak-gerakkan kuali agar air tu turun ke bawah daun. Tutup semula, dan masak sampai air tadi kering.
Inilah hasilnya jika kalian tenang dan sabar. Tak hangus, tak lekat, dan masak sempurna. Saya hias dengan hirisan limau dan bawang jeruk. Ikan bakar ni memang sedap makan dengan benda masam. Peh!
Close up! Ikan bakar ni tak berapa pedas. Bau daun pisang membangkitkan selera. Daun pisang yang hangus di tepi-tepi tu menyumbang kepada aroma smokiness (bau bakar). Itu penting!
Ads
Tengok, isi masak sempurna. Malah, daun pisang dibawah tu tak hangus sangat pun. Oklah!
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI ) imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Bagi anda yang pernah merasa tertusuk selumbar pastu tahu apa rasanya, walaupun serpihan kayu atau duri itu sangat kecil saiznya, namun kesakitan yang ditanggung memang terasa selagi tidak dikeluarkan. Kadang-kadang jika dibiarkan beberapa hari, akan menyebabkan bengkak dan bernanah.
Ada pelbagai cara yang dipraktikkan untuk mengeluarkan selumbar tersebut, dan paling biasa kita dengar adalah dengan menggunakan pengetip kuku. Iaitu dengan cara kita cuba untuk kepit dan keluarkan secara perlahan-lahan.
Namun cara ini kadang-kadang menyakitkan juga kerana tersilap kepit berdarah pula jadinya.
Oleh itu, apa kata anda cuba cara yang dikongsikan oleh Rose Ramli ini bila mana jarinya tertusuk dengan duri pokok Jarum Tujuh Bilah, begini yang dia lakukan untuk keluarkan duri tersebut. Menurutnya, teknik yang digunakan cukup mudah dan yang penting tidak menyakitkan.
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsiannya di sini.
Petua yang baik kena kongsi.
Baru-baru ni saya sibuk menanam tetiba jari saya terkena pokok jarum tujuh bilah. Apalagi durinya melekat masuk dalam jari. Saya cuba keluarkan guna kepit kuku tapi gagal.
2 ke 3 hari ni jari dah mula bengkak sakit, saya taruh ivmist pun kejap jer ilang sakitnya.
Saya pun tengok youtube cara untuk keluarkan duri/selumbar.
1.Caranya ambil air suam campur garam (saya buat 3 sudu plastik kfc untuk secawan air) 2. Kemudian rendam jari.
Saya pun rendam jari sambil tengok tv. Rasanya tak sampai 30 minit. Saya cuba tekan jari yang bengkak tu. Senang jer duri meluncur keluar. Tak sakit lansung.
Sebelum ni saya cuba picit keluar, dah la tak boleh, sakit pulak tu.
Tu yang saya bulatkan merah tu durinya. Memang kecil tapi sangat berbisa. Ada yang saya baca duri jarum tujuh bilah penah bergerak ikut aliran darah dan mencederakan organ lain. Risau wei!
Alhamdulillah. Berjaya jugak petua ni.
Harap-harapnya sesapa ada masalah macam saya ni boleh la cuba petua rendam air garam ni. Selamat mencuba!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands! Bahkan anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk merasai sendiri pengalaman di sana.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Air tangan seorang isteri dan ibu adalah yang paling sedap di dunia. Walau pergi ke hujung dunia sekalipun, seorang anak tetap merindui masakan ibunya. Meski pun apa yang dimasak itu ringkas saja tapi disebabkan ia diolah dengan penuh kasih sayang, ceria dan tulus maka apabila anak dan suami menikmatinya ia terasa enak sekali.
Dorongan memasak seorang ibu juga bukan untuk mendapat apa-apa tetapi untuk memberi. Yakni untuk memberi kasih sayang dan mengenyangkan orang yang disayangi iaitu suami dan anak.
Sebab itulah walau penat pulang dari kerja petang hari, seorang ibu akan tetap memasak untuk keluarganya.
Masakan dari seorang ibu juga adalah petua berkesan untuk mengeratkan kasih sayang. Malah semasa memasak turut ibu boleh melakukan usaha untuk melembutkan hati anak dan suami.
Ustaz Abdullah Khairi berkongsi petua yang diamalkan oleh ibunya ketika memasak terutama ketika mencucui beras.
“Mak saya tak pandai membaca dan menulis. Tapi dia selalu amalkan doa ini ketika nak basuh beras ketika menggenggam beras. Ya Allah, Kau lembutkanlah hati anakku seperti mana Kau lembutkan beras ini menjadi nasi. Dia tiup lalu basuh dan masak. Amalkan doa ini insyaAllah, sanagt berkat,” kongsi ustaz Khairi lagi.
SALAM JUMAAT PENGHULU SEGALA HARISemoga Allah melimpahi keberkatan dalam kehidupan kita.#simpleisus#togetherwestrong#ladieswiramerah
Selain itu, ibu-ibu juga boleh praktikkan amalan berikut:
Berwuduk dan solat sunat dua rakaat sebelum memulakan urusan memasak.
Baca doa ketika masuk dapur iaitu surah Al-Kahfi, ayat 10 yang bermaksud “ Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”
Ketika mengambil beras baca surah An-Nahl ayat 96 yang bermaksud “ Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”
Baca doa waktu menyimpan beras iaitu surah Ali Imran ayat 27 yang bermaksud “Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.
Doa memotong sayur ialah surat Al-Kautsar 1–3 yang bermaksud “Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.
Apabila meletak kuali atas dapur ibu boleh membaca doa dari surah Al-Baqarah 137 yang bermaksud “Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Mulakan kerja memasak dengan bacaan Basmalah. Setiap kali hendak masukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucap Basmalah untuk mendapatkan keberkatan.
Sewaktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam. Maksudnya dari kanan ke kiri mengikut sunnah.
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud;
“ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.” Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga.
Zikir penyedap sajian yang dimasak ialah selawat dan istighfar sepanjang proses memasak.
Semoga hidangan makanan yang dimasak sentiasa diberkati oleh Allah SWT di samping suami dan anak-anak yang makan juga mempunyai akhlak terpuji yang menyenangkan hati.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tauhu mungkin bukan kegemaran semua orang, tapi ada antara anak-anak yang sangat gemarkannya. Kebiasaannya ibu-ibu akan membelinya di pasar. Tetapi kalau rajin, boleh saja buat sendiri di dapur anda. Caranya cukup mudah dan bahan yang digunakan pun sedikit sahaja.
Lebih-lebih lagi, tauhu homemade pasti lebih sihat bahan yang segar dan organik, resepi dan caranya dikongsikan oleh Jumee Afuan. selamat mencuba!
Tauhu homemade.
Mood akak baik malam ni ..baru balik niaga pizza ni akak nak share resepi tauhu homemade simple jer ..
Bahan-bahan:
Kacang soya 1 kg rendam 1 malam.
Air
Sukatan air untuk kisar kacang
1 cawan kacang : 2 cawan air
Cuka makan 10 sudu makan.
2 Bakul yang sama saiz
Cara buat:
1.Lepas cuci kacang rendam 1 malam esoknya cuci lagi toskan/tapiskan.
2.Kisar kacang dengan sukatan air kat atas tu pastu tapis . (Kisar sekali sahaja)
3.Tapis guna kain kasa
4.Masak air kacang soya hingga hilang bau mentah. Masak hingga mendidih dan masukkan cuka .
6.Biar hingga berketul.
8. Letak dalam bakul alas kain kasa.Tindih bakul dengan benda berat. Akak guna lesung batu.
9.Biar sejuk.Potong2 tauhu ikut saiz disukai.
10. Potong kiub letak tepung.
11. Kemudian goreng. Memang fresh dah lain sangat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.