
Ada orang kata kalau tak cukup kelengkapan memang tak boleh sediakan hidangan lebih-lebih lagi kalau menu pastri. Ini memandangkan menu pastri ini kerja memasaknya sedikit rumit dan perkakasan untuk memasaknya lebih khusus.
Namun bagi yang kreatif, itu semua bukan halangannya jika sudah teringin jika tiada loyang, oven atau sebagainya dicarikan akal untuk dapat disediakan juga. Contohnya memasak tart telur atau ada juga yang panggil pai susu dengan menggunakan periuk nasi. Cukup unik dan menarik untuk dicuba.
Resipi dan cara membuatnya telah dikongsikan oleh Empayar Annur dan semoga jika ada sesiapa antara anda yang teringin memasaknya, bolehlah mencuba!
PAI SUSU @ TART TELUR RICE COOKER EMPAYAR ANNUR
KULIT PAI (Crust)
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan marjerin
1 biji telur
Secubit garam
CARA PENYEDIAAN:
- Gaul semua bahan sehingga menjadi doh yang lembut & tak melekat ditangan
- Bentuk ikut periuk masing-masing (cth dlm pic)
FILLING
1/2 cawan susu pekat
3 biji telur
1 sudu makan tepung kastad
1/2 cawan air
1 penutup esen vanila
Sedikit pewarna kuning telur (kalau x letak pewarna pun xpe, tapi kaler filling agak pucat)
# Gaul sekata
# Tuang atas kulit pai yg dh d bentuk dlm periuk
- Buka api kecik. Masak 30 – 40 minit
- Saya lapik loyang. Loyang TAK PERLU letak air (Bukan kukus ye)
- Kulit pai TAK MELEKAT ye. Dah masak, tunggu sejuk sikit. Cungkil2 tepi die. Sengetkan periuk dan buatla gaya mane pun nak bagi dia keluar
SELAMAT MENCUBA
sumber : Empayar Annur via MAHN
Nenek 73 Tahun Tetap Gagahkan Diri Cari Rezeki Demi Besarkan Cucu Yatim Piatu!

Walau susah manapun kita melihat sesorang itu menanggung kesempitan hidup, susah lagi orang yang sedang mengalaminya, ini seperti peribahasa Melayu ada menyebut; Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikulnya.
Begitulah kisah hidup seorang nenek berusia 73 tahun ini, sanggup berkorban dengan kudrat yang ada demi membesarkan dua cucunya selepas kehilangan kedua-dua ibu bapa sejak 2008.
Difahamkan dua beradik yang berasal dari Kampung Bunga Emas, Penambang, Kelantan ini hanya dapat menjadikan nenek mereka sebagai tempat menumpang kasih sepertimana memetik berita daripada myMetro.
Muhammad Aftarihan Arnia Mohd Asni, 17, dan adiknya Linafsha Arnia, 16, yang masing-masing bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penambang ketika ini bergantung hidup kepada nenek mereka, Kamariah Mat Ali, 73.
Menurut, Linafsha Arnia, arwah ibunya, Latifah Ismail, meninggal dunia pada 2008 selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Pasir Puteh, manakala arwah bapanya pula, Mohd Asni Hussin meninggal dunia pada 2012 selepas mengalami tekanan perasaan akibat kehilangan ibu yang menjadi teman hidupnya selama ini.
Gambar Pengubat Rindu
“Ketika arwah ibu meninggal dunia, saya baharu berusia tiga tahun serta masih belum mengerti apa-apa dan hanya mampu menangis dan merayu supaya ibu bangun kerana menganggap ibu sedang ‘tidur’.
“Selepas menginjak usia dewasa, saya mula memahami dan kini hanya gambar ibu yang menjadi tatapan setiap kali mahu meluahkan rasa rindu yang semakin lama semakin menebal,” katanya ketika ditemui di rumah neneknya di Kampung Bunga Emas, Penambang, di sini, hari ini.
Terdahulu dua beradik berkenaan dikunjungi Penghulu Mukim Penambang, Zainuddin Zakaria.
“Besarkan kami dengan kudratnya…”
Linafsha Arnia berkata, walaupun kasih sayang ibu dan ayah tiada gantinya, namun perhatian yang diberikan oleh neneknya membuatkan dia dan abangnya melupakan kesedihan bergelar yatim piatu.

“Kini nenek yang menjadi ibu dan ayah kepada saya dan abang apabila menyediakan keperluan harian kami dua beradik termasuk memberi makan dan minum, malah nenek turut berjanji mahu membesarkan kami dengan kudratnya selain tidak akan memisahkan kami adik-beradik walaupun dihimpit kesusahan.
“Saya dan abang bersyukur kerana dikurniakan seorang nenek yang sangat penyayang serta menjaga kebajikan kami selama ini membuatkan kami bersemangat untuk meneruskan kehidupan walaupun menumpang kasih sayang.
“Beban nenek menjaga kami dua beradik sedikit ringan apabila saya dan abang masing-masing memperoleh bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM150 yang boleh digunakan untuk membeli keperluan kami,” katanya.
Bagai Menatang Minyak Yang Penuh
Sementara itu, Kamariah berkata, meskipun kehidupan dia dan dua cucunya tidak semewah orang lain, dia tetap bersyukur.
Katanya, dia juga masih mempunyai kudrat untuk menjaga mereka berdua, walaupun menghidap penyakit kencing manis dan masalah kolestrol,
“Selepas kedua-dua ibu bapa mereka meninggal, dua beradik ini seolah-olah mengerti mereka kehilangan segala-galanya ketika usia masih setahun jagung.
“Saya akan menjaga kedua-dua cucu ini bagai menatang minyak yang penuh seperti diamanahkan arwah anak serta menantu walaupun kehidupan kami kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,” katanya sambil mengelap air mata hiba.
Sumber: [su_button url=”https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/12/788096/hanya-nenek-tempat-menumpang-kasih-metrotv” style=”bubbles” background=”#bba7fc” size=”2″]myMetro [/su_button]
Baca juga : Sayang Nak Buang Botol, Terus Buat Projek Tanam Sayur Dalam Botol. Hasilnya Tanaman Subur & Mudah Nak Jaga!
ARTIKEL MENARIK : “Jual Murah Niatkan Atas Nama Arwah Anak Yang Kemalangan Di Kawasan Ini…” -Lelaki Ni Jual Roti Canai 50 Sen!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Wanita Ni Buat Rumah Sendiri Untuk Kurangkan Kos, Netizen Siap Puji Kerja Macam Profesional!

Hendak seribu daya tak nak seribu dalih, peribahasa ini begitu dekat dengan usaha yang ditunjukkan oleh seorang wanita yang juga bergelar ibu kepada seorang anak yang masih kecil dalam usahanya membina sendiri rumahnya dengan keluasan 1,200 kaki persegi.
Apa yang lebih mengkagumkan meskipun tiada pengalaman dalam pertukangan dan seni bina bangunan sekali pun, ia tidak menjadi penghalang buat Auni Haswani Faizun yang juga merupakan pemegang Diploma Dakwah & Pengurusan dari Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) untuk mendirikan rumah dari hasil sentuhan tangannya sendiri.
Kisah ini tular apabila Auni berkongsi video di aplikasi TikTok. Wargamaya terpegun apabila melihat dia tidak sedikit pun kekok dalam melakukan kerja-kerja pertukangan yang lasak. Lagaknya seperti seorang yang profesional dan menyebabkan video tersebut mendapat tontonan hingga 1.8 juta tontonan.
@wanifaizun PART 1 : Dinding Dapur ✅ #diy #smallhouse #rumah #rumahkoi21 #fyp #fypシ #fypage ♬ Yang Penting Halal – Wali
Apatah lagi menurutnya, keputusan dibuat selepas dia dimaklumkan kos untuk membuat kendang kambing sahaja sudah hampir mencecah RM10,000.
Apabila mengenangkan harga barangan binaan yang semakin melambong naik dan ditambah pula kos khidmat tukang rumah juga meningkat, sekali gus dia nekad untuk membina rumah impian daripada usaha kerja tangannya sendiri.
“Saya tak pernah tanya tukang rumah berapa jumlah keseluruhan kalau nak buat rumah, tapi yang pasti kos bahan mentah semua mahal kerana harga barang naik. Kalau upah lagi la (mahal).
“Sebab sebelum ini ada juga tanya kawan berapa upah kalau nak buat kendang kambing dan dia cakap hampir RM10,000.
“Disebabkan itu saya ambil keputusan untuk buat sendiri,” kongsinya.
Tambahnya lagi memetik perkongsiannya di mStar difahamkan disebabkan kesukaran membuat pinjaman bank turut menjadi asbab pembinaan rumah tidak dapat disiapkan dalam tempoh masa yang singkat.
“Dah lama saya rancang nak buat rumah ni iaitu selepas mak bahagikan tanah kepada anak-anaknya. Saya ada enam beradik yang mana empat orang menerima tanah di tempat lain manakala tanah rumah mak dibahagaikan kepada saya dan adik. Jadi saya ambil tapak yang ada garaj.
“Disebabkan tak dapat buat pinjaman bank, saya guna sepenuhnya duit gaji yang diperolehi daripada mengajar al-Quran dan fardu ain di asrama.
“Waktu pagi saya berkerja sebagai tukang kayu,” ujarnya yang mengutip pengalaman awal daripada bapanya ketika melakukan kerja ubah suai dapur rumah mereka.
Meninjau di ruangan komen, warganet memuji skill yang dimiliki oleh wanita ini dalam membina rumah. Tidak terkecuali ada juga yang berkongsi pengalaman gunakan keringat sendiri untuk membina rumah impian.
“Alamakkkk…lagi cantik dia ikat batu daripada aku ikat.. 😂😂😂 Btw, saya pun buat rumah sendiri je. 0 pengalaman. Sumua belajar dekat youtube je.😂😂,” komen salah seorang warganet.
“Aku hari-hari guna mesin kerja kayu kak. Tapi sampai sekarang tak berani guna grinder😂. hebak do k,” puji yang lainnya.
“Ni baru betul hantaran 20k..hahaha,” usik netizen.
“Kemas dan teratur ikat batu macam pekerja mahir 👍👍👍👍,” tulis yang lain.
ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!
Baca Ini Juga :Hidup Mewah, Rupanya Datuk Lee Chong Wei Buat Macam-macam. Bukan Main Badminton Je Dulu!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
“Banyak Kenangan Pahit Waktu Besarkan Saya, Tapi Bangga Ayah Tegas & Berjaya Disiplinkan Saya. Aidid Marcello Anggap Ayah Heronya!

Bertuahnya selebriti ini kerana berkongsi hari lahir yang sama dengan ayahnya. Aidid Marcelo dalam satu catatan di laman instagramnya memberitahu hal tersebut . Bahkan dalam perkongsian itu, Aidid mengakui cukup bangga dan terharu dengan segala pengorbanan yang dilakukan oleh ayahnya.
Dalam perkongsian tersebut, Aidid turut memuat naik gambar bersama ayah yang dianggap heronya.
“12.09.51 saya punya hero dilahirkan. Saya panggil dia bapak. Banyak kenangan pahit getir sepanjang saya dibesarkan. Tapi apapun, saya tetap bangga kerana dengan sikap tegasnya macam askar, saya berjaya dididik menjadi seorang yg berdisplin.
“Walaupun, saya x jadi doctor atau lawyer saya tetap happy Alhamdulillah saya masih mampu membesarkan 4 anak saya bersama isteri tercinta saya @norziepwc dengan kerjaya yg saya cintai dan happy,” ujar Aidid menerusi kapsyennya.
Menurut Aidid lagi, dia seorang yang degil namun ketegasan ayahnya mampu mendisiplinkannya.
“Tq bapak sebab didik, sayang dan besaqkan MAT tanpa jemu sebab MAT tau yg MAT ni mmg buaih dan ketegaq. You are my HERO!! Happy birthday to my bapak.
The best thing is… birthday kitorang sama.
View this post on InstagramA post shared by Aidid Marcello ? (@aididmarcello) on
Sumber: IG aididmarcello