Masalah utama apabila masak daging bila daging liat apabila dimasak. Malah untuk menjadikan daging empuk kena masak dalam tempoh yang lama. Ada pelbagai petua yang digunakan untuk melembutkan daging termasuk menggunakan sudu, kurma, nenas, ais.
Dalam pada itu, terdapat pertua hanya menggunakan soda bikarbonat untuk menjadikan daging cepat lembut, empuk dan juicy.
Ikuti pertua dan cara pakar Kimia ni, Fatimah Salim. Malah ada yang mencubanya dan ramai mengakui petua ini berkesan.
Jom lihat pertua ini.
Hari ini saya nak kongsikan satu lagi tips untuk bagi daging cepat lembut, empuk dan juicy.
Potong daging ikut lawan arah urat, cuci dan toskan.
Tambahkan sedikit soda bikarbonat (untuk daging banyak ini, saya letak suku sudu teh saja), dan sedikit tepung jagung. Kacau dan perap selama 15 minit. Masak sekejap sehingga daging berubah warna. Sebelah kanan itu hasilnya masak cuma 5 minit (saya tambahkan kicap manis).
Perapan seperti ini sesuai untuk daging kurang berurat yang dimasak sekejap seperti tumis, goreng atau campurkan dengan kuetiaw, mee, bihun atau nasi goreng.
Nota: Soda bikarbonat jangan terlebih ya. Nanti akan terasa sedikit pahit pula.
Penjelasan petua secara saintifik
Menerusi perkongsian saudara Muhammad Haziq Akmal, beliau memaparkan penggunakan bikarbonar secara saintifik serta beberapa petua lain. Ia juga diakui oleh keberkesanan oleh pengguna facebook yang lain.