Boleh dikatakan bubur nasi ini menu yang boleh dimakan tidak mengira waktu, sama ada untuk juadah sarapan hinggalah untuk menu makan malam. Malah tidak dinafikan jika terasa kurang berselera, bila dihidang bubur nasi di depan mata boleh buat makan bertambah jadinya.
Menyediakannya juga tidak susah dan untuk anda yang ingin mencuba resipi bubur yang enak, bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Laina Ana yang berkongsi resipi kegemaran keluarganya di salah satu group masakan di facebook.
Primada Microcomputer Rice Cooker periuk nasi canggih, berbaloi kalau nak beli siap dapat freegift best tau!
Selamat mencuba dan ini perkongsiannya.
Cara bubur nasi
1pot nasi – air dalam 6pot(bekas sama) biarkan dimasak agak-agak suku kembang. Kemudian masukkan daging,carrot,kentang,1 kuib ayam,bawang goreng. Biarkan nasi tu kembang 10kli ganda.
Sayur kangkung
Ambil 2 ulas bawang putih dipotong didadu. Kemudian panaskn minyak 1 sudu besar dan tumis bwang putih. Nak rasa pedas ketuk 2 biji cili api. Tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan kangkung dan kemudian masukkan 2 sudu besar sos ikan. Gaul sebati dan siap.
Kemudian ikan bilis goreng garing, masukkan lobak masin ,bawang besar dimayang,cili api dipotong,bawang putih. Bila semua garing angkat
Nak lagi sedap makan dengan bubur nasi buatkan minyak bawang goreng putih. Caranya bawang putih dipotong mayang atau dadu..(saya guna dalam 5ulas bawang putih)
Minyak masak 2 sudu besar, panaskan minyak dan masukkan bawang putih. Masak sampai keperangan. Kemudian angkat sekali dengan minyak tu.
Selepas itu rebus telur masin pun boleh untuk tambah lauk.
Cara hidang
Bubur nasi+kangkung+ikn bilis+lobak masin goreng+bwang goreng+minyak bawang putih+telur masin+daun sup+daun bawang..siap.
Sumber : Liana Ana
ARTIKEL MENARIK: “Kena Ada Duit. Tak Perlu Banyak Tapi Cukup…”Lelaki Ni Kongsi Cara Nak ‘Survive’ Membesarkan Anak Sendirian!
LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club