Jangan ingat masak bubur nasi terlalu mudah, sekadar direbus dengan kuantiti air yang banyak sudah memadai untuk mendapatkan kanji yang enak dan berkhasiat.
Hakikatnya, ada cara dan tip tertentu untuk menyediakan bubur nasi yang sempurna. Hal ini didetailkan oleh Saudara Roslan Mamak Haji, dan bolehlah dicuba untuk anda sajikan bubur nasi kepada ahli keluarga seperti seorang profesional. Jom semak perkongsiannya.
Selepas kita pulih dari sakit, tubuh kita akan berada dalam keadaan lemah, kurang selera makan dan makanan yang kita ambil perlu sesuai dengan selera, mudah dihadam oleh sistem tubuh badan kita untuk mudah mendapatkan tenaga.
Bubur nasi adalah pilihan yang terbaik. Bubur Nasi mudah untuk dimasak, tetapi menghasilkan “Congee” atau “kanji Nasi” yang betul yang berkilat putih dan licin seperti sutera dan sangat harum bukan mudah untuk sediakan. Ia perlukan kemahiran dan teknik masak yang betul.
Peniaga yang menjual bubur nasi ramai dari kita tidak kisah dengan menghasilkan kualiti … janji ia bubur nasi sudah memadai. Kadang ada yang gunakan Nasi ditambah air jadikan bubur.
Kaum Tiong Hua sangat ambil berat tentang masakan bubur nasi atau congee ini ..Congee terkenal dikalangan masyarakat tiong Hua ialah ” Hong Kong Congee” , dengan sebab itu bukan semua restoren mereka sajikan bubur nasi ini. Cuma yang mahir saja jual bubur nasi ini.
Bagaimana cara buat bubur nasi yang paling terbaik?
Cara menyediakan bubur nasi atau Hong Kong Congee:
1. Ambil beras yang diperlukan. Lumurkan sedikit minyak masak dan garam selama 1 jam. Ini kita lakukan untuk memecahkan kulit luar beras. Basuh beras sehingga air basuhan jernih – ini untuk memutihkan hasil bubur kita.
2. Beras telah basuh, toskan airnya dengan penapis. Didihkan air. Air biasanya 4X dari kuantiti beras yang digunakan. Kepekatan bubur boleh diubahsuai mengikut selera anda dangan masukkan air didih ke dalam bubur. Masukkan 3 ulas bawang putih dan 1 inci halia yang dibuang kulit dan diketuk dalam air yabg anda ingin mendidihkan.
3. Bawang putih untuk haruman kanji dan halia sebagai bahan perubatan untuk buang angin yang digunakan secara tradisional.
Bila air mula mendidih, masukan beras yang telah toskan. Rajin-rajinlah kacau bubur untuk menghancurkan semua butiran nasi…
4.Biasanya mamak haji masukkan serbuk stok ayam dan sedikit garam dan sedikit gula, serbuk lada putih secukup rasa diakhir masakan. kalau anda ingin masukkan isi daging ayam atau daging perlu masak asing dan masukkan dalam akhir masakan bubur. Kalau tidak warna bubur anda.
5. Isi ayam yang dipotong dadu adalah sangat sesuai untuk bubur nasi, kerana warna dan kelembutan yang sesuai ubtuk memudahkan penghadaman. Potong daging ayam bahagian dada kiub yang kecil, masukkan sedikit garam (kicap cair), serbuk lada, gula, sedikit perahan jus limau nipis…dan jangan lupa masukkan minyak masak. Gaul rata dan peram selama 30 minit. Selepas itu goreng (tak perlu masukkan minyak lagi) daging ayam itu dalam kuali. Tak perlu risau daging ayam tak akan melekat pada kuali anda…tujuan kita masukkan minyak masak untuk ini.
6. Masukkan daging ayam telah goreng dalam bubur…daging ayam tidak akan hancur dalam bubur dan rasanya akan lebih enak.
7. Bubur yang mamak haji masak biasanya 500gm beras dengan 6 liter air…7 ulas bawang putih, 2 inci halia dan 5 sudu besar stok serbuk ayam knorr. Isi ayam dalam 250gm.
Ini untuk peniaga nak tambah pendapatan…Hasil yang dapat dari 500gm beras…30 cawan bubur standard…bayangkan untungnya..hahaha. Tapi kena masak sekurang-kurangnya 2 jam…baru hasilnya sangat baik.
sumber : Roslan Mamak Haji