Dah hujung-hujung puasa ni memang dah tak berapa selera untuk makan nasi. Anak-anak kita pun sama.
Di hujung minggu, sesekali kita sediakan bubur nasi buat anak-anak kita. Saja bertukar selera. Memang ‘layan’ juga dan makan bertambah dengan deretan lauk pauk ringkas. Pun begitu nak sediakan bubur nasi pada anak-anak ambil masa yang agak lama. Maklumlah
nak tunggu hingga nasik benar-benar lembik dan jadi bubur bukan ambil masa yang singkat.
Sementara bubur nak masak, perut berkeroncong minta diisi. Anak-anak pun mulalah masuk ke dapur tanda kelaparan melanda. Sebenarnya ada banyak teknik dan langkah untuk memasak bubur dengan lebih cepat dan pantas.
Ada sesetengah daripada kita yang membekukan terlebih dahulu beras di waktu malam hari dan keesokkan harinya barulah dimasak seperti biasa. Lebih cepat dan pantas.
Ads
Antara cara lain yang anda boleh cuba adalah dengan mengikut perkongsian yang dikongsikan di blog hatibungasakura.blogspot.my ini. Menarik juga cara yang dikongsikan olehnya ini. Jom cuba.
Korang tak rasa ke lamanya bubur nasi nak kembang bila masak. Berkeroncong perut nak tunggu bubur siap.. huh. Ni ada petua supaya senang je bubur korang masak. Jom cuba!
Caranya:
1. Tanak nasi macam biasa dulu.
Ads
2. Lepas masak, masukkan ke dalam dalam pengisar. Tuang air sampai tenggelam nasi tu..dan kisar halus.
3. Kemudian masuk semula ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain seperti ayam. Saya letak sup bunjut, ayam dan kentang. Halia jangan dilupa, nanti baunya wangi dan sedap.
Ads
4. Bila kentang dah empuk terus angkat. Yummy..Tak sampai 10 minit korang dah boleh hidang.. nyum nyum.
Perkongsian kisah daripada Encik Hyzer Habeeburrehman dan Puan Sherin Mohd Yasin, mengenai anaknya Heily Jasmine, 4 tahun yang secara tiba-tiba disahkan ada tumor di bahagian otak, seharusnya diambil peringatan oleh setiap ibu bapa agar kita sama-sama mengambil berat terhadap kesihatan anak-anak kita.
Menurut perkongsian kisah wanita yang cukup tabah ini mengenai anaknya Heily, semenjak dilahirkan hingga sebelum di diagnose menginap tumor otak. Anaknya itu sama seperti anak-anaknya yang lain, sihat dan aktif.
“ Heily atau juga lebih mesra disapa Bubu dilahirkan normal pada 11 Sept 2013 dan merupakan anak yang cukup manja dan juga aktif. Minatnya adalah semua super hero, memang semua permainan lelaki sajalah, kalau cakap mudahnya. Dia langsung tidak menunjukkan apa-apa tanda yang menyatakan dia sakit. Main macam biasa.
“Cuma sebelum tiga minggu di diagnos ada ketumbuhan di otaknya, Bubu ada muntah-muntah dan panas badan. Demamnya pula on and off. Saya merasakan itu demam yang biasa sahaja sebagai mana melalui pengalaman membesarkan dua orang anak sebelum ini.”
Demam Serta Muntah
“Dua tiga hari sihat, lepas itu muntah lagi hinggalah suatu ketika dia muntah hingga jadi lemah tubuhnya. Jadi kami bawa ke DEMC Specialist Hospital, Shah Alam memandangkan hospital ini menjadi pilihan utama keluarga kami. Tapi masalahnya, bila tiba di sana wad pula penuh dan pihak hospital merasakan tidak sesuai untuk dilakukan pemeriksaan lanjut. Kami diberikan offer latter untuk mendapatkan pemeriksaan di hospital lain.
“Jadi kami bawa Bubu ke hospital lain, jam 9.00 malam anak kami telah pun diwadkan. Tiga malam kami berkampung di sana dan akhirnya doktor putuskan hanya masalah pada perut, itu yang menyebabkan Bubu muntah-muntah. Kami akur dan turut berasa lega Bubu telah sembuh bila dibenarkan pulang.
“Namun selang dua hari kemudian, muntah lagi. Kami jadi pelik akan penyakit Bubu, pun begitu keadaannya masih dilihat aktif. Hinggalah pada suatu pagi, apabila dia bangun sahaja daripada tidur terus muntah-muntah dan keadaannya menjadi sangat lemah dan saya baringkan di atas sofa sambil saya dan suami cuba Goggle di internet tentang apa penyakitnya itu.
“Ya Allah, masa itu apa yang terpapar di skrin telefon cukup mencemaskan kami. Semua tanda-tanda yang Bubu alami adalah simptom penyakit-penyakit kronik! Lalu kami bergegas ke DEMC Specialist Hospital sekali lagi untuk dapatkan rawatan lanjut,” cerita Sherin satu persatu dengan tenang.
Tetap Positif
Setibanya di sana,pelbagai proses pemeriksaan dilalui dan semuanya seakan lancar. Bermula dengan penempatan wad dan seterusnya hingga selesai operasi pembedahan.
“Segala-galanya berjalan lancar, Allah pemudahan setiap urusan saat kami sekeluarga harungi detik getir itu. Sampai sahaja hospital, kami menunggu tidak terlalu lama untuk dapatkan bilik. Ketika itu keadaan Bubu saya lihat semakin teruk.
“Jika dia terlena seketika, dia akan bangun tersentak dan menjerit mengatakan sakit kepala. Bila saya melihat keadaan Bubu, jujur saya katakan saya pilu melihat keadaannya. Namun ketika itu, saya cuba untuk berlaku tenang, positif dan mengharapkan yang baik-baik sahaja,” tokok Hyzer sambil diakui oleh isterinya yang berada di sisi.
Sambil menyambung lagi, “ Pun begitu, walau pun doktor telah membuat pemeriksaan namun hati saya tertanya-tanya kenapa doktor lambat bagi keputusan. Ketika ini 1001 perasaan ada dalam hati kami sekeluarga. Serius atau tidak? Persoalan ini terus berlegar-legar mencari jawapannya.
“Hinggalah apabila kami diberitahu bahawa Bubu ada brain tumor. Terkasima, terkejut, tidak mahu percaya dan semuanya tidak keruan. Untuk orang yang bukan berlatar belakangkan ilmu medical, bila disebut tentang kanser atau ketumbuhan bagi kebanyakan daripada kita hanya memikirkan soal mati. Apatah lagi bila penyakit ini membabitkan bahagian kepala,” ujarnya lagi.
Berdepan dengan situasi begini, meminta untuk Sherin dan Hyzer menerima cadangan terbaik daripada pihak hospital agar segera melakukan pembedahan demi menyelamatkan Bubu.
“Apa yang kami inginkan, kesembuhan untuk Bubu. Jika melalui pembedahan adalah kaedah terbaik untuk membuang tumor di otak Bubu. Kami akur, semuanya kami serahkan kepada doktor yang pakar dan pembedahan tersebut dilakukan serta-merta.
“Dan alhamdulillah, keputusan yang cepat telah dibuat dan kini Bubu kembali aktif dan sihat. Syukur tidak terhingga kami sekeluarga ucapkan kepada pihak hospital yang telah berusaha sebaiknya untuk menjayakan operasi pembedahan tersebut,” ujarnya di akhir perbualan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mood membakar biskut lebih terasa seronok dan teruja untuk dilakukan terutama bila tibanya hari raya kan. Tetapi boleh juga dibuat untuk hari biasa.
Untuk itu, apa kata kita buat biskut yang dikongsikan oleh Fendi Islam.
COOKISS KITER by fendiislam
Assalamualaikum.. Ok nak shared.. abe dah start jual cookiss ni.. ni abe tampal resepi kat sini.. mane tahu dapat bantu orang lain cari rezeki.. InsyaAllah.. feeling-feeling macam beli femes amosss.. heheh.. yang tanye dari haritu boleh rujuk sini..
COOKISS KITER by fendiislam
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan butter
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur (Gred A)
1 1/4 cawan tepung serbaguna
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk empleks (optional rangup)
1 cawan chocolate chip
1/2 cawan chocolate chips premium (guna cadbury bar & cincang-cincang pun boleh..)
P/s: nk tambah kacang pun boleh.. 1/2 cawan.. dan chocolate chips better disejukkan dulu dalam peti ais..
Cara Buatnya
Heheh.. mudah.. gaul semua bahan lain kecuali telur dan butter digaul last sekali.. gaul perlahan-lahan hingga sebati je..
Pastu susun atas dulang, guna skop ice cream untuk bentuk kecil-kecil dan sama besar.. kalau malas, cari piping bag, picit je.. kalau malas jugak, gune sudu kecik.. nak besar pun boleh.. pastikan lapik baking paper.. santai-santai je ni..
Masa: 20-25 minit
Suhu: 160-170 C’ (bergantung oven)
Api: Atas Bawah
Kipas: ON
(Standard home oven)
Sumber : Fendi Islam via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Meskipun hanya menu ayam goreng, ia sering menjadi pilihan dan kegemaran buat seisi keluarga terutamanya buat anak-anak kecil. Sementelah menu ayam goreng ini cukup mudah disediakan dan aromanya mampu membuka selera jika dihidangkan ketika masih panas.
Tapi bagi menghasilkan ayam goreng yang enak, ranggup di luar tapi lembut di dalam ada caranya. Langkah menghasilkannya dikongsi oleh Najwa Romli dari laman Facebook beliau. Jom cuba petang ini untuk berbuka atau ketika bersahur nanti!
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam.
1 labu bawang putih
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas
2 tangkai daun kari
Garam dan serbuk kunyit secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Hiris semua bahan tersebut kecuali daun kari.
2. Kemudian tumbuk semua bahan tadi menggunakan lesung batu. Boleh juga menggunakan pengisar dengan mencampurkan sesudu minyak masak dan dua sudu besar air.
3.Gaulkan ayam bersama daun kari, garam, serbuk kunyit dan bahan tumbuk tadi. Perap dalam 30 minit.
4. Sambil menunggu perapan ayam susunkan daun pisang dalam periuk kukus. Kemudian, didihkan air dalam periuk kukus.
5.Susun ayam di dalam loyang kukus dan kukuskan selama 20 minit.
6. Setelah dikukus, biarkan sejuk, lalu digoreng dalam masa 5 minit..
Jika ingin disimpan di dalam simpan chiller masukkan ke dalam bekas kedap udara. Ia mampu bertahan sehingga 3 atau 4 hari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.