Belum dapat idea nak masak sajian apa hari ini? Cubalah resepi senang untuk dinikmati bersama keluarga ketika berbuka puasa.
Apa kata masak ayam percik ni, rasapun ala bazar ramadan. Siap ada petua nak buatkan ayam percik lagi sedap.
Resepi Kuah Percik Kelantan Warisan Mok
Untuk 1.3-1.8 kilogram ayam.
6 ulas bawang merah saiz 20 sen
1/2 sudu makan ketumbar disangai
1 sudu makan cili kisar
1/2 inci belacan
1/3 inci hirisan halia
2 ulas bawang putih kecil
Kisar lumat semua bahan dengan 50ml air.
Tuang dalam periuk. Tambah 600 ml ibu santan Farm Fresh. Perah asam limau nipis sehiris.
Tambah masuk 2 sudu makan gula,2 sudu teh garam , 1/2 sudu makan serbuk perasa.
Masak dengan api sederhana dan sentiasa kacau untuk elak berketul.Bila dah berbuih naik wap,tutup api. Siap .
Tak perlu letak tepung. Penggunaan tepung hanya untuk jimatkan kos. Ganggu rasa kuah ayam percik yang sebenar.
Bahan Perap Ayam Percik
1.3-1.8 kilogram
6 ulas bawang putih sederhana
1 inci kunyit
1 inci halia
2 batang serai
1/2 inci belacan
1/2 sudu makan ketumbar
1/2 sudu makan jintan manis
2 sudu teh garam
Kisar semua bahan lumat. Masukkan dalam periuk.Gaul dengan ayam. Ketuk 2 batang serai lagi.Tambah 100 ml air dan 100 ml santan pekat.
Bagi rasa sedap lagi. Rebus api sederhana sehingga 1/2 masak. Tutup periuk. Lebih kurang 20-30 minit.
Ben guna pressure cooker Philips. 15 minit dah cukup cantik. Kalau pressure cooker lain,lain timing dia ya.
Ada tips nak dapatkan cantik seperti ini.
– 3 kali salutan kuah percik.
Lepas bakar arang seketika, sapu kuah pada ayam di kedua bahagian ayam,letak atas api sekejap dan balikkan, teruskan salutan kali kedua dan ulang shingga ke 3 kali. Sekejap je.
Orang cakap biar kena asap je. Jangan lama nanti kering kuah percik. Tak cantik.
Sumber: Ben Safwan