Bonding time bersama keluarga pada musim cuti sekolah begini, menarik juga jika kita adakan aktiviti berbbq bersama ahli keluarga. Memanggang bersama-sama di laman rumah pada waktu malam, sambil duduk bersembang tentu menyeronokkan.

Jadi andai sebelum ini hanya sekadar membeli sos perapan sedia ada, apa kata kali ini kita mencuba untuk sediaka sendiri ramuannya sepertimana yang dikongsikan ini. Jom semak.

Assalamualaikum…..hari ni saya nak share cara perapan ayam bbq resepi sendiri je ni…saya suka anak-anak suka suami pun suka..boleh digoreng dan bakar ayam perap ni…

Masak Ayam BBQ Guna Perapan Sendiri Lagi Berasa, Ni Resipinya!
.

Ayam sekor
Bahan blend
1 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
2″halia
Ketumbar sedikit
Jintan manis sedikit
Serai sebatang

IKLAN

Bahan B
Sos tiram
Serbuk kunyit
Serbuk kari
Serbuk cili(optional..nak guna boleh tak nak pun boleh)
Garam secukup rasa
Serbuk pasti atau maggi

Cara penyediaan :

IKLAN

1. Ayam dibasuh dan ditos dahulu.

Masak Ayam BBQ Guna Perapan Sendiri Lagi Berasa, Ni Resipinya!
.

IKLAN

2. Kemudian masukkan semua bahan blend dan bahan B gaul rata.
Masak Ayam BBQ Guna Perapan Sendiri Lagi Berasa, Ni Resipinya!
.

3. Masukkan ke dalam bekas bertutup..perap semalaman.
Masak Ayam BBQ Guna Perapan Sendiri Lagi Berasa, Ni Resipinya!
.

4. Sedia digoreng atau dibakar…memang marveles..sedap dan mantap…selamat mencuba

sumber : Ana Azura via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI