Perkongsian daripada seorang suami ini menarik juga untuk dihayati, memandangkan hari tua pasti tiba dan semahunya kita mengharapkan kebahagiaan yang kita kecapi bersama keluarga pada hari ini terus dianugerahkan hingga ke hujung nyawa. Pun begitu, memberi lebih makna pada perjalanan hidup kita bersama pasangan. Untuk itu, elok kita baca perkongsian ini. Jom semak.
Sebelum tiba masa tua, luangkan seberapa banyak waktu bersama pasangan kerana sudah pasti salah seorang dari kita akan pergi dulu. Yang tinggal, hanya memori indah.
Cuba bayangkan jika pergi dahulu, agak-agak apa yang si dia ingat tentang kita.
Masa yang ada tinggal sekarang, ciptalah seberapa banyak kenangan yang akan buatkan dia tersenyum apabila teringat dengan kita.
Isteri saya Aliffa Rafini Abdullah ni sangat pantang kalau tengok saya baru lepas berwuduk. Ada 101 helah konon acah-acah nak batalkan wudhu. Dah terbatal, siap! Haha!
Andai saya pergi dulu, agaknya mesti dia menangis tengok paip untuk ambil wudhu. Kesiannya!
Akan tiba saatnya apabila kita dah tua nanti kan, nak berjalan ke pintu bilik pun payah. Sementara masih berkemampuan, menggembara lah ke seberapa banyak tempat bersama keluarga untuk mengingatkan kita tentang kebesaran Allah, untuk melihat dan mengagumi keindahan ciptaan NYA. Nanti bila hanya tinggal berdua dengan isteri, gambar-gambar kenangan inilah yang akan jadi modal bual bicara sesama kita.
“Ingat lagi tak, masa ni Armand kena gigit Harris.”
Ingatlah bila kita dah tua nanti, jangan susahkan diri fikirkan anak-anak secara berlebihan. Mereka akan mampu berusaha sendiri dengan syarat kita ajar perkara yang betul sejak kecil.
Cuma kena pastikan hutang piutang dah selesai sebelum meninggal dunia, supaya mereka tidak menanggung beban yang kita tinggalkan.
Ingat, anak-anak bukan ‘retirement plan’ kita. Mereka juga ada keluarga untuk disara. Kalau mereka ada beri wang saku – Alhamdulillah.
Kalau kita rasa tiada berusahalah menyimpan dari sekarang. Jangat berharap, nanti kita sendiri yang sakit hati!
Anak-anakku, sebaik-baik sahabat dan pasangan hidup adalah apabila kita lihat wajahnya terus mengingatkan diri kita kepada Tuhan.
Jangan cari kawan atau pasangan hidup seperti duit syilling, di depan lain dan di belakang lain.
Seorang pasangan hidup yang baik adalah dia yang selalu mengingatkan kita tentang solat, aurat kita, hubungan dengan orang tua malah ambil tanggungjawab untuk menguruskan keluarga bersama-sama.
Moga-moga kehidupan kita sekeluarga kekal bahagia, gembira, anak-anak akan ingat perkara yang baik-baik je tentang kita.
Insha Allah.
sumber :Hafizul Hakim