Masa terrbaik minum teh hijau, ini cara nak sediakan supaya lebih manfaat. Teh hijau adalah minuman yang popular dan dikenali dengan pelbagai manfaat kesihatan seperti membantu penurunan berat badan, meningkatkan metabolisme, dan mengandungi antioksidan yang melindungi tubuh daripada kerosakan sel.
Masa Terbaik Minum Teh Hijau
Walaupun teh hijau boleh diminum pada bila-bila masa, terdapat masa tertentu yang dianggap terbaik untuk memastikan anda memperoleh manfaat maksimum daripadanya.
Teh hijau adalah minuman yang digemari di seluruh dunia selain teh dan kopi.
Ia diminum bukan hanya untuk tujuan mengurangkan berat badan, tetapi untuk membantu penghadaman, meningkatkan imuniti, ketenangan minda, dan baik untuk kesihatan otak dan jantung.
Ada orang yang minum teh hijau sepanjang hari, ada yang minum pada waktu malam atau sebelum tidur.
Ramai yang beranggapan bahawa jika seseorang itu minum lebih banyak teh hijau, lebih cepat dapat menurunkan berat badan.
Ini Cara Nak Sediakan Supaya Lebih Manfaat
Walaupun teh hijau lebih bermanfaat dari teh biasa dan kopi, tidsk bermakna kita boleh meminumnya sepanjang hari untuk mendapat manfaat darinya.
Banyak kajian menunjukkan masa yang terbaik adalah pada waktu pagi dan sebelum melakukan sebarang kerja.
Menggantikan tabiat minum kopi dengan minum teh hijau adalah langkah yang bijak sebelum memulakan hari kita. Seperti mana kopi, teh hijau juga mengandungi caffeine dan L-theanine. Kedua-dua sebatian ini dapat meningkatkan mood dan fokus dalam melakukan kerja.
Bagi yang ingin menurunkan berat badan, minum teh hijau sebelum melakukan senaman dapat membantu ‘membakar lemak’ dengan lebih banyak.
Minum teh hijau selepas makan dan sebelum tidur, bukanlah langkah yang bijak.
Ini kerana teh hijau mengandungi sebatian tannin yang mungkin menghalang penyerapan nutrien dari makanan yang kita makan. Antaranya adalah zat besi, copper dan
chromium.
Minum kopi sebelum tidur mungkin menyebabkan kita tidak dapat memulakan tidur kerana ada bahan kafein yang mrmberikan kesan terutama pada mereka yang sensitif pada kafein. Ini juga boleh menyebabkan rasa kegelisahan, kerunsingan dan meningkatkan tekanan darah pada mereka.
Berapa banyak kafein yang akan dikeluarkan dari daun teh hijau ini bergantung kepada berapa lama kita merendam teh hijau dan jumlah teh hijau yang diginakan.
Secara amnya teh hijau mengandungi kurang kafein berbanding dengan teh biasa dan kopi. 250ml teh hijau mengandungi lebih kurang 25 mg kafein, berbanding dengan kopi (100mg) dan teh biasa (30mg).
Saya ingin kongsikan tip penyediaan teh hijau agar ia memberikan lebih manfaat.
1. Gunakan air yang tidak terlalu panas (mendidih) atau air yang terlalu sejuk. Suhu yang terbaik adalah antara 60-80 °C.
2. Jangan terlalu lama rendam teh hijau. Rendamkan antara 2-3 minit untuk mendapat khasiat teh hijau. Rendam terlalu lama menyebabkan ia berasa pahit. Jika menggunakan sachet, satu sachet yang teh hijau yang sama boleh digunakan untuk 2-3 cawan.
3. Gunakan 250ml air untuk satu sachet atau satu sudu kecil teh hijau.
4. Bagi mereka yang baru berjinak dgn teh hijau, boleh campurkan sedikit madu, daun pudina atau perahan limau. Yang terbaik adalah minum teh hijau kosong.
Petua Tambahan Untuk Menikmati Teh Hijau
*Jangan tambahkan gula: Teh hijau lebih baik dinikmati tanpa gula untuk mengekalkan manfaat kesihatannya.
*Gunakan air yang tidak terlalu panas: Air yang terlalu panas boleh merosakkan nutrien penting dalam teh hijau. Suhu air sekitar 70-80°C adalah ideal.
*Hadkan jumlah teh hijau: Minum 2-3 cawan sehari adalah mencukupi. Pengambilan yang berlebihan mungkin menyebabkan kesan sampingan seperti gangguan tidur atau sakit perut.
Memilih masa yang sesuai untuk minum teh hijau boleh membantu anda mendapatkan manfaat maksimum daripada minuman ini. Sama ada pada waktu pagi, sebelum bersenam, atau pada waktu petang, teh hijau adalah pilihan yang sihat untuk menyokong gaya hidup anda. Dengan cara yang betul, teh hijau bukan sahaja menyegarkan tetapi juga membantu meningkatkan kesihatan tubuh dan minda.
Sumber: Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad
Baca artikel lain juga: Minum Air Teh Hijau Jangan Buang Hampasnya! Boleh Buat Hilang Parut & Kecut Jerawat
Rupanya Begini Cara Bancuhan Teh Hijau, Baru Dapat Khasiat.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my