Keibubapaan

Masa & Perhatian Mak Ayah Ubat Paling Mujarab Atasi Masalah Anak, Tak Perlu Produk Overclaim, Jadi Bijak!

Share

Kini lambakan pelbagai produk di pasaran yang dikatakan baik untuk perkembangan anak kecil kita dilihat semakin membimbangkan.

Walhal tanpa penggunaan produk yang berlebihan ini, anak boleh fokus dan tenang. Semuanya dengan masa dan perhatian dari mak ayah sendiri.

Ini yang dikongsikan oleh Pn Maryam Jamadi, Pediatric Occupational Therapist dari BEYOND Home Therapy yang turut menasihati mak ayah agar tidak mencuba pelbagai produk yang tidak masuk dek akal keberkesanannya. Jadi bijak!


List produk OVERCLAIM kononnya untuk anak-anak. Hati-hati ya mak ayah semua. Overclaim bila katanya “boleh sembuh autism” atau boleh dapat 10A.

1. Supplement
Kononnya boleh buat anak speech delay boleh bercakap. Kalau adalah ubat ini mesti dapat nobel prize dunia.

2. Minyak ajaib
Katanya boleh buat anak fokus belajar, anak pandai & genius.

3. Lotion badan untuk tenangkan anak.
Harga ratus-ratus, sedangkan bukan lotion yang menenangkan anak tapi sentuhan kita yang menenangkan anak.
Urut anak pakai minyak masak pun boleh tenangkan anak, cuba try.

Sebenarnya banyak syarikat yang pernah contact saya untuk kerjasama, tapi saya sangat menjaga integriti dalam menjual.

Awal-awal dah tolak produk yang overclaim. Kasihan sangat pada yang mengharap tapi tak dapat seperti yang diharapkan.

Meh saya share tips, nak anak fokus?
– Banyakkan bawa anak pergi taman, bagi main puas-puas waktu siang & weekend.
– Nanti bila pergi sekolah mesti boleh fokus lama.

Nak anak tenang?
– Banyakkan pelukan, sentuhan & urut anak.
– Beri perhatian pada anak.
– Pakai lotion apa-apa pun boleh tenangkan anak.

Nak anak bijak?
– Beri rangsangan sensori paling penting masa umur 3 tahun ke bawah.


– Selalu bercakap dengan anak, berborak, buka minda anak tentang dunia.

Saya nak tekankan yang setakat ini AUTISM tak ada ubat, cuma boleh kurangkan symptom, severity & izin Allah sahaja.

Yang kes-kes autism yang katanya sembuh, kemungkinan bukan autism sebenar. Hanya ada “autism like symptom” ataupun “virtual autism” (banyak terdedah dengan tv/gadget).

Ataunya kategori mild autism/high functioning autism, boleh “masking” bila di sekolah/tempat awam.

Terapi yang OVERCLAIM, tahukah kalian yang ada 3 profession terapi sahaja yang memang belajar dalam “terapi” diiktiraf dan ada di semua hospital:

– Occupational Therapy
– Speech Therapy
– Physiotherapist
– Clinical Psychologist (walaupun tak ada perkataan therapy tetapi mereka juga menjalankan therapy

Yang nama-nama therapy/therapist lain-lain, kena check sebab risau hanya ambil sijil 3 hari dah jadi therapist.

Kalian kalau nak beli supplement untuk anak, lebih bagus rujuk doktor atau pharmacist. Jangan beli online kalau kita sendiri tak tahu apa kandungannya.

Kalau produk luaran bolehlah lagi tak banyak bagi kesan pada badan anak, tapi produk yang makan/minum masuk dalam badan kena extra hati-hati ya.

Yang memang TERBUKTI dapat bantu perkembangan anak:
1. Sensory stimulation
2. Aktiviti fizikal (pergi taman)
3. Interaksi mak ayah dengan anak
4. Urutan dan sentuhan fizikal
5. Pemakanan seimbang
6. Kurang pendedahan skrin

Tak payahlah keluar duit beratus, buat 6 benda ini insyaAllah anak tenang, anak fokus, anak bijak, anak genius.

Menarik: Tahniah Azmi Saat Timang Bayi Perempuan, Luah Rasa Syukur Anak Isteri Sihat!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club