Sesuai dengan gelaran yang diberikan kepada seseorang yang telah berusia, dikenali sebagai warga emas. Sewajarnya zaman itu merupakan zaman kemuncak untuk menikmati hidup yang selesa, tenang dan berwang.
Pada logik akalnya, untuk mencapai kepada tahap hidup yang lebih stabil dan berkualiti tentunya pada waktu muda seseorang itu telah bekerja keras, bijak merancang dan mengurus sumber kewangan demi untuk masa depan yang diimpikan olehnya.
Senang cakap, biarlah ketika muda ini kita bekerja untuk dapatkan wang dan bila sudah tua, wang pula bekerja untuk diri kita. Saat itu, kita hanya menikmati hidup yang tenang dan santai. Alangkah seronoknya!
Jadi bagaimana caranya untuk pastikan ia benar-benar terlaksana sebagaimana yang kita harapkan?
Elak berbelanja di luar kemampuan ketika muda
Sebaiknya berbelanja ‘di bawah kemampuan’ agar cara ini dapat membantu meningkatkan simpanan wang. Sebagai contoh, jika selama ini anda sering membawa ahli keluarga makan di luar terutama di restoran-restoran mewah, jadi hari ini berubahlah dengan memasak dan makan di rumah.
Praktis Formula 50/30/20
Formula 50/30/20 ini bermaksud, hanya boleh membelanjakan 50% daripada pendapatan untuk memenuhi keperluan asas seperti makan minum, tempat tinggal, pengangkutan dan sebagainya. Sebanyak 30% lagi digunakan untuk membeli keperluan lain dan keperluan sampingan, manakala baki 20% adalah untuk simpanan, pelaburan atau perlindungan takaful. Ini penting untuk persiapan di masa akan datang lebih bersistematik.
Ads
Tambah pendapatan
Jika ingin bebas daripada belenggu hutang di usia emas, pada usia muda ini perlulah melakukan kerja sampingan yang boleh menambah pendapatan. Cara ini dapat membantu untuk menyelesaikan hutang lebih awal dari yang sepatutnya. Bila hutang diselesaikan dengan awal, anda boleh menyimpan lebih banyak duit gaji bulanan untuk hari persaraan anda!
Mencarum KWSP
Tak kiralah juga anda bekerja dalam sektor formal atau tidak formal, semua pekerja berpeluang menyimpan dengan KWSP. Bayangkan, sejak hari pertama anda mula bekerja sehingga umur persaraan pada 55 tahun, caruman bulanan anda selama itu terkumpul untuk anda nikmatinya ketika tempoh persaraan. Dengan dividen yang diterima saban tahun, pejam celik pejam celik, anda sudah berjaya mengumpul simpanan untuk hari-hari persaraan anda.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda memilih untuk terus bekerja selepas umur 55 tahun, caruman dan dividen yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam akaun emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila mencapai umur 60 tahun.
Ads
Pastinya, wang yang dicarum bertahun-tahun lamanya adalah suatu jumlah yang cukup besar untuk dinikmati dan dimanfaatkan ketika di usia emas.
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nahas membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki 10 sekeluarga dengan treler itu telah menjadikan Muhammad Haziq, 9, yatim piatu sekelip mata apabila kedua ibu bapa serta adik perempuannya, Mohd Zairul Mat Isa, 34; Nuratiqah Abd Hamid, 30, dan Nur Qaseh Damia Mohd Zairul, 4, terkorban.
Muhammad Haziq yang terselamat dalam kejadian itu mengalami patah tangan kanan dan kini menerima rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Sementara itu, Mohd Zakri Mat Isa, 37, bapa saudara kepada Muhammad Haziq berkata, dia bertemu dengan anak saudaranya itu sekitar jam 5 pagi tadi untuk memantau keadaannya.
"Pak Lang, sekarang ni Haziq seorang sahaja ke yang hidup?" Pertanyaan itu meruntun hati Mohd Zakri.
Menurutnya lagi, anak saudaranya itu sempat bertanya keadaan nenek, ayah, mak dan adiknya sebaik dia sedar.
"Haziq ni memang petah budaknya, dia cerita yang ketika kejadian dia tidur dan sedar-sedar dah ada di hospital. Seolah-olah tahu akan kejadian yang berlaku ke atas keluarganya, dia bertanya adakah hanya tinggal dia seorang sahaja yang hidup," katanya yang mengakui tidak sampai hati untuk menceritakan perihal sebenar kejadian itu.
"Memang saya tak sampai hati nak beritahu mak ayahnya sudah tiada, tetapi dia beritahu yang dia dah tahu selepas diberitahu sendiri oleh ibu saudaranya," katanya.
Pasangan Mohd Zairul yang bekerja sebagai peniaga dan Nuratiqah baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada 3 Ogos lalu.
Dalam kejadian sekitar jam 5.30 petang itu, mereka yang maut adalah Mohd Zairul Mat Isa, 34; Isterinya, Nuratiqah Abd Hamid, 30 dan anak bongsu, Nur Qaseh Damia Mohd Zairul, 4.
Turut terkorban ibu Mohd Zairul, Fatimah Mat Isa, 68, dan supupu, Zulkifli Shuib, 49, isterinya, Hasliza Mahmud, 40 serta anak mereka, Mohd Alif Firdaus, 3.
Selain Muhammad Haziq, turut terselamat adalah dua beradik iaitu anak kepada Hasliza, Firash Mikhael Azrie Syah, 11, dan abangnya yang dikenali sebagai
Apit berusia 16 tahun, mereka masih ditempatkan di zon merah HRPB akibat cedera parah.
Pemandu treler berusia 32 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketika kejadian, MPV yang membawa dua keluarga itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Badlishah, Mukim Terap, Serdang, Kedah selepas bercuti di Pulau Pangkor dan Cameron Highlands sejak Ahad lalu.
Tiada kata-kata yang mampu diucapkan sebagai tanda gembira dan syukurnya seorang ayah dan ibu apabila melihat anak yang dahulunya berlajar di bangku sekolah kini sudah dewasa dan layak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi hasil usaha penat lelah selama ini.
Nyata, hasrat dan impian untuk melihat anak berjaya menggenggam segulung ijazah sudah berada di depan mata.
Apatah lagi soal kewangan bukanlah menjadi batu penghalang untuk menggapai impian. Ini bila mana semua antara kita maklum dengan adanya Perbadanan Tabungan Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN dapat memastikan tidak ada anak-anak kita yang tercicir untuk meneruskan pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Usaha kerajaan ini cukup disyukuri dan sekali gus membuatkan ibu ayah mampu berlapang dada dalam memenuhi hasrat anak-anaknya untuk menyambung pelajaran hingga ke menara gading tanpa sebarang masalah yang menghalang.
PTPTN Mudahkan Pelajar Melangkah ke Universiti
Semenjak penubuhan PTPTN pada tahun 1997 sehingga 30 November 2021, pinjaman pendidikan yang disediakan oleh PTPTN telah memberikan manfaat kepada lebih 3.62 juta peminjam melibatkan pengeluaran pinjaman sebanyak RM65.42 bilion.
Secara umumnya, pinjaman pendidikan yang dikeluarkan kepada setiap peminjam PTPTN adalah bertujuan untuk membantu pelajar membayar yuran pengajian serta sebahagian daripada kos sara hidup pelajar.
Namun begitu, PTPTN tidak mahu dilihat sebagai pemberi pinjaman dan pengutip hutang semata-mata tetapi sebaliknya dilihat sebagai TABUNG PENDIDIKAN untuk rakyat Malaysia melalui pembudayaan penabungan dalam Simpan SSPN.
Sebagaimana Lembaga Tabung Haji dilihat sebagai tempat menyimpan untuk persediaan mengerjakan haji dan KWSP dilihat untuk simpanan bagi tujuan persediaan apabila telah bersara, maka PTPTN pula akan dikenali sebagai institusi TABUNG PENDIDIKAN sebagai tempat untuk memulakan simpanan bagi persediaan untuk membiayai pendidikan tinggi anak-anak.
Tidak Membebankan Peminjam
Baru-baru ini peminjam PTPTN diberi perkhabaran gembira melalui Pembentangan Belanjawan 2022 apabila adanya insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN itu diberikan bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022 melibatkan tiga kategori :
i) Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
ii) Diskaun 12% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran
Cara untuk dapatkan insentif ini di mana peminjam perlulah mendapatkan pengesahan baki hutang melalui portal rasmi PTPTN atau menghubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN terlebih dahulu.
Setelah mendapat pengesahan baki, barulah anda boleh melihat sama ada anda ingin merebut diskaun 15% atau 12% .
Untuk lebih jelas, di sini dikongsikan contoh pengiraan diskaun 12% berasaskan kepada jumlah bayaran balik sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dengan sekali bayaran.
iii) Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus (direct debit) mengikut jadual.
Di bawah ini merupakan contoh pengiraan diskaun 10% dan perlu difahamkan bahawa diskaun yang diberikan ini tidak akan mengurangkan ansuran bulanan tetapi ia mengurangkan baki keseluruhan hutang peminjam.
Kesemua insentif diskaun akan dikemaskini dalam akaun peminjam pada akhir setiap bulan dan peminjam boleh membuat semakan penyata masing-masing mulai 7 haribulan pada bulan berikutnya.
Bank Islam Malaysia Berhad dengan kerjasama PTPTN turut menganjurkan Kempen Pay & Win with DD (DirectDebit). Kempen ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 untuk 41 orang pemenang. Kempen Pay & Win with DD ini terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang membuat bayaran balik pinjaman melalui saluran DirectDebit. Tempoh kempen adalah selama tiga (3) bulan mulai 1 Disember 2021 sehingga 28 Februari 2022.
Perlu Tahu
Selain itu peminjam yang membuat penyelesaian hutang melalui pelbagai saluran bayaran yang disediakan oleh PTPTN seperti KWSP dan bank juga layak untuk menikmati insentif diskaun 15% dan 12% tersebut sekiranya bayaran penyelesaian hutang pinjaman diterima oleh PTPTN dalam bulan yang sama. Peminjam dinasihatkan untuk membuat bayaran selewat-lewatnya 27 hari bulan setiap bulan.
Manakala peminjam yang hanya mempunyai hutang Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) juga layak mendapatkan diskaun 12% sekiranya membuat bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan baki hutang WPP dalam bulan yang sama sahaja dan layak mendapatkan diskaun 15% sekiranya menyelesaikan keseluruhan hutang WPP tersebut dalam bulan yang sama.
Bagi peminjam yang mempunyai lebih daripada satu pinjaman seperti pinjaman Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dan hanya ingin membuat penyelesaian hutang salah satu daripada peringkat pengajian tersebut sahaja, insentif ini tidak terpakai bagi situasi demikian.
Pemberian diskaun kepada peminjam hanya yang menyelesaikan keseluruhan baki hutang pinjaman iaitu pinjaman Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. Ini bermaksud, pengiraan diskaun 15% adalah berasaskan keseluruhan baki hutang pinjaman.
Oleh itu, rebutlah diskaun yang diberikan dalam tempoh tersebut untuk anda lunaskan baki pinjaman. Jika tidak pada masa ini, bila lagi?
Tindakan anda hari ini akan dapat memastikan dana yang ada dimanfaatkan kepada generasi akan datang dan sekali gus memberi peluang dan ruang untuk mereka melanjutkan pelajaran tanpa terhalang atas faktor kewangan.
Pastinya banyak lagi yang anda ingin ketahui berkenaan tabungan dan pendidikan anak-anak. Ini penting agar kita sebagai ibu bapa dapat memberikan yang terbaik untuk mereka menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tanpa ada halangan terutamanya hal berkaitan kewangan.
Jadi jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dengan mendaftar di dalam program webinar KeluargaTalk yang akan datang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bermula selepas perutusan oleh Perdana Menteri semalam, semua rakyat Malaysia berpuas hati dengan pengumuman yang dibuat dan berkongsi rasa mereka di media sosial.
Malah Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjangkakan ramai akan pulang ke kampung halaman masing-masing pada hujung minggu ini selepas keputusan untuk merentas negeri di dibenarkan bermula 10 Jun ini.
Namun di sebalik kelonggaran yang diberikan kerajaan, beliau berharap agar kawalan kendiri terus menjadi keutamaan semua memandangkan virus Covid-19 masih lagi ada dalam kalangan masyarakat.
“Kelonggaran ini amat menggembirakan seluruh rakyat. Saya lihat pelbagai parodi di media sosial termasuk yang bujang tunggu keputusan ini bila PM umum sekatan perjalanan rentas negeri ditamatkan.
“Saya percaya ramai balik hujung minggu ini. Jadi saya harap walaupun ada kebenaran dan kebebasan tapi kawalan kendiri perlu dikekalkan.
“Kalau ibu bapa, datuk dan nenek kita umur melebih 60 tahun (warga emas) dan anak-anak kurang 12 tahun berisiko tinggi dari segi jangkitan. Jadi kita perlu berhati-hati kerana kemungkinan ketibaan kita akan menyebabkan berlakunya jangkitan,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.
Dalam hal lain, beliau turut mengulas isu ziarah kubur dan berkata perkara itu dibenarkan tetapi terhad kepada 20 orang pada satu-satu masa.
“Ziarah kubur sebenarnya memang dibenarkan sewaktu Aidilfitri cuma tak boleh lebih 20 orang dan kena ada penjarakkan sosial.
“Cuma kalau ramai ahli keluarga yang pergi, kawasan kubur tak luas, takut ada perhimpunan yang ramai jadi bolehlah bergilir-gilir untuk pergi,” katanya.
Pada masa sama, Ismail Sabri berkata prosedur operasi standard (SOP) mengenai sambutan Aidiladha akan diumumkan apabila tiba masanya nanti.
“Kita akan bincang secara terperinci dengan menteri hal ehwal agama dan Kementerian Kesihatan (KKM).
“Kita akan bentangkan semula kerana Aidiladha masih lama lagi, saya ingat dalam sebulan lebih lagi dari sekarang.
“Jadi kita akan umumkan mengenai SOP tersebut bila sampai masanya nanti,” katanya.
Katanya, semua peringatan yang berulang kali disampaikan sama ada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, mahu pun dirinya ada untuk manfaat semua.
“Nanti akan ada yang kata Abah, Pak Long Ismail, Pak Ngah Hisham nasihat macam-macam, semuanya untuk menjaga keselamatan rakyat,” katanya.
Penyanyi rock lagenda, Ella, baru-baru ini menyentuh hati ramai apabila memberikan ucapan penuh kasih sayang kepada anak perempuannya, Shanome, sempena hari lahirnya.Ella atau nama...