“Masa Kena Nak Bangun Tak Mampu. Nak Sujud Rasa Melayang.” Lebih Sebulan Kuarantin, Heliza Dedah Positif Covid-19!

Share

Pandemik Covid-19 kian menular, rata-rata berkongsi kisah diri sendiri dan keluarga dijangkiti . Terbaru, penyanyi dan juga aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi dan adiknya Hazwani Helmi mengesahkan mereka juga merupakan bekas pesakit pandemik maut itu.

Hal ini dikongsikan Heliza di akaun Instagramnya dengan memaklumkan sebenarnya mereka telah dijangkiti wabak tersebut pada November 2020 dan dibenarkan pulang ke rumah pada 1 Januari 2021.

PERJALANAN YANG PANJANG
.
Lama sebenarnya simpan perkara ni, lama kami fikir, perlu share ke or tak perlu… perlu ke tak perlu…kisah dan perjalanan yang panjang, keluar rumah dari november 2020, december 2020 sampai 1/1/2021( sempena tahun baru ) barulah kami balik rumah 😅 jumpa keluarga . Panjang kan?

menerusi perkongsian di instagramnya, Helisa memuat naik video perjalanan mereka dari dijemput menaiki ambulans ke Hospital Sungai Buloh sehingga dibenarkan discaj kerana telah sembuh.

Aturan ALLAH itu begitu indah dan cantik . Ingat tak Kakja pernah cakap ada rahsia nak bagitau… tapi tulah.. nama pun rahsia.. takkan nak bagitah pula..

Menurutnya, wabak ini adalah satu penyakit yang tidak pernah mereka rasai sebelum ini. Sepanjang positif Covid-19 Heliza memaklumkan dirinya berasa seperti melayang dan mahu membangunkan diri juga tidak berdaya.

QadarAllah. Alhamdulillah ala kulli hal Ketentuan Allah itu yang terbaik.

Sebenarnya taktau nak mula dari mana. Dalam kepala ni banyak sangat nak share , jika ada manfaat alhamdulillah

Alhamdulillah, perjalanan panjang Allah bagi… keluar rumah tinggalkan keluarga november 2020, 1 januari 2021 alhamdulillah akhirnya dapat kembali ke pangkuan keluarga…

Biarpun berhadapan dengan virus kronik, namun Heliza dia dan adiknya tetap tabah dan putus semangat. Bahkan, adiknya, Hazwani masih tetap mengikuti kelas secara online.

Satu pengalaman tak pernah rasa sebelum ini. Sakit yang tak pernah rasa sebelum ini. Kakja dan Ika motivate each other. Dalam keadaan rasa sakit sangat @hazwanihelmi still kena attend kelas dan xm online .moga Allah merahmati beliau aamiin

Bukan itu sahaa, heliza turut berkongsi pengalaman dan pengorbanan barisan frontliners yang bertungkus-lumus setiap masa kerana ambulans yang membawa pesakit baru sentiasa ada tak kita waktu.
.
Kami melihat bagaimana setiap hari keluar masuk ambulans terlalu kerap, pesakit daftar terlalu ramai, frontliners pula macam tak pernah rehat..

Setiap waktu akan ada annoucement. 2 pagi, 3 pagi 5 pagi.. kita kena sentiasa bersedia nama kita di panggil..
.
Di situlah lagi jelas nampak bagaimana PENGORBANAN FRONTLINERS TERLALU BESAR. Tulis ni pun sebak YA ALLAH…


.
Siang malam mereka berjaga. Sungguh. Kami x mampu balas jasa baik kalian…
.
Dan benar, Covid 19 is real. Almost semua simptom ALLAH bagi rasa.. alhamdulillah hari ni ALLAH masih pinjam nyawa. Alhamdulillah syukur pada ALLAH


.
Perlu ke kakja dan Ika buat video di Youtube Channel The Helmis dan share apa kami lalui?
.
Masa kena Covid, nak bangun pun macam tak mampu sebenarnya 🙁 . Nak sujud pun rasa macam melayang dah..

Perkongsian tersebut mendapat reaksi dari warganet, rata-rata mendoakan Heliza dan adiknya segera sembuh.  Selain berharap mereka dapat berkongsi pengalaman sepanjang dikuarantin sebagai panduan untuk mereka di luar sana yang masih degil dan melanggar SOP yang ditetapkan.

Indah aturan Allah

ardellaryana Alhamdulillah 🙏🏻… semua nya dah selamat , bermacam rasa Allah berikan kepada 2 insan hebat ini Allahu 😢 . Indah aturan Allah untuk kak ja dan wani ❤️ semoga syurga buat 2 wanita ini Aamiin ya rab
ummu_syaurah kakjaa.. tolong bg kesedaran pada geng2 konspirasi yg x percaya covid ni wujud.. saya x tahu la nk kata apa lg.. bila diri sendiri yg sdg mengandung juga menjadi kontak rapat 😭
noynorizah Buatla…pengalaman yg patut dishare spy lebih ramai yg ambil iktibar
zyrahasnan Ya Allah.. tekaan benar .. alhamdulillah syukur The Helmis baik² saja. Moga terus dilindungi 😭
Buka mata orang perlekeh Covid
fidashaharudin Di penghulu segala hari ni,akak doakan Heliza dan Wani kurniakan syifa’ dan diangkat segala kesakitan dan utk semua pesakit covid di dunia ini yg telah dijangkiti.Kongsilah pengalaman kalian agar ia memberi manfaat,peringatan dan pedoman buat ❤️semua.
izzati_zulcar9 Semoga Allah beri kekuatan & kesembuhan pada Ija, Ika & semua covid fighter. Semoga Allah berikan kesabaran & kemudahan pd frontliners. Amin. 😍🥰💞
syimamohamed Please share Heliza & Hazwani, semoga membuka mata org2 yg memperlekehkan covid ni. Semoga Allah lindungi dan rahmati kalian berdua.

Sumber: nurhelizahelmi

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club