“Masa Kecil Mereka Buat Itu Ini Bagi Kita Cukup Makan Pakai. Dah Besar, Balaslah Walau Tak Terbalas Pun.” Perkongsian Abby Abadi. Deep!

Share

Perkongsian Abby Abadi di laman instagramnya baru-baru ini mendatangkan sebak dan terharu di kalangan netizen. Semua sedia maklum akan keadaan kesihatan ayahnya yang kurang baik. Sebagai anak, Abby memang tidak miss mengambil berat dan selalu menguruskan ayahnya yang uzur .

Di dalam catatannya, Abby memberi nasihat kepada semua supaya tidak mengabaikan orang tua bila sudah besar dan berjaya.

“Lega bila dpt luangkan masa dtg hantar makan dekat Mak, Ayah mandikan & wangikan Ayah, baru nampak dorang senyum seronok Selalu pagi kalau tak hantar makan + tak mandi ayah + tukar pampers, terbayang2 dosa2 bertimbun,”tulisnya di kapsyen.

Tambah Abby lagi, sebagai anak kena mengambil berat akan kebajikan orang tua sama ada melawat mahupun menghulurkan duit kepada mereka.

“Masa kecik2 beria2 dorang jaga kita, buat kerja itu buat kerja ini nk bagi kita cukup makan pakai.. Bila kita dah besar, kita balaslah.. Tak terbalaspun sbnrnya… Tp usahakanlah semampunya. kalau apa2 jadi nnti, takde lah terasa ralat sangat tak sempat buat tu, buat ni kannn? .

 “Yg sombong2 sangat tu, yg takde hati nk jaga, nnti apa2 jadi takyahlah nk menangis2 bagai.. Ketahuilah yg waktu tu, dah tak bernilai apa2 dah. Takyah nk bg penghormatan terakhir lah kononnya. Dah tak bermakna,” kongsi Abby lagi.

Dalam pada itu, netizen melahirkan rasa kagum dan terharu dengan keprihatinan Abby dan turut berkongsi kisah keluarga mereka.

arisa_chikamatsu_chanKhidmatlah abah ukhty selagi mereke Ada. Saya hanya tinggal Ummi, walaupon dapat khidmat abi smpai akhir hayatnye,tp tetap rindu nk wudhukkan ABI bile tiba waktu solat. #16092018 pg trakhir dpt khidmat abi

saaidahidahBetul abby..berbakti sementara hayat kedua org tua kita masih ada..mrk x minta wang ringgit..cukup kasih sayang dan perhatian thdp mrk?

imahismeParents kita bkn beriya sgt pun nk mtk duit kita. Yg mereka perlukan kepedulian kita pd mereka…itu dah ckup buat mereka gumbira

maii_mukhrizzAlhamdulillah kak @abby_abadi112 puas jaga mak..dpt mandikan mak…dpt cebukkan mak… dpt rapikan mak… sekarang semua da xde kak..lepas arwah mak pergi pulang ke pangkuan PenciptaNya… Alfatihah… sekarang Rindu sgala2 tentang dia… rindu nk cium tangan dia…. rindu y xterucap

izzahsoberiSaya tak sempat mandikan mak saya masa hidup, saya cuma sempat mandikan badannya yg tidak lagi bernyawa. Saya harap saya berpeluang mandikan ayah semasa hidup dan pada akhir hayatnya kelak. Cuma skrg saya fokus untuk belajar dan happy kan ayah. Doakan saya ye 🙂

anniey_ckSetuju sgt2. Selagi mak ayah ada jaga sebaik mungkin. Bukan setakat wang ringgit, jaga mkn minum juga cukup baik.. Esok2 mak ayah dh x de nangis air mata darah pon x guna dah. Suka tgk sharing kak @abby_abadi112 .. Tq so muchh darling

Sumber: IG abby_abadi112