Bersama kita saling ingat mengingati agar sentiasa menjaga hati dan memberi perhatian kepada ibu ayah yang semakin berusia.
Ini sebagaimana nukilan yang dikongsikan oleh Hajjah Rohana ini. Mana yang baik jadikan pengajaran untuk panduan bersama.
AYAH IBU TAK PERNAH TINGGALKAN KITA SAAT KITA KECIL, JADI JANGAN TINGGALKAN MEREKA SAAT MEREKA SUDAH TUA
Sebaik apapun pengorbanan ayah dan ibu mu, anak yang tidak bersyukur akan selalu melihat kekurangan dalam pengorbanan itu.
Ada banyak ayah dan ibu yang terbaik di dunia, tetapi hanya satu iaitu ayah dan ibu mu yang terbaik di dunia buat selamanya.
Kamu mungkin sedang bahagia dan gembira bersama sahabat handai, orang atasan atau bawahan, atau juga orang di sekeliling berdekatan.
Tapi ingat!.. di saat kamu sakit atau jatuh, akhirnya hanya ayah dan ibu mu di samping. Adakah ada tulus cinta.. setulus cinta ayah dan ibu mu?.
Bukan kita kena tunggu masa lapang untuk berbakti kepadanya tetapi kita perlu melapangkan masa untuknya kerana masa untuk bersama dengannya itu adalah sekejap tatkala ia tidak sama dengan panjangnya masa yang kita manfaatkan untuk orang lain. Sedarilah.. ayah dan ibu mu sudah tua.
sumber : Hajjah Rohana Saad