“Masa Form 4 Tahun Lepas Entah Belajar Ke Tidak.” Cikgu Ni Risau Pada Batch SPM 2021. Ibu Ayah Perlu Ambil Perhatian!

Share

Bila pelajar hilang momentum dalam pembelajaran, siapa yang tidak risau. lebih-lebih lagi guru-guru yang mendidik bakal calon SPM pada tahun ini. Begitu juga ibu ayah bila hari-hari berdepan dengan anak-anak di rumah yang dilihat seakan masih dalam ‘mood honeymoon’. Anak-anak dilihat tidak terasa sedikit pun debaran untuk menghadapi peperiksaan besar, yang sewajarnya perlu diberi tumpuan dan persiapan rapi.

Lantaran itu, seorang guru ini membuat posting di facebook dan cuba menarik perhatian ibu bapa yang mempunyai anak batch SPM 2021 agar sama-sama sedar situasi pembelajaran anak-anak pada masa ini.

Ini perkongsiannya.

Perhatian kepada ibu bapa yang mempunyai anak batch SPM 2021, saya ada sedikit perkara yang saya nak sampaikan. Minta luangkan sedikit masa tuan puan untuk baca post saya kali ini.

Apa yang saya nak sampaikan itu ialah minta anak tuan puan semua mula belajar dari sekarang.

Saya tidak tahu mengapa tapi hati saya mengatakan yang batch SPM 2021 ni kalau dibiarkan lagi, mungkin akan hanyut lebih jauh yang sukar untuk diselamatkan lagi.

Tengok saja contoh result di bawah, dari batch SPM 2021 punya la ni. Nampak macam mana resultnya?

Saya agak khuatir dengan mereka ni. Mana tak nye, sama zaman Form 4 tahun lepas, entah belajar ke tidak. Macam tak belajar pun ye. Sekolah pun pergi berapa hari saja. Selain nya buat online kelas yang saya tak pasti beri impak atau tidak. End up, mungkin pelajar pun tak tahu apa ke benda tahun lepas pelajar ni belajar.

And then dengan cuti PKP yang lama boleh buat pelajar hilang arah. Dengan tak ulangkaji, dengan masih mood honeymoon, saya boleh cakap situasi mereka ni bukan biasa – biasa dah.

Kita kena faham, silibus batch SPM 2021 ni silibus baru dan format exam pun baru. So jangan buat main hal ni. Saya sendiri pun tertanya macam mana gaya bentuk soalannya. Cuma saya predict ianya jauh lebih sukar dari batch lama SPM sebelum ni.

Form 4 ni kalau tak belajar, teruk kesan nya bila naik Form 5. Kena sedar yang ada antara mereka bawa subjek killer dan subjek ini memang betul – betul ‘membunuh’ kalau tidak dijaga dengan rapi.

Usah cerita subjek killer, subjek Matematik nya yang dianggap senang batch SPM lama sebelum ini pun masih ramai pelajar terkial membuatnya. Ini kan pulak batch SPM 2021, tengok silibus Matematik nya pun dah buat saya cukup risau. Dah macam subjek Addmath pun ada kerana ada sedikit topik Addmath di selitkan sikit dalam silibus Matematik yang baru ni.

So saya minta sangat la kepada ibu bapa dan pelajar di luar sana khusus batch SPM 2021, bertindak lah sekarang dan bangkit. Jangan lengah – lengah lagi dah adik – adik sekalian, buruk padahnya nanti. Kang nanti dah terlewat, mental pun dah tak boleh nak hadap, alamatnya siap sedia lah terima saja apa jua result SPM itu.

Jangan cakap saya tak ingatkan ya. Saya dah ingatkan pada tarikh 28 Januari 2021 bahawasanya saya memang tegas akan hal ni. Selamat kan lah masa depan pelajar batch SPM 2021 ini sebelum terlewat. Kalau diri sendiri yang lambat mulakan langkah, nak harapkan siapa lagi?


* seriau saya tengok result pelajar ni. Bukan dah terlambat dah tapi kena mula awal la dan jangan honeymoon lagi. Jika dibiarkan lagi, mahu semua huruf tu bertukar menjadi huruf F. Jangan buat main Oooo.

Sumber : Cikgu Faidzal 

Boleh beli buku rujukan dan latihan secara online di sini

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club