Sejak kebelakangan ni banyak isu memperkatakan wanita mengalami kemurungan. Paling menakutkan ia boleh menjadi pencetus kepada tindakan untuk mencederakan diri atau orang lain termasuk anak sendiri! Malah ada bunuh diri!!
Dalam fikiran suami, nampak simple aje bila isteri mengadu penat, sedangkan boleh berehat aje dan bertenang.
Namun, yang biasa-biasa inilah akan jadi parah bila isteri memendam rasa. Tak luahkan.
Sebagaimana yang dinyatakan melalui perkongsian oleh puan Norzi Malek seorang Terapi menjelaskan bagaimana situasi kemurungan, tekanan seorang wanita yang di biarkan tanpa prihatin dari suami. Malah perkongsianya telah mendapat share lebih 3K. Jelas membayangkan kerisauan diri dikalangan kita.
ISTERI MENGADU RASA STRESS
”Saya rasa lost la abang. Rasa stress, rasa kosong sejak duduk rumah jaga anak ni. Saya rasa serabut hidup saya. Tak tahu nak gambarkan macam mana. Serabutlah”. Luah Alia pada suaminya.
Amir pandang lama-lama isteri yang dinikahi sejak 5 tahun yang lalu. Terbit rasa sesal dalam dada.
”Sayang, sayang kena dekatkan diri pada Tuhan. Banyakkan mengaji, berzikir. Sayang jadi macam ni sebab sayang tak buat amal ibadat banyak. Jauh dari Tuhan.
Buat banyak sikit amalan. Jangan asyik belek handphone saja siang hari”.
Dan perbualan mati di situ.
SUAMI ANGGAP BIASA AJE, BERI NASIHAT
Alia rasa nak menjerit apabila mendengar suaminya nasihat benda yang sama berulang kali setiap kali Alia luahkan gelodak di jiwa yang Alia sendiri tidak mampu uruskan.
Sejak Alia berhenti kerja menjaga anak-anak di rumah, putaran hidup Alia berubah sama sekali.
Matlamat Alia berhenti kerja cuma satu. Nak menjaga anak-anak di depan mata. Nak anak-anak membesar mengikut acuan yang Alia sendiri tetapkan.
Alia mula berbisnes online untuk mencari side income. Selama Alia bekerja sebelum ini, Alia tidak pernah tiada duit. Semua kehendak dan keinginan Alia, akan diusahakan sendiri. Itulah kepuasan hidup Alia.
Namun, berbisnes tidak semudah yang disangka. Ada pasang surut. Tidak semuanya indah. Ada ketika umpan mengena, ada ketika langsung tiada.
Ads
Alia mula merasakan dirinya tidak berguna apabila tiada duit. Setiap kali berkeinginan sesuatu, Alia perlu melalui suaminya untuk pelepasan duit.
MULA RASA SUNYI
Apabila ada perjumpaan keluarga, saudara mula bertanya aktiviti Alia sejak berhenti kerja. Dari sebesar-besar soalan hingga ke soalan sensitif, Alia banyak terasa.
Alia dapat rasakan saudara mara mula memandang rendah padanya dan dia tiada nilai dalam keluarga itu disebabkan statusnya hanya suri rumah.
Kalau dahulunya Alia banyak berkomunikasi dengan rakan-rakan sekerja, sekarang dunia Alia hanya anak-anak. Alia rasa sunyi. Kosong. Tiada kawan.
Apabila suaminya balik dari kerja, Alia berharap suaminya menjadi rakan baik yang akan berkongsi apa sahaja cerita tentang dunia luar. Akan mendengar keluh kesah Alia dalam menjaga anak-anak yamg semakin lasak.
Tapi ada ketikanya, hanya sepatah sepatah yang diterima daripada suaminya. Bergantung pada mood suami. Kalau suaminya penat bekerja, pendeklah ayat berbicara.
BERUBAH SIKAP
Alia mula berubah. Dia semakin garang pada anak-anak. Terjerit-jerit setiap kali bercakap dengan anak.
Penampilan Alia juga berubah. Alia dah tak peduli tentang penampilan dirinya. Dia dah tidak kira mandi atau tidak. Dia mula termenung dan bercakap seorang diri untuk menaikkan semangatnya supaya sentiasa positif.
Ads
Rutin tidur Alia juga berubah. Malam-malam Alia sukar tidur, namun apabila siang hari Alia mampu tidur dari pagi hingga ke penghujung senja.
SUAMI ANGGAP BIASA AJE BILA ISTERI MEMGADU PENAT
Perkara ini berlaku selama berbulan-bulan sehinggalah suatu ketika, Amir mendapat panggilan daripada ayah mertuanya.
‘Amir, kau tolong bawak Alia jumpa doktor. Ayah tengok makin pelik Alia ni sejak dua menjak ni’
Amir meyakinkan ayah mertuanya yang Alia masih ok dan hanya penat uruskan anak-anak dan hal rumahtangga.
Balik rumah, Amir nasihatkan lagi Alia. Dekatkan diri pada Tuhan. Minta berzikir selalu. Amir juga bawak balik air penawar yang ustaz bacakan untuk ketenangan hati Alia.
” Sayang, dekatkan diri pada Tuhan. Sayang stress sebab sayang jauh dari Tuhan”.
‘BISIKAN SUARA’
Alia diam.
Pagi yang hening, Alia bercakap lagi seorang diri. Untuk menaikkan semangat dia. Dia rasa kosong. Tiada siapa faham apa yang dia rasakan.
Ads
Tiba-tiba dia terdengar suara berbisik,”cuba lompat dari tingkap ini. Semua masalah akan selesai”.
Alia menuju ke tingkap apartment rumahnya yang berada di tingkat 9. Lalu dia pon melompat terjun kerana dia mendengar nasihat hanya dengan melompat dari situ, semua masalahnya akan selesai.
TEKANAN BUKAN PETANDA JAUH DARI TUHAN
Nota kaki : Depression adalah penyakit yang perlu dirawat. Depression bukan petanda seseorang itu jauh dari TuhanNya.
Depression bukan hanya berlaku pada suri rumah, depression boleh berlaku dimana-mana dan pada sesiapa sahaja. Malahan pelajar, fakir miskin, artis dan jutawan juga boleh mendapat depression.
Mempunyai Coping skill yang baik akan membantu anda mengawal depression dari menjadi semakin buruk.
Ketahui tahap depression anda serta dapatkan rawatan therapy dan bagaimana untuk mengawalnya.
Depression tidak mengenal usia, jantina, bangsa dan agama.
“Are you ok today?”
Perkongsian dari pakar terapi ini adalah sebuah kisah benar melalui hastagenya #DepressionIsReal dan #KisahBenar.
Moga kita muhasabah dan banyakkan komunikasi dengan suami. Jangan memendam rasa. Masa dah suntuk jika kita biarkan bisikan itu menguasai diri.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lumrah manusia takkan terlepas dari banding membanding. Betul tak?
Termasuklah dalam keluarga sendiri, dah jadi kebiasaan ibu bapa membandingkan anak dengan kanak-kanak lain, bukan? Tapi tanpa sedar, perbuatan itu sebenarnya boleh mengganggu emosi anak.
Sesetengah ibu bapa mungkin berasakan perbandingan yang dilakukan itu mungkin akan meningkatkan lagi keinginan anak untuk berjaya.
Hakikatnya, membandingkan anak dengan individu lain bukanlah cara terbaik membantu mereka memperoleh kejayaan. Sebaliknya, ia lebih banyak mendatangkan kesan negatif terutamanya melibatkan keyakinan diri dan emosi anak.
Berikut adalah 3 perkara yang perlu ibu bapa fahami:
#1 Anak miliki keunikan tersendiri
Setiap individu dilahirkan berbeza, kan? Waima, anak kembar sekalipun mempunyai keperibadian yang tersendiri.
Begitu jugalah anak anda. Mereka mempunyai keunikan dan cara pemikiran yang tersendiri.
Benarkan mereka untuk berfikir secara kritis dan membuat keputusan sendiri, tetapi dalam masa yang sama bimbing mereka untuk berada pada landasan yang betul.
#2 Anak bukan objek
Anak tidak sepatutnya dianggap sebagai objek mahupun aksesori untuk mempamerkan rasa bangga dalam lingkaran sosial ibu bapa.
Dengan membuat perbandingan, anda telah menetapkan sasaran yang tidak realistik tanpa melihat tahap kemampuan si kecil.
Ini juga dianggap cara ibu bapa mengeksploitasi anak untuk kepuasan anda sendiri sekali gus menyebabkan kekecewaan pada emosi anak dan merosakkan kehidupan mereka.
#3 Pendidikan adalah hak anak
Sekiranya anda mampu menempatkan anak di sekolah yang baik dan mahal, ia bukan sebagai bantuan yang perlu dibalas oleh anak.
Sebaliknya, pendidikan merupakan hak anak dan ia adalah tanggungjawab ibu bapa untuk menyekolahkan anak.
Tujuan utama pendidikan diberikan adalah untuk anak menjadi individu bertanggungjawab dan berdikari.
Kesan negatif perbandingan kepada emosi anak
Adakalanya, tanpa sedar anda telah membandingkan anak dengan kanak-kanak lain dan menganggap ia bukanlah 1 isu besar.
Walaupun anak mungkin tampak seperti tidak kisah dengan perbandingan yang dibuat tetapi kesannya mungkin tidak dapat dilihat daripada pandangan mata kasar manusia.
Sebaliknya ia mengakibatkan kesan negatif melibatkan mental dan emosi anak, seperti:
1. Wujudkan persaingan adik-beradik
Jika anda sebagai ibu bapa membandingkan anak dengan adik-beradiknya, ia mungkin menyebabkan persaingan tidak sihat.
Lebih membimbangkan sekiranya wujud rasa dendam dan sikap agresif antara mereka.
2. Mula menjauhkan diri
Apabila anak sering dibandingkan dengan kanak-kanak lain, kaum keluarga mahupun adik-beradiknya sendiri pastinya mereka akan berasa tergugat.
Lama-kelamaan anak akan mula menjauhkan diri daripada anda dan ahli keluarganya. Ia menyebabkan wujudnya masalah tingkah laku atau menjejaskan perkembangan mereka apabila dewasa nanti.
3. Menyekat bakat
Sekiranya anak mula merasakan diri tidak dihargai apabila sering dibandingkan dengan individu lain, ia boleh mengakibatkan bakat anak tidak dapat berkembang dengan sebaiknya.
Akhirnya, ia hilang begitu saja.
4. Cenderung wujudkan rasa tidak peduli
Apabila mereka mula menyedari bahawa ada individu lain lebih dihargai orang tuanya, sudah tentu boleh menjejaskan emosi anak.
Pada akhirnya, anak mungkin berasa tidak diendahkan dan tidak akan berusaha untuk membanggakan anda.
5. Elak interaksi sosial
Anda mungkin menganggap perbandingan yang dilakukan sebagai kata-kata pembakar semangat. Sebaliknya bagi si anak, ia seperti ejekan dan sindiran yang sering diulang-ulang.
Apabila sering berdepan situasi itu, anak akan mengelakkan interaksi sosial dengan individu di sekeliling.
6. Mengurangkan keyakinan diri
Jika sebelum ini, mereka adalah anak yang periang dan berani mencuba apa sahaja, tetapi sikap tersebut mungkin akan hilang kerana telah wujud kepercayaan bahawa mereka tidak dapat melakukan apa pun dengan baik.
7. Memusnahkan harga diri
Tumbesaran anak dari sudut mental dan emosi mungkin terjejas apabila si anak mula mempercayai tidak mampu memberikan prestasi yang baik.
Lebih malang lagi apabila terpahat dalam minda mereka bahawa walau apa pun yang dilakukan, ia tetap tidak akan mampu mencapai jangkaan ibu bapanya.
Siapa yang tidak mahu bahagia, Setiap pasangan yang bergelar suami isteri pastinya ingin bahagia sehingga ke hujung nyawa. Begitu juga dengan pasangan sensasi selebriti Aliff Aziz dan isterinya Bella Astillah.
Namun alam rumah tangga ada pasang surutnya. Namun siapa kita untuk menidakkan takdir. Apa yang berlaku pastinya sebab dan pengajaran disebaliknya.
Setelah beberapa kontroversi mengenai rumah tangga pasangan ini yang tidak sedap didengar, akhirnya anak kelahiran Singapora ini tampil bersuara.
Menerusi sedutan podcast The Common Folks yang dmuat naik tengah malam tadi, Alif Aziz berkongsi rasa hatinya sekian lama ‘berdiam diri’ mengenai rumah tanggannya.
“Semua orang nak bercakap. Selalunya orang yang beralah ini kena cakap last.Sebab kalau aku yang cakap dulu, perkara tu akan berbalas dan ia akan jadi lebih teruk dan bising,” katanya.
Dalam pada itu, ,pabila di tanya mengenai Bella, Aliff memberitahu kali terakhir dia bercakap dengan Bella 40 hari yang lepas. Malah jarak masa yang lama membuatkan dia rasa ‘takut’ untuk becakap dengan Bella.
“The last time i spoke dengan Bella, my kids was i thing about mungkin 40 over day ago.”
Katanya, dia bukan lari daripada Bella, namun situasi yang tidak sesuai dan jarak masa yang lama membuatkan dia tidak tahu nak mula dari mana. Ia keadaan situasi yang mencabar.
“Ia adalah situasi yang mencabar. Saya tidak tahu nak mula dari mana.”- katanya
Dalam tembual itu, Aliff juga mengakui rasa kesal mendedahkan aib isterinya termasuk curang dengan pelakon baharu Muaz Zabir.
“Saya menyesal tentang itu sebab pada akhirnya dia tetap ibu kepada anak-anak saya.”
Dalam rakam itu Aliff kelihatan sebak sehingga tidak dapat meneruskan kata-kata apabila menyebut nama anak-anaknya iaitu Mohamed Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4, dengan menyatakan kekesalan apa yang berlaku.
Mengakhiri perbualan eksklusif berkenaan, Aliff menegaskan temubual berkenaan bukan untuk menyalahkan sesiapa namun untuk menjadi pengajaran buat dirinya untuk dia ‘ reset’ bagi memulakan kehidupan barunya.
Terdahulu, Kontroversi rumah tangga Aliff dan Bella tercetus lagi selepas Aliff ditangkap khalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium mewah, di Kuala Lumpur, Mac lalu.
Rentetan itu pelbagai pendedahan mengenai kecurangannya dan kontroversi rumah tangganya dikaitkan dengan nama Sarah, Meerqeen, Sophia Albarakbah, Caprice, Emma Maembong dan Chacha Maembong.
Apa pun kita doa baik-baik agar perkongsian Aliff menjadi teladan semua terutama buat mereka yang bergelar suami isteri.
MESTI TONTON: KISAH KUCING YANG CUTE HINGGA MEMBAWA KEBAHAGIAN BUAT SEBUAH KELUARGA