Masa Dengan Anak, Kena Pandai Adakan Masa & Bukannya Tunggu Ada Masa. Deep Perkongsian Ayah Ni!

Share

Melakukan aktiviti bersama-sama sebenarnya begitu penting dan amat bermakna untuk memastikan hubungan kekeluargaan lebih erat dan sekali gus mencipta momen indah untuk dikenang sepanjang hayat.

Pun begitu, dalam kita melaksanakan tanggungjawab mencari rezeki untuk keluarga,  sering kali berdepan dengan situasi hingga tiada masa untuk anak-anak. Keadaan ini hingga akhirnya menyebabkan hubungan dengan anak-anak menjadi renggang dan menjauh.

Memandangkan formula yang anak-anak cipta tentang membina hubungan yang mesra dengan ibu ayah cukup mudah; siapa yang banyak menghabiskan masa berkualiti bersama mereka, insan itulah yang paling rapat hubungannya.

Lantas, sebelum hubungan anak beranak semakin hari semakin menjauh,  elok kiranya kita sebagai ibu ayah lakukan sesuatu. Ini sebagaimana perkongsian daripada seorang ayah ini. Jom semak dan jadikan panduan bersama.


Namun, tidak dinafikan  disebabkan kesibukan

Pandai betul isteri saya cari masa bermain dengan anak. Balik rumah, sambil buat kerja itu ini, sempat juga dia selit buat aktiviti dengan anak.

Satu hari saya tanya dia, “Macam mana boleh selit masa main dengan anak?”

Suka pula dia tengok muka blur saya ni. Dia kata gini kat saya.

Beza saya dengan dia ialah saya main dengan anak bila saya ada masa. Tapi dia pula akan “Cipta Masa” supaya boleh main dengan anak setiap hari.

Terpelanting saya dibuatnya.

Barulah saya faham beza “If I have time, I will play” dengan “I will make time to play”.

Ya Allah, terasa lalai sungguh. Dengan orang luar boleh pula saya set masa nak berjumpa. Sampai buntu masa nak bersama dengan anak. Tau-tau je anak dah besar.

Ada Special Time

Dia cerita lagi yang dia panggil ni sebagai “Special Time” bersama anak.

Syarat-syarat “Special Time” ni ialah :

  1. Kita cuma perlu luang minima 15 minit saja sehari untuk “Special Time” dengan anak.

2. Pada hujung minggu, boleh dibuat beberapa kali dalam sehari.

3. Masa ni kita luang hanya untuk diri kita dan anak.

4. Aktiviti pula mesti ditentukan oleh anak.

Semasa Special Time, tugas mak ayah ialah fokus pada 5 perkara ni. Jom saya kongsikan.

1) Pujian

Contoh :

“Papa suka tengok kakak main anak patung tu, kakak jaga elok-elok ye”.

Anak terus tahu yang kita sedang perhatikan mereka dan anak dapat rasa diri mereka dihargai bila mereka bermain dengan elok.

2) Beri respon segera

Jika anak kata, “Dinosaur tengah kejar dengan singa”, kita pun ikut ulang dengan penuh semangat.

Barulah anak tahu yang mak ayah tengah mendengar.

3) Ajuk perlakuan anak

Bila anak mula susun blok, mak ayah pun boleh bina blok binaan sendiri.

Anak-anak akan tahu kita tengah beri perhatian.

4) Perhati dan huraikan perbuatan anak.

Contoh:

“Oh….adik susun blok hijau atas blok merah ye. Adik nak bina menara ye?”

5) Bersemangat

Penting ni, mak ayah jangan lemau pula.

Contoh :

“Wow! Cantiknya abang mewarna! Ibu sukalah mewarna dengan abang!”

Lepas ni anak pun tak nak cari gajet sebab mak ayah lagi pandai melayan anak berbanding gajet.

Sumber : Redza Zainol

Info tambahan : Selain itu, boleh juga beli sesuatu yang istimewa untuk dijadikan hadiah kepada ahli keluarga sebagai tanda kasih sayang.