Masa Anak Kecil Lah Kita Didik. Bila Dah Besar Payah! Deep

Share

Pastinya nak jadi ibu bapa ni kena ada ilmu keibubapaan. Mana taknya, jika salah didik anak, tentu kian menjadi ‘perangainya’.

Perkongsian apa ni ,ada benarnya dalam mendidik anak. Jom semak cara ayah Mohd Fhais.


Ni la akibatnya kalau tak dengar cakap orang tua !!

Tak kira anak kecil atau besar, kalau kita dah cakap dia tak nak dengar biarkan je. Biarkan dia rasa akibat dari perbuatan sendiri baru tahu serik.

Masa anak masih kecil la kita nak didik dia jadi orang, bila dah besar nanti payah!

Ini bukan kejam tapi ini tanggungjawab.

Annur rania padan muka! Dah suruh tidur awal semalam. Duk lagi main lari – lari dengan sepupu yang tak sekolah. Sampai kul 12 lebih masih lagi tak tidur.

Kejut bangun pagi tadi liat sangat. Mengelat elat tak nak pergi sekolah. Bagi pula alasan penat dengan mengantuk.

Sorry, dengan papa sekolah wajib kena pergi. Mengantuk ke, penat ke tetap kena pergi.

Terlentuk lentuk dalam kereta masa dalam perjalanan ke sekolah. Sempat dia lelap 5 minit tadi.

Nak sambung tidur dalam kelas pun papa tak kisah, asalkan pergi sekolah. Daripada biar terus lena kat rumah nanti menjadi jadi malasnye.

Bukan tak kasihan dia penat, tapi saya lebih kasihan bila dah besar nanti dia jadi “pemalas” pergi sekolah.

Walaupun orang cakap sekolah taska untuk budak 5 tahun ni sekolah main-main, tak pergi pun tak rugi apa.

Salah tu!

Masa sekolah taska ni la kita nak bentuk anak supaya rajin untuk ke sekolah.

Bukan sahaja ilmu akademik tu penting, tapi lebih penting ialah displin, tanggungjawab dan amanah.

Kalau masa sekolah main – main ni pun anak dah pandai mengelat dan bagi alasan ponteng bayangkan bila dah masuk sekolah rendah nanti.

Masa tu lagi berat tanggungjawabnya. Beg sekolah berat, duduk dalam kelas tak boleh main, sepanjang masa belajar sahaja.

Paling berat bila kena bangun awal setiap hari sebab 7.30 dah kena terpacak dalam kelas.

Ini baru sekolah rendah. Belum lagi sekolah menengah. Sekolah menengah 2 kali ganda susahnya.

Lagi la anak tergoda nak ponteng !!

Silap haribulan sekolah sekerat jalan je. Ini bahaya! Kalau anak dah tak ada minat memang buang masa pergi sekolah.

Jadi penting! Tegas dari awal, masa anak masih kecil didik sebetulnya.

Ada masa kita boleh bertolak ansur dengan anak. Kita ikut kemahuan dia selagi tak memudaratkan.

Kalau bab sekolah tak boleh. Tak boleh berunding dengan anak. Muktamad! Sekolah kena ikut cakap orang tua.

Anak yang berjaya dunia akhirat mulanya dari rumah, dan akhirnya adalah di sekolah.

Sekolah rumah ke-2 anak – anak

Mohd Fhais,
Masa anak kecil ni boleh la kita nak angkat bawa bilik air mandi, dah besar nanti boleh patah pinggang dibuatnya kalau tiap pagi susah bangun.

p/s : Dipersilakan share post ni dengan mak ayah lain supaya mereka pun dapat pengajarannya.

p/s : Selain di fb saya juga selalu berkongsi ilmu parenting, kekeluargaan dan hubungan suami isteri di telegram.
Join di sini ? t.me/CoretanFhais